Followers

Sunday 24 June 2012

Presiden & Kemelut Dalaman PKR-Siapa Lebih Berkuasa ?


Mengapa agaknya YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia sentiasa di serang oleh juak-juak Pakatan Haprak sehinggakan menyentuh isu-isu peribadi beliau selama ini ? 

Serangan demi serangan terhadap YAB Datuk Seri Najib terus-terusan di buat semuanya untuk menjatuhkan nama baik beliau yang kini semakin diterima oleh rakyat Malaysia.Malah serangan yang dilakukan tidak dapat dibuktikan dan sebaliknya UMNO dan BN pula dilihat semakin mendapat kepercayaan rakyat.

Inilah yang menyebabkan Pakatan Haprak dilihat semakin meroyan.  

Sebenarnya jika diamati ianya dibuat demi menutup kelemahan pimpinan Pakatan Haprak sendiri. 

Jom kita melihat pula perihal Presiden PKR yang hari ini diibaratkan sebagai tersepit dengan kontroversi dan kemelut politik dalaman yang begitu menyesakkan sesiapa saja yang berada di tempat beliau kini.

Isu kononnya satu sidang akhbar akan diadakan untuk menjawab tuduhan Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar juga cukup untuk membuktikan sesuatu sebenarnya sedang atau telah berlaku.

Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Shamsidar Taharin tidak akan berani mengadakan sidang akhbar bersama bagi menjawab pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap mereka meskipun beberapa kali didesak berbuat demikian.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, antara dakwaan itu ialah suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang biseksual selain mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar yang merupakan isteri kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Menurutnya, 'kebaculan' Wan Azizah dan Shamsidar untuk 'melayan' desakan demi desakan itu hanyalah kerana faktor politik bagi menyelamatkan hayat PKR yang kian menuju kehancuran.

"Saya jangka mereka terutama Wan Azizah malu kalau menjelaskan perkara itu. Beliau malu dari segala segi. Beliau takut kerana politik. Kalau didedahkan, sudah pasti PKR akan hilang sokongan dan menyebabkan parti terjejas.

Terbaru pula kemelut dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang kini membawa kepada keretakan serius memasuki dimensi baru apabila nama Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mula dikait sebagai 'tangan ghaib' di sebalik krisis tersebut untuk menyingkir Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali.

Dakwaan mengenai penglibatan Presiden PKR muncul ketika Dr. Wan Azizah yang diketahui tidak mesra dengan Azmin dan contoh terbaru kedinginan mereka adalah reaksi balas keras Timbalannya itu terhadap kenyataan Dr.Wan Azizah yang meminta Ahli Parlimen Gombak tersebut pulang menziarahi ibunya, Che Tom Yahaya.

Perkara itu didedahkan sebuah blog pro pembangkang, http://suarapakatanrakyat.com yang mendakwa, Dr. Wan Azizah memang tidak senang dengan tindak-tanduk Azmin yang sentiasa membayangi beliau selaku Presiden PKR termasuk dalam isu desakan agar Setiausaha Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dipecat.

Begitulah isu yang melanda seorang Presiden sebuah parti yang semakin hancur ini.Dan sehingga artikel ini ditulis Wan Azizah masih lagi bersembunyi di sebalik wajah beliau yang jelas memperlihatkan tekanan yang begitu berat yang terpaksa di tanggung oleh beliau.

Sebagai boneka kepada sebuah parti bernama PKR tindakan Wan Azizah membenci Shamsidar dan Azmin amat-amatlah boleh diterima.

Siapa yang boleh tahan beb..

Pssstt Datuk Najib berani bersumpah beb..Wan Azizah,Anwar,Shamsidar dan Azmin bila lagi ?????

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels