Setelah Laporan Audit dibentangkan, Lim Guan Eng, Ketua Menteri tidak lagi boleh berdolak dalih kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang bersikap perkauman dan meminggirkan bangsa Melayu yang mewakili majoriti berpendapatan sederhana, rendah dan miskin di negeri itu.
Terdedah kini, sejumlah RM33.36 juta Akaun Amanah Perumahan Bumiputera telah tidak dibelanja. Jumlah ini adalah bersamaan dengan peningkatan 58% dari tahun sebelumnya iaitu RM21.11 juta.
Tindakan Guan Eng untuk ‘menyimpan’ peruntukan tersebut menunjukkan yang beliau begitu tega mempertahankan prinsip perkauman partinya.
Sedangkan, di masa yang sama kerajaan DAP Pulau Pinang begitu giat membina dan merancang berbagai pembangunan lain.
Bumiputera di Pulau Pinang seharusnya mengambil laporan ini secara serius kerana ia melibatkan survival bangsa di negeri tersebut secara keseluruhan dan jangka panjang.
Apakah kita sanggup melihat satu lagi negeri kita menjadi milik orang?
Walaupun DAP adalah parti politik di dalam Malaysia dan pemimpinnya warga Malaysia tetapi sikap mereka yang ingin mengenepikan bangsa lain di dalam pemerintahan menjadikan mereka sebagai penjajah.
Kata orang, ada dua cara untuk menjajah sesuatu bangsa iaitu sama ada dengan ‘membunuh’ atau ‘merampas segala apa yang membentuk identiti bangsa tersebut’.Oleh itu, dengan menyingkirkan semua bangsa lain selain Cina dari Pulau Pinang, DAP berharap dapat menghapuskan terus identiti bangsa asal, iaitu Melayu dari negeri tersebut. Ini adalah konsisten dengan usaha mereka untuk mengubah sejarah termasuk cuba menunjukkan yang kaum Cina adalah antara pendatang awal ke negara ini.
Tindakan ini boleh dibaca melalui apa yang dilakukan oleh ‘abang’ mereka di Singapura, iaitu PAP di mana sejarah negara tersebut yang bermula lama sebelum Parameswara (1344), dengan sedaya upaya cuba dipadamkan mereka, hanya kerana ia membawa identiti dan bukti pendudukan dan kekuasaan bangsa Melayu.
Sebaliknya, sejarah Singapura cuba ditulis semula dengan bermula dari tahun 1781 iaitu kedatangan Sir Thomas Stamford Bingley Raffles seorang negarawan British.Ini menyerlahkan sifat kaum Cina itu yang tidak rela mengakui kekuasaan Melayu, walaupun ia hanya tinggal sejarah tetapi boleh menerima ketuanan barat.
Sifat yang sama kekal terpahat dalam diri Lim Guan Eng dan roh DAP secara amnya.
Justeru, kaum bumiputera di Pulau Pinang wajar mengenali hati budi dan nurani Ketua Menteri dan parti yang memerintah mereka dengan sebaik-baiknya.Segala tindakan Guan Eng di Pulau Pinang perlu dikaji dan diteliti kesannya terhadap kaum bumiputera dalam jangka panjang.Agenda Guan Eng itu adalah jelas dan kezamannya untuk mencapai matlamat ‘ketuanan Cina’ di Pulau Pinang adalah benar.
Bumiputera Pulau Pinang kini berhadapan dengan ancaman pengusiran secara halus. Mereka bakal kehilangan segala-galanya dari tanah sehinggalah ke identiti dan juga maruah.
Namun, semua ini boleh dihalang dengan membuat keputusan yang tepat dalam PRU yang akan datang.Tiada siapa yang dapat membantu kita , melainkan diri kita sendiri.Masa depan anda di tangan anda, iaitu di kertas undi.Tepuk dada tanyalah minda, apa yang benar, apa yang dusta, apa yang kabur dan apa yang nyata.
Yang pasti, laporan audit adalah nyata dan penafian Guan Eng ternyata dusta.Apakah ada yang masih ingin menafikannya?
Kredit to Cili Padi
MMI.
No comments:
Post a Comment