Followers

Tuesday, 18 September 2012

Pulau Pinang - Bubar DUN Masanya Makin Hampir !!


Pada ketika entri ini ditulis cakap-cakap berkenaan politik di negeri pimpinan tokong Mansor Othman dan khalifah ciptaan PAS ni semakin panas.Panas kerana dikhabarkan DUN bakal dibubarkan lebih awal seterusnya pilihan raya DUN akan diadakan pada bulan Oktober.

Sudah pasti pembubaran DUN tersebut dirasakan mampu menjadi pencetus untuk menaikkan semangat juak-juak penjilat Pakatan Haprak diseluruh negara.

Persoalannya, apakah “tokong” Guan Eng saja yang yakin bahawa Pakatan Haprak mampu mengekalkan kuasa di negeri Pulau Pinang?

Bagaimana pula dengan MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, MB Kedah, Azizan Razak dan MB Selangor, Khalid Ibrahim? Apakah mereka bertiga juga akan mengikut jejak langkah “tokong” untuk membubarkan kuasa di DUN masing-masing?

Sekiranya, “tokong” Guan Eng yakin DAP mampu mempertahankan Pulau Pinang, apakah Nik Aziz, Azizan dan Khalid “Gagap” tidak yakin bahawa mereka mampu untuk mempertahankan kuasa di negeri jajahan mereka ?

Melihat kepada senario yang berlaku di Pulau Pinang terkini ternyata DAPigs juga sebenarnya masih terkial-kial untuk berkira-kira mahu membubarkan DUN dan menyerahkan kepada rakyat bagi menentukan nasib mereka ?

Semuanya kerana rakyat Pulau Pinang kini sudah faham dan kenal siapa DAPigs dan Pakatan Haprak semenjak mereka menjadi kerajaan negeri sejak 2008 yang lalu.

Sikap "cauvinis" yang ditunjukkan oleh DAPigs ternyata tidak dapat disembunyikan malah sudah menjadi satu kebencian rakyat melihat sikap angkuh dan ala mafia pemimpin-pemimpin DAPigs dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Bagaimana mereka mengamalkan sikap "double standard" dalam soal perniagaan melibatkan orang-orang Melayu dan Cina.Kepada sesiapa yang pernah berkunjung ke Pulau Pinang pastinya mata anda akan melihat senario dimana peniaga-peniaga Cina bebas menjalankan perniagaan di kaki-kaki lima sehinggakan dijalan-jalan utama tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa sedangkan gerai-gerai milik orang Melayu di robohkan.

Pembohongan yang berterusan khususnya dalam janji-janji pilihan raya 2008 yang sehingga kini masih belum dilaksanakan menjadikan DAPigs semakin kecut perut malah kegagalan dan kelemahan PAS dan PKR menjadi satu lagi masalah besar kepada kerajaan negeri DAPigs untuk berdepan rakyat.

Perlu diingat pada ketika gelombang UMNO dan Barisan Nasional yang kini semakin mendapat tempat dihati rakyat maka sudah pasti DAPigs akan menerima tamparan paling hebat waima kerajaan negeri DAPigs hari ini membubarkan DUN lebih awal.

Pihak pembangkang kini tersepit dan mereka yakin hanya mampu menipu di Pulau Pinang sahaja, sedangkan di Kedah, Kelantan dan Selangor menunjukkan sokongan yang menurun di kalangan rakyat negeri itu.

Rakyat di Kedah, Kelantan dan Selangor kini semakin celik untuk menilai penipuan serta pembohongan yang ditabur oleh Pakatan Haprak, khususnya berhubung manifesto PRU ke-12 dulu yang sehingga kini masih gagal dilaksanakan.

Di Kedah, bukan saja PAS gagal melaksanakan manifesto yang ditaburkan, malah masalah dalaman yang melanda di dalam perebutan kuasa di dalam kerajaan negeri di kalangan para pemimpin PAS turut “menyemakkan” mata rakyat.

Di Kelantan, rakyat dikhabarkan sudah bosan dengan kepimpinan Nik Aziz yang dilihat semakin mundur ke belakang dan pentadbirannya yang hanya “Islam” di mulut atau papan tanda namun tersasar dari semangat Islam dari sudut perlaksanaannya.

Paling teruk ialah di Selangor di mana dasar-dasar yang dijalankan oleh Khalid “Gagap” dilihat sangat merugikan rakyat di mana pentadbirannya telah diganggu oleh “dasar rompak rakyat Selangor untuk kembungkan poket pemimpin Pakatan Haram” dilaksanakan.

DAPigs di Pulau Pinang pun sebenarnya tidaklah sekuat mana. Namun setelah DAP berjaya memainkan sentimen “chauvinis ultra kiasu” dan berjaya memperkudakan PAS serta PKR di negeri itu untuk melutut pada mereka, maka “tokong” itu boleh tersenyum lebar…

Berbalik kepada Pulau Pinang sudah menjadi kewajipan paling utama untuk semua bangun BERJIHAD menentang Pakatan Haprak yang kini diterajui oleh DAPigs kerana mereka sudah jelas menyimpang daripada perjuangan yang seharusnya kita sokong.

Rakyat dan seluruh jentera Barisan Nasional kini bersedia untuk berdepan dengan rejim paling celaka dalam Malaysia.

UMNO dan seluruh jenteranya sudah pun bersedia untuk turun BERJIHAD bagi membebaskan Pulau Pinang dari sekelompok manusia yang kini terang-terangan sudah hilang jatidiri dan prinsip sebagai seorang manusia apatah lagi agama Islam.

JIHAD ini bakal menghapuskan mereka yang sanggup mengangkat dan menyamakan pemimpin DAPigs Guan Eng sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz.

JIHAD ini bakal menghapuskan mereka yang sanggup mengangkat seorang pemimpin DAPigs Guan Eng sebagai TOKONG hanya kerana mahu membuktikan beliau seorang yang dipuja oleh rakyat.

JIHAD ini juga bakal mengembalikan maruah rakyat Pulau Pinang daripada terus-terusan dijadikan anjing pencacai kerana kelemahan serta sikap DAYUS pemimpin PAS dan PKR yang langsung tidak berani mempertahankan serta menegur Tokong dan Khalifah ciptaan mereka sendiri.

Kepada Guan Eng dan DApigs bubarlah bila-bila masa sekalipun , tentera jihad ini sudah bersedia untuk membebaskan Pulau Pinang.

Kepada juak-juak penjilat Pakatan Haprak bukan saja tentera JIHAD ini sudah bersedia malah kamu bakal dikejutkan dengan sesuatu.Apa dia agaknya ?

Tunggu pilihan raya !!Kepada Guan Eng lu ada telor ka mau bubar DUN ?

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels