Followers

Tuesday, 26 June 2012

SUARAM - Ancaman & Pengkianat Negara


Usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan seperti mana berlaku di Mesir, bukanlah omong kosong sebaliknya ia benar-benar wujud.

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Datuk Salleh Ismail berkata, berita-berita mengenai ancaman itu sama ada dari luar mahu pun dalam negara seperti dilaporkan sebelum ini adalah benar dan bukannya andaian.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, gerakan untuk menjadikan keadaan di Malaysia sama seperti di Mesir dan beberapa negara Asia Barat sememangnya wujud dengan dibantu oleh musuh dari luar.

"Usaha ini dibantu oleh musuh dari luar yang kita tahu mempunyai agenda untuk menguasai rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Antara bukti paling jelas adalah tindakan SUARAM berkenaan isu pembelian kapal selam "scorpene" milik negara.

Bermacam-macam fitnah telah dilontarkan bukan saja kepada kerajaan Malaysia malah kepada individu tertentu termasuklah YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kini Suara Rakyat Malaysia (Suaram) didesak membuat permohonan maaf berhubung dakwaan mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isu kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ini kerana dakwaan tersebut tidak mempunyai sebarang bukti kukuh untuk membabitkan Najib dalam dua isu tersebut.

Kata beliau, berdasarkan fakta, penganalisis politik, Abdul Razak Baginda hanya mula mengenali Altantuya pada 2004 iaitu selepas kerajaan menandatangani perjanjian pembelian kapal selam Scorpene pada 2002.

Jelasnya, rekod Jabatan Imigresen Perancis juga tidak menunjukkan kemasukan Altantuya ke negara itu untuk tempoh tahun 1999 hingga 2006 sedangkan dakwaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit menyebut kononnya Altantuya pernah menemui Najib dan Abdul Razak di Perancis.

Menurut beliau, jarak masa yang ditonjolkan menerusi dua fakta penting itu pasti menggagalkan niat jahat pembangkang dalam usaha mengaitkan dua kes itu.

''Suaram turut menimbulkan keraguan bahawa Altantuya pernah dilantik sebagai penterjemah dalam rundingan mengenai kontrak pembelian kapal selam itu biarpun model itu tidak tahu berbahasa Perancis.

''Justeru, Suaram perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana memberi gambaran buruk negara di mata dunia melalui keraguan yang ditimbulkan itu.

''NGO ini perlu juga memohon maaf kepada kerajaan dan Perdana Menteri kerana menuduh tidak telus dalam perjanjian pembelian kapal selam itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tindakan pihak yang membuat tempelan gambar Najib bersama Altantuya dan Abdul Razak sedangkan tiada tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terbabit.

''Perkara ini jelas merupakan penghinaan besar kepada Perdana Menteri. Saya hairan kenapa sampai hari ini tiada tindakan diambil," katanya.

Beliau turut mendesak Suaram agar membuat penafian terhadap dakwaan ada pihak atau individu membiayai semua kos kegiatan Suaram di Perancis.

Soalnya ada berani ??

Jika diamati betul-betul amat jelas sekali SUARAM adalah ancaman dan pengkianat kepada kerajaan dan negara.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels