Followers

Sunday 25 December 2011

Hasan Ali Londeh Harakah


Serangan demi serangan sesama PAS sekarang ini makin rancak.Semuanya kerana kemelut yang berlaku diantara Hasan Ali dan Mustafa Ali.Namun yang MMI nak fokuskan kali ini adalah perihal akhbar harakah kepunyaan PAS yang selama ini begitu bebas menyebarkan fitnah ditambah dengan tuduhan oleh pemimpin PAS kononnya media arus perdana tidak terbuka dalam menyampaikan beritanya.Semuanya terjawab hari ini apabila Hasan Ali membidas akhbar Harakah kerana laporan berita yang disifatkan pilih kasih dan menyebelahi pihak-pihak tertentu.

Menurutnya, aduan yang diterima beliau daripada pemimpin-pemimpin Pas dan orang ramai yang melanggan akhbar itu mengatakan Harakah kini seperti memperjuangkan golongan pemimpin dan parti-parti tertentu.

"Mereka kata persembahan akhbar itu kini mirip kepada satu golongan dan tidak mirip kepada golongan yang lain.

"Saya juga lihat ruang laporan banyak diberi keutamaan kepada parti-parti komponen dan bukannya kepada Pas sendiri," katanya.

Beliau berkata, laporan pilih kasih akhbar itu dipercayai berlaku atas arahan yang diberikan oleh pihak atasan parti bagi menjaga kepentingan dalam isu dan perkara tertentu.

Hasan berkata, perkara itu bukan sahaja berlaku kepada beliau tetapi kepada pemimpin tertinggi Pas seperti Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din yang pernah membuat temu bual berhubung isu gereja DUMC.

"Bayangkan kalau satu temu bual yang komprehensif bersama Haron Din pun tak dikeluarkan, Hasan Ali ini hanya udang kecil sahaja.

"Bagi saya siapa yang dapat menyebar luas dan menetapkan berita ke pangkuan masyarakat itu yang menjadi pilihan kita.

"Keterbukaan media-media ini untuk memberi ruang berita kepada orang seperti saya lebih besar daripada media yang dimiliki oleh parti sendiri,'' tambah beliau.

Sebaliknya katanya, beliau tidak mahu bergantung kepada media Pas semata-mata kerana berita tidak akan disampaikan secara menyeluruh.

"Saya rasa itu tindakan terbaik saya setakat ini dan laporan yang media arus perdana beri kepada saya amat mengagumkan.

"Bahkan dalam kontroversi negara berkebajikan, saya tak nampak pun media-media kerajaan memainkan peranan yang negatif kepada saya dan parti,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau turut menyarankan supaya akhbar Harakah kembali kepada matlamat asal dalam memperjuangkan parti dan mencontohi keterbukaan media arus perdana.

Harakah Membangun Bersama Islam ? Politik,Fitnah dan cacian tu apa kebendanya hahahahahahahahahaha.
Lagi berita Klik Sini.

Apa cerita sekarang ? Orang PAS sendiri yang cakap bukan orang UMNO..Jangan pula nanti tuduh ini semua didalangi UMNO.Sudah-sudahlah PAS masyarakat dah mula menilai kamu sekarang.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels