Himpunan Janji Di Tepati malam ini di Putrajaya membuktikan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya cintakan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini.Malah tidak salah kiranya MMI labelkan jutaan rakyat Malaysia sebenarnya meletakkan harapan serta mahukan supaya tanak tumpah bumi bertuah Malaysia ini terus di pimpin oleh kerajaan Barisan Nasional.
Himpunan sempena negara menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 ini jelas membuktikan sekiranya kita ikhlas dalam melakukan sesuatu selain mempunyai niat yang murni untuk melihat negara dan rakyatnya terus maju ianya bakal membangkitkan semangat kenegaran malah mampu berjalan dalam keadaan yang cukup harmoni dan meriah.
Selain dari itu juga lebih dari 3.6 juta rakyat Malaysia telah pun menjayakan program twitter #merdeka55 anjuran JASA dalam masa 1 jam sahaja.Klik Sini
Program ini telah pun memecahkan rekod dunia dan yang harus juak-juak Pakatan Haprak tahu adalah mereka-mereka yang bertweet malam ini tidak langsung diarahkan mahupun mendapat apa-apa surat kerahan untuk berbuat demikian seperti mana yang dilakukan oleh juak-juak Pakatan Haprak yang mahu menunjukkan bahawa mereka mendapat sokongan dalam program-program yang dianjurkan mereka sebelum ini.
MMI juga merasa terharu dengan sambutan hangat oleh seluruh rakyat Malaysia kerana inilah yang kita mahukan sebenarnya , percayalah ianya mampu membangkitkan lagi semangat para pemimpin kita untuk terus bekerja dengan lebih kuat dan pastinya rakyat yang bakal mendapat manfaatnya.
Puluhan ribu yang membanjiri Bukit Jalil malam ini merupakan mereka yang faham serta tahu akan pengertian MERDEKA dan inilah buktinya Malaysia bakal terus utuh dan maju di bawah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional.
Lagi gambar di Bukit Jalil.
Lagi gambar Himpunan Janji Di Tepati di Bukit Jalil Klik Sini
MMI.
ALhamdulillah! Tahniah DS NAJIB
ReplyDeleteHIDUP UMNO BN!!
ALLAH BERSAMA UMNO!!