Abby ni makin dibiarkan makin galak jadinya.Sebab itulah MMI dari awal lagi malas nak layan minah ni,tapi sekarang dah mula menyalahkan kerajaan pula.Macam-macam hal minah meroyan ni.
Isu mengenai dunia artis hari ini semakin lama semakin berada di kemuncak bila satu-satu kenyataan yang mereka keluarkan.
Termasuklah diri seorang pelakon wanita, Arbaiyah Abdul Manan atau lebih di kenali sebagai Abby Abadi yang semakin lancang bersuara selepas berhijrah memakai hijab dan terus menyertai parti Islam Pas.
Sekali lagi, memang tiada salah untuk Abby Abadi berbuat demikian, kerana itu adalah hak dan keputusan untuk dirinya sendiri.
Yang terkini, Abby mengeluarkan kenyataan yang mengatakan kerana kerajaan sekarang, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
Malah, bakatnya untuk berkarya sebagai artis Muslimah yang sudah bertudung juga tidak dapat dikembangkan.
Selain itu, Abby turut mengatakan kenyataannya menerusi laman Malaysian Insider, ruang untuk dirinya berkarya juga terhad kerana kerajaan yang ada sekarang.
Antara kata-katanya:
“Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik.
“Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, PR perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah,” kata Abby.
Jadi, Abby berharap untuk parti pembangkang, Pakatan Rakyat yang akan menang untuk Pilihan Raya Umum 13 (PRU-13) akan datang ini supaya dia dapat bekarya menjadi artis semula.
Katanya, kerajaan yang ada sekarang ini perlu ditumbangkan supaya dia dapat pekerjaan.
Betul ke?
Mungkin Abby sesuai menjadi ahli politik dari menjadi artis? Siapa tahukan?
Psstt siapa nak tahu Abby buat apa bila rasa bosan Klik Sini
MMI.
No comments:
Post a Comment