Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor berpandangan Kerajaan Selangor wajar meneruskan rancangan memberi pendidikan percuma kepada mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL) melalui tindakan mencairkan aset universiti tersebut yang bernilai RM30 juta.
Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, langkah berkenaan dipercBayai dapat mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kemampuan pakatan pembangkang untuk memberikan pendidikan percuma.
“Walaupun menyedari pendidikan adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat tetapi AMK Selangor percaya peluang ini boleh diguna sebaik mungkin oleh pakatan pembangkang melaksanakan model pendidikan percuma untuk rakyat dan perkara itu bermula di Selangor.
“Model Pendidikan Percuma pakatan pembangkang itu akan segera memberi jawapan balas kepada respon negatif kerajaan pusat yang mengatakan bahawa negara akan bankrap jika melaksanakan pendidikan percuma kepada rakyat,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Media pada 7 Jun lalu melaporkan Kerajaan Selangor mengambil keputusan mencairkan aset Unisel sebagai reaksi drastik terhadap langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada pelajar baru universiti milik kerajaan negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipetik berkata, melalui tindakan bersifat jangka pendek itu, Unisel akan mengapungkan tanah miliknya seluas 200 hektar untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran bagi meneruskan pengajian di universiti tersebut.
Namun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) keesokannya mengumumkan menarik balik pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Unisel.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula dilaporkan berkata, langkah itu diambil berikutan rayuan dan penjelasan Unisel bahawa ia tidak berniat untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar.
Khalid semestinya bengang dengan tindakan AMK Selangor kerana nak berlagak hero dalam soal ini sedangkan Khalid sebagi Menteri Besar awal-awal lagi telah pun menyatakan tindakan beliau untuk mengapungkan tanah seluas 200 hektar adalah bersifat sementara sahaja kerana tindakan kerajaan yang membekukan PTPTN kepada pelajar UNISEL tempoh hari.
Namun dengan penarikan balik pembekuan PTPTN,Khalid dilihat tidak mahu meneruskan langkah tersebut ini jelas sekali apabila UNISEL sendiri menyatakan tidak berniat untuk memberikan pendidikan percuma.
Soalnya mengapa AMK Selangor begitu teruja untuk memberikan pendidikan percuma sekarang bukannya sebelum ini ?
Siapakah pula yang paling bising tatkala PTPTN di umum dibekukan untuk pelajar UNISEL kalau bukan Pengarah Strategik PKR sendiri yang kononnya memperjuangkan pendidikan percuma ?
PKR ternyata hanya mahukan sokongan daripada kumpulan pelajar kerana mereka tahu di luar sana ramai yang sudah menolak mereka.
Pssstt nak tengok juga sejauh mana ...
MMI.
No comments:
Post a Comment