Followers

Tuesday 21 August 2012

Perkara Yang Bangsa Cina Pulau Pinang Perlu Tahu !!


Pasti ramai yang dah pun mengenali siapa Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAPigs yang bukan saja menjadi idola kepada juak-juak Pakatan Haprak malah turut di sanjung tinggi khususnya oleh pemimpin dan ahli-ahli PAS sampaikan di gelar Khalifah Umar Abdul Aziz.

Khalifah PAS ini bukan saja terkenal dengan jolokan tersebut malah dikatakan antara pemimpin yang boleh dipercayai untuk menyelamatkan rakyat Pulau Pinang dari kekejaman UMNO dan Barisan Nasional.

Sampai begitu sekali hebatnya Guan Eng sedangkan persoalan di mana rumah-rumah kos rendah di bina pun hingga ke hari ini tidak dapat di jawab malah diam seribu bahasa.

Pasti ramai yang masih ingat bagaimana kedai-kedai milik orang Melayu di robohkan tanpa perikemanusiaan.Malah penduduk kampung Buah Pala pastinya masih ingat bagaimana janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Haprak khususnya oleh pemimpin agung PKR , Anwar Ibrahim hanya sekadar janji kerana hari ini kampung Buah Pala hanya tinggal nama apabila DAP berkuasa.

Tak ketinggalan juga isu tanah Bayan Mutiara diambil serta tanah Taman Manggis yang kini menjadi isu paling panas ketika ini.

Mungkin bagi orang-orang Melayu dan India sudah masak dan sudah pun mengenali sikap pemimpin paling rasis dalam DAPigs ini namun bagi sesetengah orang-orang Cina di Pulau Pinang mungkin ada yang belum tahu atau masih di buai mimpi.Sekiranya anggapan anda bahawa DAPigs adalah parti yang mampu membela nasib rakyat khususnya orang-orang Cina anda sebenarnya sudah pun terperangkap dengan tipu daya dan permainan politik Guan Eng dan konco-konconya.

Cuba periksa pemilikan tanah dan juga rumah mewah di kebanyakan kawasan elit dibahagian Pulau.Jangan terkejut jika ia dimiliki oleh warganegara asing mana lagi kalau bukan kebanyakkannya dari Singapura.

Sebagai balasan , ada maklumat mengatakan bahawa Dun yang dikuasai DAP kini telah dijadikan Dun angkat oleh parti PAP dari republik tersebut bagi menghadapi PRU13.Sudah tentu ia disertai dengan suntikan dana yang cukup besar dari godfather mereka disana.

Ini menunjukkan bahawa Guan Eng dan konco-konconya hanya memberikan tumpuan untuk mengekalkan kuasa seterusnya menjadi pancacai kepada PAP di Singapura sedangkan hak bangsa Cina rakyat Malaysia hanya dipergunakan untuk tujuan meraih undi semata-mata untuk menang dalam pilihan raya.

Tak tahulah lah pula kalau bangsa Cina di Pulau Pinang yang mempunyai kerakyatan Malaysia sanggup dan bersedia menerima keadaan seperti ini ? Apa pun MMI sekadar mengingatkan kerana yang menentukan adalah anda dan diri masing-masing.

MMI masih ingat satu kejadian yang berlaku tahun lepas apabila seorang anak muda berbangsa Cina menemui MMI dan memohon sedikit bantuan untuk beliau melanjutkan pelajaran ke luar negeri.Apabila di tanya mengapa tidak memohon dengan kerajaan DAP beliau melahirkan kekecewaannya kerana kerajaan negeri hanya memberikan bantuan yang tidak seberapa dan dalam keadaan beliau yang amat-amat memerlukan bantuan demi melanjutkan pelajaran ternyata tindakan kerajaan negeri amat-amat mengguris hati dan perasaan anak muda tersebut.

Apa barang cakap bukan main nak tolong rakyat Pulau Pinang ? Bangsa sendiri pun tak boleh nak tolong !!

MMI.

1 comment:

Labels