Followers

Sunday 29 July 2012

Segalanya Terjawab Lajim Ukin Letak Jawatan !!


Kini segalanya sudah terjawab , Lajim Ukin meletakkan jawatannya sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta merta.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.

“Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.

“Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan…kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya,” katanya.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan ‘Pakatan Perubahan Sabah’ (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah.


Pastinya seluruh ahli UMNO melahirkan rasa lega kerana desas desus mengenai beliau mahu meninggalkan UMNO dan menyertai Pembangkang kini benar-benar berlaku.

Bagi kebanyakkan ahli UMNO di seluruh negara pengumuman tersebut memudahkan segala urusan parti selepas ini untuk lebih menumpukan kepada gerak kerja membela rakyat.

Malah MMI yakin keputusan beliau itu akan memudahkan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyusun atur perancangan kerajaan dan parti khususnya bagi menghadapi pilihan raya ke13 nanti.

Dalam masa yang sama pengumuman dan perletakan jawatan oleh Lajim Ukin ini sebenarnya tidak mendatangkan kesan yang terlalu besar kepada parti dan kerajaan kerana Sabah dikhabarkan mempunyai barisan pemimpin yang  mantap dan bersiap sedia untuk mengganti sebarang pemimpin yang tersasar daripada perjuangan.

Datuk Seri Najib Tun Razak juga dikhabarkan telah mengeluarkan kenyataan awal berkenaan isu perletakan jawatan oleh Lajim Ukin ini apabila dilihat berkata kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan, Isnin ini.

Perdana Menteri berkata keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti.

"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.

"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan.

"Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di sini, Sabtu.

Najib berkata dalam sejarah parti peletakan jawatan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru kerana pengasas parti, Datuk Onn Jaafar pernah bertindak demikian. 

"Namun, sebagai parti yang berpengalaman kita mampu menghadapi cabaran itu,” katanya.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels