Followers

Wednesday, 22 August 2012

YB Datuk Jahara Umum Tidak Bertanding - Jasa Mu Tetap Akan Di Kenang


Perkara pertama yang keluar dari mulut MMI adalah jasa YB Datuk Jahara Binti Hamid selaku ADUN Teluk Air Tawar akan tetap di kenang sampai bila-bila bukan saja oleh seluruh jentera UMNO malah rakyat khususnya di DUN Teluk Air Tawar.

Sepanjang MMI mengenali YB beliau merupakan seorang pemimpin yang cukup mesra dengan rakyat dan sentiasa tersenyum dalam melayan karenah siapa saja malah amat berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin masyarakat.


MMI tabik spring kepada YB Datuk Jahara kerana beliau merupakan wakil rakyat dari UMNO dan Barisan Nasional Pulau Pinang yang kedua membuat pengumuman selepas YB Datuk Azhar Bin Ibrahim ADUN Penaga untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Inilah bukti yang menunjukkan pemimpin UMNO bukannya berkiblatkan kuasa semata-mata malah YB Datuk Jahara juga mahukan tempat beliau digantikan dengan mereka yang jauh lebih muda supaya UMNO dan Barisan Nasional sentiasa dapat memenuhi tuntutan tanggungjawab terhadap rakyat.

YB Datuk Jahara Binti Hamid berkata, beliau tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya akan datang, dan akan memberi laluan kepada darah muda. 

Jahara yang berusia 61 tahun, dan mempunyai dua anak lelaki serta enam cucu, berkata beliau bersedia untuk melepaskan jawatannya sekarang apabila tempohnya berakhir. 

"Saya sudah bersedia untuk bersara dan membantu melatih beberapa calon muda yang berpotensi untuk menggantikan saya. Ia terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menggantikan saya. 

"Kami mahu mempunyai satu pasukan yang baik (dengan calon-calon Barisan Nasional-BN di Pulau Pinang), dan saya bersedia untuk melepaskannya," katanya kepada para pemberita di rumah terbuka Hari Raya di Taman Robina, Teluk Air Tawar di sini, siang tadi. 

Jahara berkata, beliau tidak percaya "memegangnya selama-lamanya" bagi kedudukan itu, sambil menambah beliau sudah pun membuat keputusan untuk bersara, dalam separuh tempoh lima tahunnya. 

Menurut Jahara, beliau mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga dan memberi perhatian kepada kerja-kerja oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

Jahara, yang mulai aktif dalam politik sejak tahun 1983, berkhidmat dalam dua tempoh sebagai exco negeri yang bertanggungjawab terhadap Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Keluarga, Wanita, Belia dan Sukan. 

MMI doakan semoga YB Datuk Jahara Binti Hamid di berikan kesihatan yang baik dan dapat terus berbakti kepada masyarakat setempat walaupun tidak berada dalam saluran politik selepas ini.

Kadang-kadang terfikir juga sampai bila agaknya Nik Aziz tu nak lepaskan jawatannya ???? ermmm..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels