Followers

Wednesday, 31 October 2012

Blog Pro Pakatan Haprak Politikkan Cheng Ho


PENYANYI lagenda rock tanah air, Amy Search meluahkan rasa kesal dan kecewanya apabila terpaksa menutup Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju baru-baru ini.

Menurut laporan Kosmo, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina yang sudah beroperasi selama empat tahun itu terpaksa ditutup kerana mempunyai pelbagai masalah.

"Saya sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya.Berita Seterusnya

Bagi MMI inilah asam garam dalam dunia perniagaan bilamana ada masa kita naik dan ada masa kita turun.Namun bagi kebanyakkan mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan perkara sebegini adalah lumrah dan ianya sudah pasti menjadi satu pengalaman paling berharga kepada sesiapa saja.

Malah ada dikalangan mereka yang pernah gagal kemudiannya berjaya kerana dunia perniagaan sebenarnya penuh dengan dugaannya.

Percaya bahawa rezeki itu datangnya dari Allah SWT kita sebagai hambanya hanya mampu berusaha dan berusaha semoga berkat usaha itu diberkati oleh Allah SWT dan insyallah selalunya dengan usaha yang bersungguh-sungguh kejayaan akan pasti tiba.

MMI turut bersimpati dengan apa yang menimpa Amy namun sedikit terkejut dan terkilan kerana isu penutupan restoran Cheng Ho milik beliau dipolitikkan oleh juak-juak Pakatan Haprak.

Agak malang sekali apabila salah satu blog pro Pakatan Haprak cuba mengheret isu penutupan ini  untuk dikaitkan dengan dunia politik hanya kerana Amy yang satu ketika dulu dilihat bersama Pakatan Haprak kini memilih untuk bersama UMNO.


"Perniagaan Amy senasib dengan restoran sekinchan setelah beliau isytihar masuk umno? Mungkinkah restoran cheng ho diboikot sepertimana sekinchan ikan bakar? Mungkinkah apa sahaja yang dikaitkan dengan Umno rakyat akan tolak akibat kebencian yang meluap-luap?  Anda semua mungkin ada jawapannya?" Klik Sini

Apakah niat dan tujuan penulis blog tersebut membuat kenyataan sedemikian ? Apakah ini sebenarnya sikap juak-juak Pakatan Haprak yang memboikot setiap usaha orang-orang Melayu kita khususnya dalam dunia perniagaan hanya kerana perbezaan politik ?

Jika beginilah sikap mereka maka jelaslah juak-juak Pakatan Haprak langsung tiada agenda untuk sama-sama membantu bangsa mereka apatah lagi mahu melihat bangsa seagama dengan mereka berjaya.

Seingat MMI orang-orang UMNO langsung tidak mempunyai perasaan seperti ini khususnya melibatkan perniagaan orang-orang Melayu malah sikap mahu melihat bangsa sendiri maju dalam setiap bidang sentiasa tersemat di hati semuanya kerana mahu melihat bangsa Melayu mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain tanpa mengambil kira fahaman politik.

Bayangkan sekiranya puak-puak ini diberikan ruang dan peluang untuk memerintah negara ? Rasanya pasti ramai bangsa Melayu sendiri yang dianak tirikan kerana prinsip perjuangan mereka hanyalah untuk mendapatkan kuasa kemudiannya turus menyalak menjadi pencacai kepada Anwar dan DAPigs.

Sedih melihat kelakuan bangsa sendiri !!!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels