Followers

Sunday, 24 June 2012

Realiti Politik Semasa


Perjuangan politik hari ini menuntut kita semua untuk lebih berusaha.Berusaha bukan saja untuk segala urusan parti tetapi berusaha untuk mencari ilmu kepada perjuangan yang kita perjuangkan.Melihat kepada senario politik ketika ini amat mudah lidah dan sedikit kalam mampu membutakan mereka yang lemah dan malas dalam mencari kebenaran ilmu dipesongkan.

Ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah kerana ianya melibatkan generasi demi generasi yang bakal menggantikan mereka-mereka yang bergelar pemimpin.

Apa mahukah kita satu hari nanti meninggalkan legasi perjuangan songsang kepada generasi selepas kita ? Percayalah tidak ada mana-mana kumpulan mahupun pimpinan parti politik yang mahu melihat negaranya,bangsanya dan agamanya diwarisi oleh mereka yang tidak mengenali maruah perjuangan sebenar.

Soalnya disini bila menyebut tentang maruah dan perjuangan dimana kita dalam mempersiapkan agenda untuk memastikan mereka tidak sesat dalam kancah peperangan politik yang memerlukan segala keringat di curahkan kepada mempersiapkan angkatan yang mampu membela anak bangsa selepas kita.

Perpaduan adalah kunci kepada segala-galanya dan dalam realiti politik semasa pada hari ini, perlu diperhari masing-masing bekerjasama di dalam bab apa. Soal demokrasi, soal hukum pecahan parti, soal perpecahan umat islam (tidak mahu bersatu dengan umat Islam tetapi bersatu dengan bukan Islam), kesemua itu merupakan bab-bab dan hukum-hukum yang berbeza perbincangannya. Sekarang ini kita membicarakan juzuk daripada perkara-perkara tersebut, iaitu apabila dibahaskan tentang kerjasama, kerjasama yang bagaimana dan di dalam bab apa ?

Sekiranya kerjasama yang wujud adalah dalam bab politik atau perkara yang tidak mensabitkan ketakwaan, prinsip, serta dasar akidah maka hukumnya harus – tiada masalah. Tetapi sekiranya kerjasama yang berlaku menyentuh prinsip dan dasar akidah, bahkan ada cubaan merobohkan akidah Islam atau cubaan mengangkat akidah selain daripada Islam, maka  kerjasama itu adalah kerjasama yang haram.

Ada orang gelojoh dalam mengeluarkan fatwa. Dulu dikeluarkan fatwa memadai menyertai kumpulan MIC dan MCA maka seseorang itu dikategorikan sebagai kufur (kafir). Tetapi pada hari ini apabila golongan mereka menyertai DAP, mereka mula memberikan takwilan. Takwilannya adalah dengan menggunakan istilah tahalluf siyasi.

Kita mendengar ia seolah-olah istilah islami. Tahalluf siyasi maksudnya ialah pembahagian kerusi. Semata-mata untuk mencapai matlamat perjuangan seperti Putrajaya, kemenangan, maka diharuskan berbahagi kerusi. Masalahnya bukan beri sedikit, tetapi beri banyak dan yang memberi itu sendiri menjadi minoriti. Itu sudah jadi lain, bukan tahalluf siyasi.



Mereka mengatakan UMNO bersekongkol dengan kafir di dalam Barisan Nasional sedangkan mereka asing-asing. Asing-asing apa? Ia ibarat perkataan riba yang cuba digantikan dengan perkataan-perkataan islamik (untuk menghalalkannya) seperti menggunakan istilah bai’ (nampak islamik) sedangkan tidak boleh demikian kerana perkara yang haram tetap haram hukumnya, dan yang halal adalah halal. Sabda Nabi SAW, maksudnya:

“Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang meninggalkan syubhat maka sesungguhnya dia telah menyelamatkan agamanya dan maruahnya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

Mereka mendakwa dan menuduh kita bersekongkol dan sebagainya, sebenarnya di dalam Barisan Nasional ini UMNO lebih dominan. Bukanlah kita katakan BN yang terbaik, tetapi alangkah baiknya sekiranya umat Islam bersatu secara keseluruhannya. Apabila bersatu sudah semestinya kita dapat melakukan banyak perubahan. Fikirlah kepada perpaduan, bukan kita menjadi titik pembawa kepada perpecahan.Klik Sini

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels