Followers

Wednesday 7 November 2012

GEMPAR Laungan "ALLAHUAKHBAR" Dalam Konsert System Of A Down Lagi Penghinaan Terhadap Islam ?!!


Band metal, "System Of A Down" pernah popular dan muziknya banyak menjadi ikutan golongan remaja negara kita.

Kekerasan dan jeritan dalam setiap lagu yang dimainkan oleh band metal ini dikatakan mampu memberikan kepuasan kepada setiap remaja-remaja yang meminati muzik yang berunsur keras.

Namun, sesuatu yang pelik dan menjadi tanda tanya apabila salah seorang ahli band tersebut, gitaris dan juga vokalis, Daron Malakian dengan tidak semena-mena melaungkan ‘Allahuakbar’ semasa konsert Rock In Rio pada 2 Oktober 2011.

Saksikan sendiri rakaman video sewaktu konsert mereka berlangsung walaupun sudah lama ia dimuat naik di laman YouTube.

Lihat dan dengar di minit 1.37 !!

Apa yang lebih pelik, semasa insiden itu berlaku, jelas terpancar rasa terkejut di wajah vokalis utama band itu, Serj Tankian dengan tindakan Daron ketika mereka sedang menyanyikan lagu Suite Pee yang mengisahkan tentang agama dan Jesus Christ.

Walaupun Tankian berpaling sebentar untuk melihat tindakan mengejut Daron, dia kembali fokus semula menyanyikan lagu tersebut.


Apakah ianya satu lagi penghinaan terhadap umat dan agama Islam ? Barangkali inilah agaknya yang akan berlaku sekiranya kalimah Allah dibenarkan untuk digunakan oleh semua pihak dalam Malaysia ?!!

kredit to URUK-HAI
Team Media MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels