Melihat logo di atas sudah cukup menceritakan betapa hapraknya Pakatan Rakyat hari ini dan sudah semestinya pada pilihan raya ke 13 nanti puak-puak puaka ini bakal menerima bayaran yang setimpal di atas sikap mereka dengan rakyat menolak Pakatan Haprak.
Kita sering kali terdengar Pakatan Rakyat sejak lama dulu sering menjaja dalam setiap ceramah mereka bahawa kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO dan parti-parti komponennya terlibat dalam pelbagai kegiatan salah laku terutamanya melibatkan isu rasuah.Habis seluruh negara dicanangnya sampaikan ramai dikalangan rakyat termakan dengan hasutan dan dakyah mereka.
Kita semua pasti ingat malah pernah menyaksikan sendiri terutmanya di kaca tv dan surat khabar berkenaan tindakan yang diambil terhadap ahli UMNO mahupun komponen termasuklah tindakan undang-undang selagi mana individu-individu tertentu dibuktikan mereka bersalah.
Ini sebenarnya ketelusan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional waima pemimpin UMNO sendiri pun sekiranya mereka didapati terlibat dengan masalah tertentu maka kemuka pengadilanlah tempat mereka dihadapkan.Yang penting mempunyai bukti yang jelas sudah pasti hukuman bakal dikenakan.
Baru-baru ini diberitakan dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) disiasat berhubung aduan penyelewengan baucar program “Jom Shopping” yang diperkenalkan kerajaan PKR Selangor, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, seorang daripada mereka digantung keanggotaan dalam parti sementara siasatan dijalankan.
Saifuddin berkata, tindakan itu diambil selepas menerima maklum bahawa kerajaan Selangor sedang menyiasat satu aduan berhubung dakwaan penyelewengan baucar program “Jom Shopping” yang membabitkan dua anggota parti itu.
“PKR memandang serius akan perkara ini dan melalui mesyuarat Biro Politik pada Rabu, 13 Jun 2012, sudah meminta Jawatankuasa Disiplin parti untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Saifuddin berkata, PKR tidak akan berkompromi dengan ahli yang melakukan kesalahan disiplin, lebih-lebih lagi kesalahan yang mencemarkan maruah dan nama baik parti.Klik Sini .
Melihat kepada kenyataan diatas suka untuk MMI nyatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah lama melakukan tindakan yang sama.Yang agak menghairankan kenapa 2 individu tersebut dikenakan tindakan hanya kerana menyeleweng baucar program "Jom Shopping" sedangkan pemimpin tertinggi yang bukan saja didedahkan dengan pelbagai bukti tidak dikenakan sebarang tindakan malah dibela bermati-matian?
Dan lebih melucukan sekali kenapa agaknya juak-juak Pakatan Haprak khususnya Saifuddin Nasution tidak pula mahu mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim dan Azmin Ali berkenaan isu penyelewengan yang di khabarkan mencecah jutaan ringgit ?
Mengapa juga kenyataan berkenaan penyelewengan baucar "shopping" ini dikeluarkan ? Semuanya sudah pasti semata-mata mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Pakatan Haprak itu telus dalam masa yang tidak seberapa untuk menghadapi pilihan raya.
Jelas ianya dirancang sebegitu rupa dan yang menyedihkan sekali adalah 2 individu yang menyeleweng baucar "shopping" tersebut dikenakan tindakan atau dijadikan sebagai kambing hitam untuk membuktikan kepada rakyat kononya Pakatan Haprak itu telus tetapi dalam masa yang sama jerung-jerung besar di kalangan pimpinan Pakatan Haprak dibiarkan bebas.
Mungkin Saifuddin terlupa agaknya rakyat tidak buta dan tidak pekak kerana mereka masih menunggu bilakah agaknya Anwar Ibrahim ataupun Pakatan Haprak sendiri mahu mendedahkan isu jumlah wang yang mencecah jutaan ringgit yang dikatakan dimiliki oleh Anwar Ibrahim termasuklah isu moral songsang beliau yang disabitkan dengan ramai orang termasuklah Shamsidar.
Bagaimana pula dengan aksi video jamban Azmin Ali dan pendedahan wang berjuta ringgit yang ada dalam simpanan beliau ?
Melihat rakaman diatas saja sudah cukup membuktikan bahawa juak-juak Pakatan Haprak sebenarnya tidak boleh ditegur malah bersikap ala samseng dengan menyerang YB Zulkifli Nordin dalam salah satu siri ceramah beliau.
Apakah tindakan juak-juak Pakatan Haprak seperti rakaman diatas boleh diterima oleh kita sebagai rakyat yang bertamadun ?
MMI yakin tindakan mendedahkan 2 individu yang dikenakan tindakan oleh PKR semata-mata dibuat untuk mengaburi ataupun memesongkan perhatian rakyat terhadap isu yang melanda Anwar Ibrahim dan beberapa kepimpinan mereka yang jelas terlibat dalam skandal rasuah mahupun penyelewengan wang yang kini mula tersebar.
Apa pun kenyataan Saifuddin jelas membuktikan Pakatan Haprak sememangnya "Double Standard" jika dilihat daripada kenyataannya yang berbunyi "PKR tidak akan berkompromi dengan ahli yang melakukan kesalahan disiplin, lebih-lebih lagi kesalahan yang mencemarkan maruah dan nama baik parti" kerana sehingga ke hari ini Anwar Ibrahim,Azmin Ali dan seluruh angkatan pimpinan mereka tidak disiasat dan dibicarakan oleh pihak parti Keadilan sendiri apatah lagi oleh biro politik mereka sedangkan isu Anwar Ibrahim itu sebenarnya sudah cukup untuk dikategorikan sebagai kesalahan yang mencemarkan maruah dan nama baik parti...Atau mungkin Anwar Ibrahim bukan ahli Parti Keadilan Rakyat ????
Psstt Itu belum isu balun chinadoll bro..
MMI.
No comments:
Post a Comment