Followers

Tuesday, 28 August 2012

Prinsip Maqasid Syariah - Bukti Kerajaan Prihatin


Sejuk hati melihat betapa gembira para imam dan pengerusi JKKK yang sudah pun terpilih untuk menunaikan haji di bawah program khas hasil tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).Inilah antara program terbaik yang seharusnya di teruskan dari tahun ke tahun oleh kerajaan Barisan Nasional kerana ianya membuktikan penghargaan kerajaan terhadap mereka yang banyak menyumbang bakti kepada masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada 200 imam dan 200 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ianya merupakan kumpulan kedua selepas kumpulan pertama seramai 111 imam dan pengerusi JKKK menerima tajaan itu pada 19 September tahun lalu.

Kesemua jemaah haji berkenaan dijadual berlepas ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 22 September ini dan akan berada di Tanah Suci selama 47 hari.

Alhamdulillah MMI tumpang gembira dengan program semurni ini apatah lagi apabila YAB Perdana Menteri berkata, tidak ada tujuan yang lebih baik, selain daripada kerajaan dapat menghulurkan bantuan kepada para imam dan ketua kampung seluruh negara untuk menunaikan haji.

"Berdasarkan kepada kesan yang saya sendiri saksikan ketika menunaikan haji pada musim lalu, betapa besarnya impak program itu kepada 111 orang imam dan ketua kampung yang terpilih.

"Maka pada musim haji kali ini, saya berniat kalau ada rezeki, kita akan lonjakkan lagi jumlahnya daripada 111 kepada 400 orang lagi untuk dimasukkan dalam program itu," katanya.

Najib berkata, usaha tersebut bertepatan dengan landasan dan prinsip Maqasid Syariah yang diperjuangkan oleh kerajaan sekarang.

Beliau berkata, ini sejajar dengan matlamat supaya agama Islam di negara ini dilihat sempurna dari segi ketinggian, kemuliaan, tauhid, akhlak dan pentadbiran.

"Kalau kita lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini, itulah sebenarnya landasan dan prinsip yang kita pegang dan contohnya, dalam rukun Islam kelima, kita pastikan pentadbiran urusan haji adalah terbaik di dunia kerana kita berpegang kepada prinsip yang saya sebutkan tadi," katanya.Klik Sini 

Apa pun bagi mereka yang telah mengikuti program ini mahupun yang telah dipilih untuk fasa kedua ini sudah tentu perasaan bersyukur itu merupakan antara yang pertama lahir dalam hati kerana peluang menunaikan Fardu Haji di Tanah Suci Kota Mekah merupakan saat dan detik yang paling di tunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam.

Buktinya setelah menunggu lebih 70 tahun untuk menunaikan ibadat haji, akhirnya hasrat seorang pesara guru untuk menjalani Rukun Islam kelima itu tercapai.

Bekas Ketua Kampung Sungai Miang, Pekan, Abdul Majid Mohamed berkata, dia tidak menjangka dalam usia yang sudah mencecah 83 tahun masih diberi kesempatan untuk mengunjungi tanah suci dan menjadi tetamu Allah SWT.

Faktor usia bukan penghalang bagi warga emas tersebut kerana dia masih mampu berjalan tanpa menggunakan tongkat serta tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya.

"Saya pernah menunaikan haji pada umur tujuh tahun bersama arwah ibu dan bapa dengan menaiki kapal laut tetapi pada usia sementah itu tidak banyak benda yang saya faham dan boleh lakukan.

"Selepas bersara sebagai guru pada 1986, faktor kewangan pula menjadi penghalang untuk menjejakkan kaki kali kedua ke Tanah Suci Mekah".Berita selanjutnya Klik Sini .

Namun kini harapan beliau sudah hampir terlaksana semuanya kerana kerajaan Barisan Nasional dan UMNO yang kini berada di landasan terbaik untuk terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

Komen MMI : Malas aa nak banding-banding ni ampa pikiaq sendiri lah..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels