Followers

Monday 19 January 2015

Cerita BETTY , MELOMPAT Sungguh Guan Eng !!

"If no rain then there will be no flooding" begitulah antara ayat yang pernah diungkapkan oleh Guan Eng sebelum ini sewaktu berlakunya banjir kilat di Pulau Pinang.

Kebanyakkan warga Pulau Pinang terangkat bulu kening sebab kenyataan sedemikian menunjukkan betapa dangkalnya seorang pemimpin yang mengaku berjiwa rakyat. 

Mungkin kanak-kanak juga tersenyum mendengar ungkapan sedemikian malah ketawa berdekah-dekah apabila melihat masih ada lagi puak-puak penjilat tegar DAP yang tetap menganggukkan kepala tanda SETUJU dengan Khalifah mereka.

Hahahaha begitulah keadaannya di Pulau Pinang hari ini , nampak semakin caca-marba seolah-olah mereka hilang fokus dan tercari-cari arah untuk mendapatkan kembali rentak politik yang pernah digunakan sebelumnya untuk memukau warga Pulau Mutiara.

CENGKAM

Selepas berjaya mencengkam Pulau Pinang , Guan Eng dan seluruh saf dinasti Lim semakin rakus untuk terus berkuasa di tanah yang pernah menjadi milik Kedah satu ketika dulu.Dengan Guan Eng selaku Ketua Menteri kini mempunyai akses dan kuasa penuh terhadap tanah di Pulau Pinang , isterinya Betty turut sama sedang disusun atur untuk sama-sama menguasai sesuatu yang mampu menjadi penyelamat kepada kedudukan DAP.

Jawatan sebagai Ketua Bahagian untuk Perkhidmatan Harta, Perdagangan Pembangunan Hartanah, Pembinaan dan Jawatankuasa Pengurusan bagi Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang adalah BUKTI bahawa sesuatu sebenarnya sedang dirancang.

Perlantikan yang kemudiannya di tolak oleh Betty Chew (setelah diasak bertubu-tubi) itu seharusnya menjadi titik tolak kepada warga Pulau Pinang untuk segera sedar bahawa mereka bukan sahaja mahu kekal berkuasa tetapi mahu menakluk.Baca SINI 

Maka bermulalah lakonan paling mantap bagi tahun 2015 apabila Guan Eng bingkas bangun membela Betty Chew si isteri yang sanggup dibotakkan demi kepentingan politik murahan suaminya.

Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang itu telah memberi amaran kepada mereka yang kononnya “menyerang” isteri beliau Betty Chew gara-gara isu perlantikan dari Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang.

Malah Guan Eng terus sahaja menuding jari menyalahkan BN dan media arus perdana kerana menyiarkan berita tersebut.

Well apa masalahnya ? Bukankah jelas Betty Chew sememangnya dilantik ke jawatan tersebut dan hanya menolaknya setelah perlantikan itu dipertikaikan banyak pihak ?

Salah ker ? Habis yang puak pro-pembangkang saban hari menyerang isteri Perdana Menteri tak pula Guan Eng nak bagi amaran ?

Adoiii inilah masalahnya apabila selalu mengaku diri tu TOKONG , semua orang dia kata salah tapi salah diri sendiri tak nampak ! 

Dalam masa yang sama , Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata, Guan Eng sepatutnya mencermin diri terlebih dahulu dan melihat kesalahan sendiri sebelum bertindak menuding jari kepada pihak lain terutama media arus perdana yang didakwa kononnya prokerajaan. 

Dalam isu membabitkan isteri Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Betty Chew, Chang Yeow berkata, perkara tersebut banyak didedahkan media yang selama ini dilihat propembangkang, bukannya media arus perdana.

“Malah, BN negeri sendiri tidak berminat dengan isu pelantikan Betty dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) meskipun selepas media mendedahkan perkara berkenaan. Jadi, mengapa Guan Eng menuding jari kepada BN negeri dan media arus perdana kononnya mensensasikan isu tersebut?” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Baca Selanjutnya 

Adehhh memalukan beb ! Guan Eng lu sudah silap ma .. kalau tak nak orang kritik lu punya keluarga lu jangan suka-suka hantam orang lain ma .. Orang lain kena lu duduk diam , sendiri kena lu buka mulut apa maciam ?

Kalau tak boleh dikritik lu jangan sebut HAK ! HAK ! HAK ! Haktuihhhh ...

Well itulah ceritanya dan rasanya ramai yang faham bahawa puak pembangkang ni selalu sangat malah mungkin setiap masa tak pernahnya nak mengaku mereka tu lemah , silap , bodoh , bingai dan macam-macam lagilah.

Mungkin sebab itulah kot Kelantan kena banjir besar yang cukup teruk sebab selalu sangat ikut cakap Guan Eng ! Yalah .. Guan Eng kata kalau tak ada hujan tak adalah banjir tapi puak penjilat DAP ni lupa Tuhan jauh lebih berkuasa dari Guan Eng.

Guan Eng setakat tokong ja !!! Bukan MMI kata bekas timbalan ketua menteri pulau pinang kata !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels