Semalam sewaktu sesi minum teh tarik bersama beberapa kenalan rapat , MMI diajukan persoalan tentang isu-isu sensitif melibatkan kepimpinan negara , parti dan kerajaan Barisan Nasional hari ini.
Dalam pada itu , diselang seli juga dengan karenah pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang seterusnya membawa kepada kedudukan Ketua Pembangkang Wan Azizah selepas berjaya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Banyak jugalah perkara yang dibualkan dan dalam banyak-banyak tu ada yang bertanya tentang pendirian MMI terhadap isu nasional yang kini sedang melanda kepimpinan negara.
Apakah MMI mempertahankan Najib ?
Satu soalan yang sebenarnya terlalu general untuk di jawab dan semestinya setiap bait atau patah perkataan yang MMI ungkapkan itu perlu direncahkan sebaik mungkin supaya ianya tidak mewujudkan persepsi baru.
Maklumlah di saat suasana politik yang sedang bahang membara , terlalu mudah untuk pihak-pihak tertentu melabel seseorang itu sehingga ada dikalangan komentar dalam blog MMI menganggap setiap penulisan di blog ini menerima bayaran tertentu.
Well MMI tak salahkan komentar-komentar terbabit malah mengucapkan terima kasih kerana respon dengan penulisan di blog ini.MMI bukan maksum dan setiap dari kita punya pandangan dan pendapat masing-masing dan ianya sering kali berdasarkan kepada beberapa perkara.Mungkin ada anggapan sedemikian berlaku kerana beberapa penulisan di blog ini seolah-olah mempertahankan Najib.
Rasanya selagi mampu dan terdaya MMI akan terus mengupas isu-isu mengikut ruang lingkup dan pemahaman MMI terhadap perkara-perkara yang ditimbulkan.Selebihnya MMI serahkan kepada pembaca dan pelawat blog MMI kerana disitulah kita dapat berkongsi rasa dan denyut politik negara yang kita cinta.
Semalam MMI telah lontarkan pandangan terhadap penyebaran rakaman ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada pandangan MMI sepatutnya tidak berlaku kerana ianya datang dari siri kursus yang cukup SULIT melibatkan parti UMNO.BACA SINI
Malah selepas itu MMI mengupas pula ucapan Tan Sri Muhyiddin KLIK SINI kerana dari sudut pandangan MMI ianya tidak seharusnya berlaku seperti mana sikap pihak yang tidak bertanggungjawab merakam dan menyebarkan ucapan tersebut.
Perkara pertama yang MMI persoalkan adalah untuk apa rakaman itu disebarkan ?
Dan MMI percaya sekiranya rakaman dan penyebaran itu tidak berlaku , tidak akan timbul sebarang isu lain yang boleh menenggelamkan pembentangan RMK11 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Apa pun mungkin itulah yang menjadi minat kebanyakkan warga kita diluar sana kerana isu-isu politik yang sensitif jauh lebih popular daripada laporan gerak kerja yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk negara bagi tempoh 5 tahun yang akan datang.
Seperti mana yang berlaku terhadap isu 1MDB yang menjadi kebimbangan banyak pihak ketika ini sehingga wujudnya desakan supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Mereka-mereka ini cukup SETIA dan begitu PATRIOTIK sekali sehingga tidak mahu melihat siapa jua yang cuba melemahkan negara dibiarkan BEBAS !
TAHNIAH MMI ucapkan kerana pada dasarnya begitulah semangat yang patut ada kepada setiap dari warga Malaysia kerana kita berkongsi tanah dan apa jua kek yang ada berdasarkan PERLEMBAGAAN negara dan sistem demokrasi yang kita amalkan selama ini.
Tidak ada cacat celanya keinginan itu cuma dalam banyak-banyak perkara kita kadang kalanya terlepas pandang.
Sebagai warga kepada sebuah negara bertamadun seperti Malaysia , wajarkah kita mengembalikan UNDANG-UNDANG RIMBA hanya untuk memuaskan hati mereka yang hari ini begitu lantang mendesak ?
Apakah kita sanggup melihat sebahagian daripada rakyat dan warga kita sendiri diadili oleh undang-undang rimba ini hanya kerana permainan dan tuduhan persepsi politik yang secara dasarnya tidak membuktikan apa-apa ?
Bayangkan jika kita menerima pakai seruan dan tindakan sebegini ? Apakah NILAI yang masih ada pada tiap diri kita ?
Bahkan jika semua mereka (Ahli Lembaga Pengarah 1MDB) di pecat sekalipun , adakah ianya akan membantu memulihkan sesuatu ?
Ada yang beranggapan sekurang-kurangnya keyakinan rakyat akan kembali kepada UMNO dan kerajaan ! Persoalannya apakah kita pasti ianya akan berlaku ?
JANGAN sesekali lupa bahawa ini adalah tuduhan dalam konteks persepsi politik yang kesannya akan menyebabkan pihak tertentu menjadi mangsa keadaan.MMI yakin jika saranan untuk memecat kesemua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB berlaku hari ini , maka kerajaan dan UMNO akan lebih teruk terkesan disebabkan kita terlau obses untuk mengambalikan kepercayaan rakyat sedangkan prinsipnya adalah UNDANG-UNDANG !
MMI tidak pernah berniat untuk mempertahankan Najib apatah lagi dibayar untuk mempertahankan YAB Perdana Menteri.Malah 1MDB juga tidak membayar satu sen pun kepada MMI untuk mempertahankan Ahli Lembaga Pengarah mereka tetapi apa yang MMI lakukan ini adalah untuk kebaikan semua pihak.
Sebagai rakyat MMI juga mahu mengetahui apakah benar tohmahan terhadap 1MDB dan turut mahu melihat mereka yang bersalah itu dikenakan tindakan.
TETAPI biarlah kebenaran dan tindakan ini berlaku melalui landasan yang BENAR !
Seorang penganalisa politik, Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, rakyat wajar meletakkan keyakinan dan kepercayaan terhadap kewibawaan Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), serta memberikan peluang kepada pihak terbabit untuk menjalankan siasatan terhadap isu penyelewengan syarikat 1MDB sepertimana yang didakwa oleh pihak tertentu.
Menurut beliau, rakyat wajar menunggu apa juga keputusan siasatan jabatan audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira (PAC) berhubung isu tersebut dan jangan terpengaruh dengan sebarang penyebaran fakta dan info yang tidak sahih yang kini bertebaran di media sosial.
Tambah beliau lagi, budaya membina keyakinan berasaskan informasi dalam bentuk spekulasi yang tidak sahih, tidak akan membawa manfaat secara keseluruhan terhadap pembangunan jati diri rakyat di negara ini.
“Kita mesti membentuk masyarakat kita agar membina keyakinan dalam apa jua perkara dengan berdasarkan fakta dan informasi yang sahih.
“Keyakinan yang ada pada diri kita itu mestilah berdiri di atas fakta yang benar, sahih dan bukan sekadar cakap-cakap orang yang masih belum diketahui sejauh mana kebenarannya,” ujarnya.
Sehubungan itu kata beliau, dalam isu 1MDB ini, rakyat mesti mengambil sikap berpegang kepada kebenaran yang berfakta dan bukannya berpegang kepada informasi yang tidak sahih.- sumber
Maka kerana itu MMI menolak sebarang usaha untuk menghukum mana-mana individu waima Perdana Menteri sekalipun tanpa melalui proses yang sebenar-benarnya apatah lagi ianya dibuat atas dasar emosi dan kepentingan politik.
Hukuman harus jika ianya benar-benar terBUKTI dan berFAKTA kerana tanpanya kita sedang memperjudikan nasib anak bangsa kita sendiri kerana undang-undang rimba akan membawa kehancuran kepada kita dan juga negara.
MMI
Saya sangat bersetuju, kalau nak jatuhkan hukuman sekarang ,kena ada bukti kukuh dan tertuduh pun kena di beri peluang membela diri.Tapi kalau tak ada bukti nak hukum juga kena tunggu piliharaya utk melepaskan geram.Tapi akibat selepas piliharaya kenalah tanggung sendiri.
ReplyDeleteMungkin kamu perlu belajar lebih jauh lagi apakah yang dimaksudkan dengan "MARUAH" sebelum mahu terus menulis.
ReplyDeleteEh, pandai betul kamu dgn maksud MARUAH. Siap suruh org belajar pulak. Tesis PHD kamu berkaitan maruah ke?
DeleteBersetuju dengan pandangan tuan penulis.
ReplyDeleteApa yang kau nie dok mengarut, meroyan, merapu wahai Labu...
ReplyDeleteMaruah apanyer Labu... Ker herega 8455 rupee ker rupiah..
Orang tulis penat2, pikir, labu kata blajor lagi... Bagus blajor, tzpi blajor apernyer labu?
Jangan kau sebut Mahacelzka madey sudah...menyampah aku dgn setan tua tak reti nzk mampos
"Maruah" kepala hotak hang! Mahathir sebenarnya tidak ada maruah langsung.
ReplyDeletepecat dan siasat .. kita tengok sape yg kena nanti..
ReplyDeletemungkin dah ada yang sedang kemas rumah pun..