Followers

Sunday 28 October 2012

Pulau Pinang SESAK !!!!


Pulau Pinang - Lalu-lintas dilaporkan sesak disetiap laluan utama menghala ke bahagian pulau malah di lebuhraya PLUS Utara Selatan juga dilaporkan mengalami kesesakan semenjak petang tadi , barangkali kerana orang ramai yang pulang bercuti sempena Hari Raya Aidil-Adha sudah mula bertolak kembali ke ibu kota.

Kepada yang memandu berhati-hatilah.Namun pada ketika entri di tulis MMI yang dalam perjalanan ke bahagian pulau bersama "URUK" dan team media MMI turut mengalami kesesakan yang hampir serupa.

Apakah kesesakan ini berpunca daripada satu program yang diadakan di Padang Kota bermula semenjak petang tadi ? MMI sendiri kurang pasti..

Program yang diadakan di Padang Kota semenjak petang tadi adalah satu program Himpunan Silaturrahim Ummah anjuran jaringan NGO-NGO Islam di Pulau Pinang.MMI juga sebenarnya dalam perjalanan ke sana.

Insyaallah MMI akan bawakan perkembangan dari sana dalam entri yang seterusnya.



Adakah kesesakan ini kerana orang ramai berpusu-pusu ke Perhimpunan Silaturrahim Ummah di Padang Kota ???

Sama-sama kita nantikan !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels