Persoalan pertama yang bermain di fikiran MMI , Apakah perkara sebegini seharusnya berlaku ?
Melihat gambar diatas jelas menunjukkan kertas soalan peperiksaan akhir tahun 2012 bagi Pendidikan Seni Visual Tahun 5 di sebuah sekolah berprestasi tinggi mempunyai kelemahan dalam kesalahan ejaan yang tidak sepatutnya berlaku. Walaupun ia bukan subjek BM namun sebagai dokumen rasmi ia mesti menggunakan kosa kata dan ejaan yang betul.
MMI bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak cumanya hairan mengapa kesalahan seperti diatas berlaku ? Malah sekiranya merujuk kepada persoalan siapa yang menyediakan kertas soalan tersebut sudah pasti ianya bakal mengundang rasa kecewa banyak pihak.
GPMS sebuah badan NGO yang memperjuangkan pendidikan memandang serius perkara ini dan melihat ianya sebagai sesuatu yang amat perlu ditangani dengan baik di masa-masa akan datang.
Mengulas mengenai perkara ini GPMS Pulau Pinang melalui Saudara Mohd Faiz Mohd Rafeek Exco GPMS Negeri Pulau Pinang merangkap YDP GPMS Cawangan Barat Daya berkata "Sikap pengguna telefon bimbit yang sememangnya mempraktikkan ayat-ayat ringkas di dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) mungkin dianggap biasa bagi menyampaikan maklumat atau berita namun inilah implikasinya apabila ia menjadi rutin serta kebiasaan kepada masyarakat kita.
Sebagai sebuah Organisasi yang beroriantaliskan mendidik, pihak GPMS ingin membuat gesaan dan ingatan tegas kepada kalangan pelajar dan guru-guru di semua peringkat yang bakal menduduki peperiksaan dan yang dipilih membuat kertas soalan supaya tidak menggunakan perkataan-perkataan atau ayat-ayat ringkas sewaktu peperiksaan mahupun dalam penyediaan kertas soalan kerana ini akan menyebabkan kekeliruan pelajar dan mengurangkan perolehan markah yang akan diberikan oleh pemeriksa kertas peperiksaan kepada pelajar.
Adalah amat merugikan dan malang sekiranya dikalangan pelajar mempraktikkan penggunaan ayat-ayat ringkas sepertimana yang sering diamalkan semasa penghantaran sms.Walaupun tumpuan teknik menjawab soalan yang diberikan menepati kehendak namum sekiranya penggunaan perkataan yang dikemukakan menggunakan ayat-ayat ringkas maka ianya mampu menjejaskan peratusan markah yang bakal diperolehi.
Sehubungan dengan itu, selain dari penggunaan ayat ringkas GPMS juga ingin membuat pesanan kepada pada pelajar-pelajar dan para guru supaya mengunakan ejaan ayat dengan betul seperti mana yang diajar serta mengikut kamus dewan.
Komen MMI
Percaya atau tidak ianya berlaku kerana kelalaian pihak pendidik yang cukup memalukan.Apakah wujud sikap sambil lewa sehinggakan perkara sedemikian boleh berlaku?
Mungkin ianya hanya melibatkan satu individu namun perlu diingat kesannya mampu merosakkan seluruh institusi tersebut.
Memperkasakan Bahasa Melayu antara perkara utama yang perlu kita sama-sama usahakan supaya legasi ini mampu diteruskan oleh anak-anak pelajar kita di kemudian hari.Ingatlah sebarang kesilapan dan kelalaian dari kita hari ini mampu merosakkan generasi kita seterusnya.
Psstt Perkara macam ni bukan main-main bro,bonus dah umum jadi bertanggungjawablah sikit !!
MMI.
No comments:
Post a Comment