Followers

Monday 4 June 2012

PAS - Menang Sorak Kampung Tergadai


PAS hari ini menafikan bahawa bilangan kerusi Parlimen yang ditandingi oleh parti tersebut kecil berbanding DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat.


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani memetik laporan muka depan Sinar Harian hari ini berkata, kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak tepat.

“Ini hanya dakyah pemimpin Umno untuk mengelirukan dan menakut-nakutkan orang Melayu daripada mengundi calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pada hakikatnya kerusi Parlimen yang ditandingi oleh PAS pada PRU12 adalah jauh lebih banyak berbanding dengan DAP.

“PAS bertanding di 64 Parlimen sementara DAP hanya 47 kerusi.

Bagaimana disebut PAS bertanding kerusi Parlimen yang kecil berbanding DAP? Jika dibuat perbandingan dengan PKR, saya akui kerusi Parlimen ditandingi PKR jauh lebih banyak iaitu 95 kerusi.

“Walaubagaimanapun harus diingat daripada 95 kerusi ditandingi PKR, 21 kerusi PKR di Sabah dan 12 kerusi adalah di Sarawak.

Bermakna tidak mengambil kira kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, PKR bertanding di 62 kerusi Parlimen di Semenanjung.

Sementara DAP pula hanya bertanding 35 kerusi Parlimen di Semenanjung.

“Ini bermakna dalam konteks Semenanjung, PAS yang lebih banyak bertanding kerusi Parlimen terutama kerusi majoriti Melayu.

“Umno cuba mengelirukan rakyat dengan propaganda kononnya jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pusat maka Bukan Melayu akan menguasai Putrajaya. Inilah permainan mereka untuk mencemaskan orang Melayu,” jelas Mohd Taufek.


Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi berkata pada PRU 12 rekod membuktikan bahawa PAS juga bertanding di Parlimen Kota Raja yang merupakan kerusi tradisi calon MIC.

Calon PAS, Dr Siti Mariah Mahmud menewaskan calon MIC, S Vigneswaran. Malah calon PKR, Dato’ Kamarul Baharin Abbas juga menumpaskan calon MIC, Dato’ S Sothinathan di Telok Kemang.

“Maka mengatakan kepentingan Melayu akan terhakis jika mengundi calon Pakatan Rakyat adalah tidak benar. Ini satu bukti bahawa Pakatan Rakyat bukan diwakili oleh sebuah parti atas dasar bangsa semata-mata tetapi parti-parti yang mewakili rakyat.

“Di dalam Pakatan Rakyat kita pertahankan hak orang Melayu. Tetapi ini bukan bermakna kita nafikan hak Bukan Melayu. Kita tetap perjuangkan hak setiap kaum di Malaysia.

“Saya berharap Sinar Harian dapat betulkan fakta mengatakan PAS bertanding kerusi Parlimen yang kecil berbanding DAP.

“Mungkin mereka mendapat fakta dari sumber yang tidak tepat. Segala fakta membabitkan jumlah kerusi yang ditandingi oleh setiap parti politik boleh dirujuk dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

“Jika kaedah matematik digunakan, maka saya juga boleh kata bahawa kerusi Parlimen yang ditandingi PKR juga lebih kecil berbanding PAS dan DAP.Gabungan kerusi PAS (64) dan DAP (47) akan menghasilkan 111 kerusi Parlimen berbanding PKR 97 kerusi Parlimen.

“Jika diambil kira dalam konteks Semenanjung pula, PAS (64) dan DAP (35) memiliki 99 kerusi Parlimen berbanding PKR hanya 62 kerusi Parlimen.

“Justeru itu saya menyeru semua pihak agar keluar dari kepompong budaya politik “divide and rule” (pecah dan perintah) yang diperkenalkan oleh penjajah British dulu,” kata Mohd Taufek yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Memang begitulah lumrah juak-juak Pas dalam memberikan hujah namun perlu diingat yang menentukan sejauh mana satu-satu parti itu mampu untuk berkuasa hatta berada dalam satu pakatan sekalipun adalah melalui keputusan pilihanraya.

Jom kita amati keputusan pilihanraya ke12 yang lalu bilamana Pas begitu gah kononnya bertanding sebanyak 64 kerusi parlimen dan merupakan parti kedua terbesar dari sumbangan kerusi apabila PKR bertanding 97 kerusi serta DAP di tempat ketiga dengan jumlah kerusi yang ditandingi sebanyak 47 kerusi.

Mohd Taufek juga begitu bersemangat dengan menyatakan jumlah kerusi keseluruhannya adalah 111 kerusi apabila di campur bilangan kerusi diantara Pas dan DAP.Dari segi bandingan saja sudah menampakkan Pas lebih suka untuk bersama DAP daripada PKR dan ini adalah kenyataan yang dibuat sendiri oleh Mohd Taufek yang sepatutnya membicarakan soal jumlah keseluruhan kerusi yang ditandingi oleh Pakatan Haprak.

Tak mengapalah kita tinggalkan soal gandingan tadi sekarang kita ikuti pula jumlah kerusi parlimen yang di menangi oleh Pas,DAP dan PKR dalam PRU12 yang lalu.


Sekarang lihat perbandingannya Pas hanya menang kerusi parlimen sebanyak 23 kerusi daripada 64,DAP menang 28 daripada 47 dan PKR menang 31 daripada 95.

Jika dilihat daripada keputusan di atas jelas menunjukkan Pas masih tidak mampu untuk mendabik dada mengatakan merekalah yang terbaik kerana DAP lebih mengatasi Pas dari segi sumbangan kerusi.



Malah peratusan jelas menunjukkan mereka hanya memperolehi 34.8% jumlah kerusi yang dimenangi daripada jumlah kerusi di tandingi sedangkan DAP memperolehi 58.3% jauh mengatasi Pas yang hanya menang sorak semasa bertanding tetapi tergadai segalanya setelah keputusan diperolehi.

Itulah sebenarnya yang berlaku terhadap parti Pas yang semakin tertekan untuk cuba menyelamatkan sisa-sisa perjuangan mereka yang semakin kelam.

Jika Mohd Taufek mengajak semua pihak supaya keluar dari kepompong "Divide and Rule" yang kononnya di amalkan semenjak zaman penjajahan British dulu,bukankah dengan statistik dan jumlah kerusi yang diperlihatkan kepada anda semua membuktikan Pakatan Haprak juga sebenarnya mengamalkan "Divide and Rule" .

Apa buktinya ? Lihat Pulau Pinang apabila DAP mempunyai majoriti kerusi yang ditandingi maka mereka menjadi ketua kerajaan negeri dan pada ketika ini malah semenjak Pakatan Haprak merampas Pulau Pinang di manakah suara wakil Pas dalam isu-isu tertentu yang dilihat lemah dan longlai kerana suara minoriti mereka langsung tidak diendahkan malah menjadi mangsa kepada penipuan yang terang-terangan dilakukan oleh manusia bernama Anwar Ibrahim.

Apakah yang berlaku di Pulau Pinang kini bukannya "Divide and Rule" ? 

Mungkin Mohd Taufek ada jawapannya ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels