Followers

Friday 27 July 2012

Jom Sokong Usaha Murni Anak-Anak Malaysia Pewaris Bangsa


Mendengar lagu berjudul Antara 2 Zaman hasil kreativiti anak muda Malaysia ini membuatkan hati MMI tersentuh.Tersentuh bukan kerana cacian dan makian tetapi tersentuh dengan bait-bait lirik dan lagu yang dihasilkan cukup untuk membuktikan bahawa hari ini anak muda Malaysia dapat memahami betapa negara Malaysia ini perlu di terus dipelihara malah dipertahankan.

Walaupun anak muda ini menggunakan medium muzik sebagai tempat untuk mereka menyatakan rasa banggsa menjadi rakyat Malaysia tetapi pada dasarnya mereka tahu menghargai jasa pemimpin-pemimpin hari ini mahupun terdahulu yang sudah dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat seluruh generasi hari ini dan seterusnya.

  

Dari maklumat yang disertakan lagu Antara 2 Zaman ini masih diperingkat percubaan sebab itulah mutu rakaman masih kurang baik namun mereka amat-amat memerlukan sokongan daripada kita semua seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negaranya.

Berikanlah komen yang membina kepada barisan anak muda ini supaya karya mereka ini mampu menjadi sebahagian daripada khazanah negara.

Psstt teringat MMI masa aktif dalam band dulu..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels