Sejak bertahun-tahun, orang Melayu masih melihat hartanah dengan pembiayaan rumah sesuatu yang menakutkan. Apatah lagi, antara kajian yang pernah dibuat oleh Portal Hartanah No.1 Malaysia iaitu iProperty Group mengesahkan harga yang mahal, dan pembiayaan yang ketat serta kadar faedah yang tinggi antara penyebab kesukaran pemilikan hartanah.
Baiklah itu merupakan dilema-dilema yang bermain di fikiran rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Kita melihat ketakutan ini memuncak apabila ia tidak ditangani dengan baik oleh persekitaran perbankan dan pemaju yang hanya mahukan keuntungan yang tinggi daripada ketakutan mereka.
Kita tidak boleh menyalahkan pihak pemaju dan pihak bank atas kelebihan yang mereka ada ketika ini yang menambah dilema orang Melayu dalam pemilikan hartanah, namun itulah hakikatnya. Oleh itu, dilema–dilema ini perlu dipecahkan supaya kita orang Melayu mampu memiliki hartanah sekurang-kurangnya sebuah rumah untuk di jadikan warisan.
Justeru itu Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang telah melabuhkan tirainya semalam turut memberikan penumpuan kepada isu terbabit.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO , Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican antara yang mengulas tentang strategi untuk meningkatkan pemilikan harta orang Melayu khususnya dalam konteks politik dan dasar kerajaan Malaysia melalui agensi-agensi yang ditubuhkan.
No comments:
Post a Comment