Followers

Tuesday, 4 September 2012

Biadap & Bodoh - Lagi Jalur Gemilang Di Turunkan MPPP !!!


Tindakan biadab Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menurunkan Jalur Gemilang di negeri ini berulang lagi, tidak sampai 24 jam selepas kejadian pertama berlaku di Paya Terubong, Ayer Itam, awal pagi semalam.

Kali ini, puluhan bendera Malaysia yang dipasang bersama bendera Barisan Nasional (BN) sempena Program Semboyan Dibunyikan anjuran BN Bukit Bendera diturunkan oleh anggota penguat kuasa MPPP dengan alasan arahan pihak atasan.

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow yang merasmikan program itu nyata tidak dapat menahan perasan marahnya sambil menyifatkan MPPP sebagai bodoh.

"Saya masih boleh terima jika mereka menurunkan bendera BN, tetapi apabila Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia diperlakukan sedemikian rupa, ia sudah melampau.

"Anda semua boleh tulis saya kata MPPP bodoh. Begitu juga dengan Yang Dipertuanya yang tidak menggunakan akal ketika memberi arahan kepada pekerjanya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Gerakan negeri; Datuk Dr. Teng Hock Nan; Ketua Wanita MCA negeri; Tan Cheng Liang serta kira-kira 500 ahli gerak kerja parti parlimen itu.

Tegas Chang Yeow, tindakan itu tidak menghormati seluruh rakyat negara ini yang masih dalam suasana menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 yang baru disambut Jumaat lalu.

"Saya harap MPPP insaf dan pada masa sama berhenti membuat tindakan seperti mengugut atau cubaan mensabotaj program yang BN laksanakan untuk rakyat," katanya.

Dalam kejadian di Paya Terubong semalam, ratusan bendera Malaysia yang dipasang untuk pelancaran satu program yang turut dihadiri Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin dicampak ke tanah selepas ditanggalkan oleh anggota MPPP kerana dikatakan mendapat arahan orang atasan.

Sementara itu, Pengerusi BN Bukit Bendera, Datuk Seri Chia Kwang Chye berkata, beliau dimaklumkan oleh anggota partinya bahawa kejadian itu berlaku awal pagi ini.

"Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana MPPP berkeras mahu menurunkan puluhan bendera yang dipasang untuk program itu kerana mereka menyatakan tindakan itu salah.

"Sebenarnya bendera itu dipasang di tiang dalam kawasan persendirian dan saya tidak tahu undang-undang apa yang mereka pakai," katanya.

MMI paling kesian kepada petugas-petugas MPPP kerana mereka sebenarnya tidak bersalah.Yang BIADAP adalah pemimpin Pakatan Haprak ni , menggunakan kuasa yang ada untuk kerah petugas-petugas MPPP untuk melakukan kerja-kerja jahat mereka.

Percayalah tak semua petugas MPPP yang mahu melakukan tugasan tersebut tetapi kerana kerja dan arahan maka mereka terpaksa akur.

Yang perlu kita tentang dan tolak sekarang ini adalah pemimpin-pemimpin BANGANG lagi DAYUS juak-juak Pakatan Haprak ni sebab merekalah dalangnya.MMI cukup yakin tidak ada niat lain selain dari agenda mahu melakukan sabotaj.

BACUL sebenarnya juak-juak Pakatan Haprak ni..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels