Gambar Hiasan |
MMI mahu berkongsi sebuah cerita benar yang dialami oleh seseorang dan merupakan sebuah cerita terbaik yang seharusnya disebarkan kepada mereka-mereka di luar sana.
Kisahnya bermula begini , baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pakcik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya.
Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pakcik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur.
Tiba-tiba, pakcik itu memulakan perbualan.Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.
Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.
Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
Kedua, Surah Al-Ikhlas.
Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pakcik.
Bahagian ini, menarik sikit. Pakcik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pakcik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pakcik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda.
Minda, kata pakcik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati.
Hati ialah iman, kata pakcik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pakcik lagi.
Ketiga, kuat fizikal.
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pakcik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.
Habis saja pakcik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setibanya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pakcik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.Tamat.
Hebatkan ? Soalnya siapa Pak Cik berjanggut putih itu ?
Masyaallah Hebatnya Kuasa Mu Ya Allah ..
MMI.
No comments:
Post a Comment