Followers

Friday 15 June 2012

Punah Agen BN Di Dedahkan !!


Pasti ramai yang akan cemas apabila mula membaca artikel ini kerana seperti yang diwar-warkan sebelum ini berkenaan pendedahan rakaman video menunjukkan MP Pakatan Haprak di beli oleh agen BN yang bakal diadakan oleh Khalid Samad benar-benar telah berlaku. 

Malah pendedahan tersebut telah disertakan dengan bukti iaitu rakaman video yang kononnya MP daripada Pakatan Haprak telah di beli oleh agen BN untuk mengistiharkan diri keluar parti dan seterusnya menjadi MP Bebas.

Jika dikira daripada pendedahan tersebut sudah pasti UMNO terutamanya akan terus dituduh sebagai parti yang paling jijik pernah ada dalam negara.

Namun MMI yakin seluruh rakyat Malaysia tidak mudah untuk diperbodohkan oleh juak-juak Pakatan Haprak yang terang-terangan berada di awang-awangan kerana tindakan mereka semenjak dua menjak ini jelas memperlihatkan kepincangan yang cukup teruk sekali sehinggakan para pemimpin mereka dilihat seolah-olah menjilat ludah sendiri.

Perlu diingat pendedahan tersebut kononnya melibatkan urusniaga pembelian MP Parti Keadilan Rakyat oleh agen BN untuk keluar parti.Tetapi sedarkah kita bahawa yang mendedahkannya adalah  ahli Pas iaitu Khalid Samad yang begitu bersungguh-sungguh menyatakan perkara tersebut berlaku.

Lebih menghairankan beliau dilihat boleh pula meletakkan kepercayaan kepada satu rakaman video yang sebelum ini dilabelkan sebagai besi buruk oleh Hadi Awang dan tindakan Khalid Samad mempertontonkan video tersebut jelas membuktikan bahawa rakaman video Anwar Ibrahim juga sebenarnya harus dipercayai.

Lebih malang lagi tindakan Khalid Samad sebenarnya membuktikan kepada seluruh rakyat bahawa Pas sememangnya di rekrut untuk menjadi barisan depan kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Haprak dalam misi menuju Putrajaya.

Tindakan tersebut juga memperjelaskan kepada kita bahawa memang benar Pas hanyalah kuda tunggangan kepada Anwar dan Pakatan Haprak.

Paling mengujakan adalah individu yang dituduh sebagai agen BN oleh Khalid Samad sebenarnya tidak terlibat langsung dengan parti UMNO malah turut merupakan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat.Apa punya bengap puak-puak ni.Hehehe..Klik Sini untuk berita penuh.

Jom nengok YB Zulkifli Nordin kasi hantam habis punya Pakatan Haprak dalam Dewan Rakyat.



Pssst ampa kena ingat naa YB Zul bukan ahli UMNO noo..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels