Followers

Wednesday 24 October 2012

TERKEZUTT Hadi Sudah Mula Main Belakang !!


Nampaknya juak-juak PAS sudah mula main pusing-pusing atau dah mula spin perkara-perkara yang dikira mereka mampu memberikan kelebihan dalam mendapat sokongan rakyat.

Malah MMI sendiri agak pelik dengan kenyataan terbaru daripada Hadi Awang dalam satu ceramahnya di kelantan baru-baru ini.

''Ada orang yang membaca ayat mengharamkan kerjasama dengan orang kafir dan orang bukan Islam pada tahun 60-an, mengapa sekarang boleh pula, ini ucapan orang yang tidak baca al-Quran seluruhnya, tidak baca amalan Nabi SAW."

Itulah hujah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan kerjasama dengan DAP ketika menyampaikan ceramah sempena 22 tahun pemerintahan Pas di Kelantan, pada Ahad lalu.

Kita tidak pasti siapa yang dimaksudkan oleh Abdul Hadi apabila beliau berkata, ''ini ucapan orang yang tidak baca al-Quran seluruhnya, tidak baca amalan Nabi SAW.''

Tetapi apa yang pasti perjalanan politik Pas dalam soal bekerjasama dengan parti bukan Islam sememangnya diketahui oleh umat Islam di negara ini.

Ni sudah kira main belakang niii....

Agaknya siapalah yang Hadi maksudkan ???? ermmmm ??????

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels