Followers

Sunday, 21 October 2012

Nik Aziz Ajak Tiru Tun Mahathir ??


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, “kita tiru tindakan” bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sejak lebih 20 tahun Kelantan, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud di antara parti Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini.

“Kita ajak orang Melayu supaya berbalik semula kepada Islam kerana apabila kita tinggalkan cara Islam, ertinya kita sudah terlajak.

“Apabila kita terlajak, kita tidak percaya kepada Islam dan apabila tidak percaya kepada Islam, kita tidak percaya kepada al-Quran, tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan tidak percaya kepada ALLAH…ini cukup bahaya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Peringkat Negeri Kelantan di Taman Tengku Anis, Tanjung Chat semalam.

Nik Aziz berkata, sebagai umat manusia, mereka diminta menjaga Islam kerana ajaran agama itu cukup sempurna termasuk melalui demokrasi Islam.

Menurutnya, dalam politik, manusia perlu menghubungkan politik dengan Nabi Muhammad iaitu apabila menyebut nama Nabi Muhammad SAW, ia mengingatkan umat terhadap politik Islam.

“Dalam sembahyang, kita menyebut salam ke atas Nabi Muhammad biarpun Nabi tiada waktu kita solat, namun kita diajar ada hubungan rapat manusia dengan Nabi,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, bagi melaksanakan mawaddah dalam kedua-dua parti (Pas-Umno) berkenaan, beliau ada membuat cadangan kepada rombongan yang sampai dari Kuala Lumpur semalam.

“Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46.

“Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam,” katanya.

Katanya, Dasar Kebangsaan itu pertamanya adalah ajaran dari Eropah dan keduanya, Islam mampu menjamin manusia ke pintu syurga.

Komen MMI

Nik Aziz barangkali lupa bahawa kekuatan bangsa itu penting bagi menjamin kekuatan Islam dalam konteks negara Malaysia.MMI bukan menolak Islam sebagai agama yang paling utama namun perlu diingat dalam dunia hari ini jika sekadar Islam sahaja tidak cukup.Mungkin ada yang beranggapan kenyataan MMI itu salah namun lihat saja apa yang telah berlaku terhadap Islam di Myanmar apabila bangsa Rohingya yang beragama Islam ditindas dengan begitu teruk sekali.

Bukankah bangsa Rohingya itu Islam ? Jika mereka Islam mengapa pula hari ini mereka tidak mampu untuk mempertahankan bangsa dan agama mereka sendiri sehingga memerlukan bantuan dari negara-negara lain seperti Malaysia ?

Semuanya kerana bangsa Rohingya tidak kuat sebenarnya dan kerana kelemahan inilah maka Islam juga turut menjadi lemah seterusnya mengakibatkan mereka hilang kekuatan.

Berbalik kepada konteks negara Malaysia , bangsa Melayu merupakan dominan dan sudah sebati serta menjadi bangsa yang sinonim dengan agama Islam.Sebut saja bangsa Melayu sudah pasti masyarakat di Malaysia tahu Melayu itu beragama Islam.

Oleh kerana itulah bangsa Melayu di Malaysia perlu diperkuatkan dan kerana kekuatan yang ada pada bangsa Melayu inilah maka Islam menjadi lebih kuat di bumi Malaysia sehingga negara-negara luar mengiktirafnya.

Soal kelemahan yang ada boleh diatasi sekiranya Melayu Islam UMNO dan PAS bersatu bukannya dengan cara menidakkan satu-satu pihak lain yang berkiblatkan Kaabah dan tuhan yang sama .

Apakah UMNO yang selama ini dituduh memperjuangkan semangat kebangsaan langsung tidak menunaikan tanggungjawab mereka terhadap agama Islam ? 

Bagaimana pula dengan PAS yang mendabik dada perjuangkan Islam tetapi memilih untuk bersahabat dengan DAPigs parti yang terang lagi jelas menolak sebarang pelaksanaan kearah sebuah negara Islam yang diimpikan oleh setiap bangsa Melayu Islam di Malaysia ?

Adakah PAS sudah boleh mendabik dada mengatakan hanya merekalah sahaja orang Islam yang benar-benar Islam sedangkan hakikatnya mereka menentang malah menghasut rakyat lain untuk menentang serta membenci saudara seagama dengan mereka ?

Apakah sudah cukup Islam PAS apabila bertakbir dalam pentas-pentas ceramah yang dihadiri oleh pimpinan DAPigs laknatullah ?

Inilah yang harus Nik Aziz tahu dan mungkin Nik Aziz perlu diingatkan siapa sebenarnya yang menjadi dalang paling utama yang menyebabkan PAS dikeluarkan dari Barisan Nasional (Perikatan) satu ketika dulu.

Siapakah sebenarnya yang menentang MAWADDAH ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels