Followers

Wednesday, 17 October 2012

Kelantan Bakal Bentang Bajet Lawak !!


Terdesak sungguh kerajaan PAS di Kelantan sampaikan terkinja-kinja mahu memasukkan jumlah royalti minyak yang belum tentu milik mereka ke dalam bajet negeri.Bangang sangat ka puak-puak ni malah tindakan mereka jelas tidak menghormati mahkamah yang kini sedang menjalankan kes tuntutan royalti tersebut.

Keputusan belum umum bro , nampak sangat yang berdemo di Putrajaya sebelum ni hanyalah sekadar nak buat kecoh dan berunsur politik.Kesian MMI tengok puak-puak ni dah macam pak lawak dah.


Pembentangan Bajet 2013 Kerajaan Negeri Kelantan menimbulkan persoalan ekoran pengumumannya dengan memasukkan hasil royalti yang kini dituntut sebanyak RM200 juta, sebagai perolehan Kerajaan Negeri terbabit.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Dali Hussin membidas tindakan tersebut dan menganggapnya sebagai satu helah dari kerajaan negeri untuk memburukkan kerajaan Pusat oleh Barisan Nasional (BN).

“Sepatutnya bajet terbabit tidak mengambil kira berkaitan royalti kerana ia masih dalam perbicaraan dan bukan daripada pendapatan negeri ini sekarang,” katanya kepada UMNO-Online.

Pembentangan bajet Negeri Kelantan yang bertemakan ‘Bajet Negeri Berkebajikan’ dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi dan Kebajikannya, Datuk Husam Musa yang mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Husam ketika mengumumkan perkara itu dilaporkan berkata, Bajet 2013 merupakan belanjawan lebihan di mana perolehan yang dianggarkan bakal diperolehi berjumlah RM535.95 juta iaitu lebihan sebanyak RM45.83 juta.

“Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir Pas cuba menimbulkan kebencian rakyat terhadap BN dengan menunjukkan bahawa melalui royalti terbabit disekat oleh kerajaan pusat dan dengan perolehannya pelbagai pembangunan dapat dilaksanakan dan jumlah wang ini memberikan banyak pulangan kepada rakyat.

“Mereka berniat buruk dan mahu menggambarkan seolah-olah kerajaan BN amat kejam sehinggakan menyekat penyaluran wang royalti ini sedangkan realitinya wang tersebut tidak ada.”

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa berkata, ada kemungkinan bahawa hasil royalti ini dimaksukkan bagi mengaburi mata rakyat dan memperlihatkan kononnya mereka mengurus tadbir dengan baik sedangkan yang berlaku adalah sebaliknya.

Dikatakan bajet yang dibentangkan tersebut sebenarnya mengalami defisit RM154.18 juta dengan anggaran perolehan yang semakin merudum.

Untuk rekod, tuntutan royalti kini sedang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. - MediaUMNO

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels