Followers

Tuesday 18 September 2012

GEMPAR Kereta Rasmi Timbalan Menteri Di Bakar !!

Gambar Hiasan


KLANG 18 Sept. - Kereta Proton Perdana Executive yang digunakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun, ditemui terbakar di Jalan Akob, Bukit Kapar Sabtu lepas.

Kereta rasmi timbalan menteri itu dilapor dicuri pada 2 Jun lepas di Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata polis dan bomba mendapat maklumat daripada orang awam mengenai sebuah kereta yang terbakar di Jalan Akob pada pukul 7.30 malam.

"Kereta itu hangus. Pemeriksaan nombor chasis dan enjin mendapati ia adalah kenderaan yang digunakan Datuk Joseph," katanya kepada pemberita di sini.

Rangka kereta itu kini berada di Balai Polis Kapar di sini.

Beliau berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu jenayah menggunakan api. - BERNAMA

Siapakah yang punya angkara ? Kalau sebelum ni heboh satu Malaysia tentang kejadian balingan cat merah , apa mungkin kes bakar kereta yang dicuri ni pun angkara perbuatan jahat juak-juak penyokong parti politik juga ker ?

Kita serah pada pihak polis untuk siasatan..

Psstt Kadang-kadang saja bikin kecoh sikit hehe..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels