Followers

Tuesday, 7 July 2015

KONTROVERSI Hubungan Najib & Jho Low !!

Nama Jho Low kini kembali berkumandang seolah-olah lagu pilihan banyak pihak yang diputarkan di corong-corong radio kerana permintaan yang tinggi dari pendengar.

Dalam kes terbaru , SarawakReport menyebarkan pula gambar Najib bersama keluarga sedang bercuti dan turut sama dalam gambar tersebut adalah lelaki bernama Jho Low.Yang pasti kita tahu penyebaran gambar terbabit sudah semestinya ada kaitan dengan apa yang SarawakReport lakukan sebelum ini , menyebarkan berita yang kini dipertikaikan kebenarannya.

Semenjak penangkapan Justo oleh pihak berkuasa Thailand , satu persatu kebenaran mula didedahkan dan antaranya berkaitan penyebaran berita oleh SarawakReport yang jelas diperakui sebagai tokok tambah.

Selebihnya pihak-pihak tertentu mula melakukan serangan baru dengan usaha membangkitkan kebencian orang ramai terhadap Najib Razak kononnya beliau berbohong dalam jawapannya berkaitan pengenalan dengan Jho Low.

Sesuatu yang pasti , Najib Razak sudah mengesahkan Jho Low tidak terlibat atau bekerja dengan 1MDB ! Dalam satu jawapan bertulis menjawab soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong , Najib berkata "Encik Low Thaek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB,"

Manakala Jho Low sendiri turut mengesahkan beliau tidak ada sebarang kaitan dengan 1MDB apatah lagi berkerja dengan syarikat terbabit.

"Saya tidak menguruskan 1MDB. Saya tidak mengawal 1MDB. Saya tidak buat apa-apa keputusan untuk 1MDB, tetapi jika mana-mana entiti Timur Tengah yang saya tahu mahu mendapatkan pandangan saya, saya akan berikan.

Malah kenyataan Jho Low sebelum ini yang turut menyalahkan beberapa orang UMNO dengan menyebut "Those UMNO guys are spin masters" turut mendapat reaksi awal daripada Ahli Parlimen Kepala Batas , Datuk Seri Reezal Merican apabila mencabar Jho Low supaya tampil menjelaskan siapa yang beliau maksudkan.Baca SINI 

Dan kalau diambil kira kenyataan Jho Low tentang orang UMNO yang suka jadi kaki spin itu , kita pastinya tertanya-tanya siapakah yang beliau maksudkan dan apakah ianya terarah kepada Najib dan kerajaan semata-mata ?

Well jika kita ikuti perkembangan isu ini kita akan dapat melihat dengan jelas siapakah yang sebenarnya kaki spin khususnya melibatkan 1MDB !

Berbalik kepada penyebaran gambar Najib dan Jho Low , agakya apa yang cuba disampaikan oleh SarawakReport ?

Apakah mereka sedang melakukan serangan balas memandangkan pihak yang dituduh sedang bersiap sedia untuk menyaman mereka ?

Apa pun kita perlu berterima kasih kepada pihak yang menyebar kerana secara tidak langsung ianya telah mengesahkan kepada kita bahawa sememangnya PetroSaudi dan 1MDB punya usahasama melibatkan dua kerajaan Islam (G2G ArabSaudi-Malaysia) yang sudah pasti meletakkan misi kesejahteraan ummah sebagai keutamaan.

Selebihnya persoalan tentang kenapa Najib dan keluarga boleh berada di kapal layar mewah bersama-sama dengan Jho Low dan seorang lagi lelaki bertopi putih ?

Tak perlu bising-bising kerana semua itu berlaku bersebab !

Lelaki bertopi putih itu adalah Putera Turki bin Abdullah Al-Saud anak ketujuh bekas pemerintah Arab Saudi, Allahyarham Raja Abdullah yang merupakan antara manusia terkaya di dunia yang telah menjemput Najib dan keluarga yang datang bercuti.

Apa masalahnya ? Sebab SarawakReport menyatakan kos bagi menyewa kapal layar mewah itu mencecah sehingga $500,000 seminggu ? Nak kata Najib guna duit 1MDB lagi ker ? Adoii jangan benak sangat beb .. Yang menjemput dan menyewa kapal layar tu adalah Putera Turki bin Abdullah Al-Saud , memang dia mampu pun ! Patutnya SarawakReport kena buat berita dan pertikaikan dari mana Putera Turki memiliki wang sebanyak itu ! 

Kenapa tak pertikai ye tak ?

Dan sesuatu yang pasti ada usaha yang berterusan daripada Malaysia dan Arab Saudi ! Apa dia ?

Najib telah diperkenalkan kepada Putera Turki oleh Allahyarham Raja Abdullah yang menyarankan beliau (Najib) agar bekerja dengan syarikat anaknya semasa Najib dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Raja Abdullah pada Julai 2009 - satu bulan SEBELUM gambar Najib dengan Putera Turki ini telah diambil.

Pada pertemuan tersebut, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud telah meluahkan kemungkinan Arab Saudi yang mengambil bahagian secara aktif di Malaysia dalam sektor perbankan Islam, memperluaskan penyertaan dalam sektor pembuatan produk perkhidmatan Islam dan juga meningkatkan ekuiti di negara ini. 

Malah usaha yang bermula dalam satu pertemuan ringkas itu akhirnya berterusan menjadi urusniaga antara kedua-dua belah pihak melibatkan 1MDB dan PetroSaudi.Baca SINI 

Tak ada isu pun sebenarnya , cuba dibangkitkan semata-mata untuk menanam kebencian orang ramai terhadap pemimpin dan kerajaan Malaysia NOT MORE THAN THAT !

KONTROVERSI ?

Hmm yang kontroversinya SarawakReport sebab pembohongan bersiri yang didedahkan selama ini bukan sahaja akan memakan diri tetapi juga akan menggigit mereka-mereka yang turut sama bersekongkol !

Macam biasa kita sedang mencari realitinya bukannya kontroversi yang tidak menguntungkan negara dan persepsi yang boleh merosakkan kepercayaan para pelabur luar negara terhadap bumi Malaysia.

Tunggu laporan siasatan !

MMI

8 comments:

  1. Kalau gitu, samanlah Sarawak Report. Jangan diam saja atau deny.

    ReplyDelete
  2. SR dan geng hanya mahu menimbulkan persepsi utk menglirukan orang bodoh seperti SA dan TS MY.Bolehlah menjadikan mereka tidak akan berhenti melompat.Walhal jalan mudah ada kalau lapuran mereka ada benar.Keluarkan saja bukti kukuh,namakan 'penyiasat yg di maksudkan,dan minta saja Mahahtir buat sidang akhbar di Malaysia ,seterusnya buat lapuran polis,SPRM<dan Bank Negara.Habis cerit .PM Najib tentu dgn mudah melepaskan jawatan.Para pemimpin Umno akan berbondong-bondong menyokong Mahathir dan proksinya utk di jadikan PM baru.

    ReplyDelete
  3. Tk salah pun najib pg holiday dgn famili, seorg famili man selalunya org yg baik2 dah tingkah laku terkawal, tkde la pg cari china doll

    ReplyDelete
  4. Sehingga kini Najib tak saman2 lg WSJ..Bank negara dan AmBank masih membisu..kalau tak benar..dah lama dinafikan..MMI..awak ni blogger..byk maklumat..alhamduliilah
    Ya Allah Tuhan yg menguasai hari pembalasan..Ya Allah aku bermohon kepadaMu, andai MMI ini menulis dgn keyakinannya dan pengetahuannya..berilah kepadanya petunjuk dan barakahMu yg maha luas. Tapi andai MMI ini menulis utk mendapatkan imbuhan dunia dan dia sedar dlm hati kecilnya ttg kebathilan...maka Engkau Ya Allah Engkau azabkan lah ia dengan seburuk2 azab kerana beliau dgn kepandaiannya dari anugerahMu telah membenarkan yg bathil. Ya Allah..Kau jadikanlah anak2 zuriat keturunannya menjadi orang2 fasik dan membuat kekacauan sehingga hari kiamat....Amin amin ya rabbal 'alamin.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah Tuhan yg menguasai hari pembalasan..Ya Allah aku bermohon kepadaMu, andai MMI ini menulis dgn keyakinannya dan pengetahuannya..berilah kepadanya petunjuk dan barakahMu yg maha luas. Tapi andai MMI ini menulis utk mendapatkan imbuhan dunia dan dia sedar dlm hati kecilnya ttg kebathilan...maka Engkau Ya Allah Engkau azabkan lah ia dengan seburuk2 azab kerana beliau dgn kepandaiannya dari anugerahMu telah membenarkan yg bathil. Ya Allah..Kau jadikanlah anak2 zuriat keturunannya menjadi orang2 fasik dan membuat kekacauan sehingga hari kiamat....Amin amin ya rabbal 'alamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen ini MMI siarkan sebagai BUKTI bahawa penulisan ini bukan kerana imbuhan & di bayar oleh mana-mana pihak !!

      Delete
  6. JLow tu pun pi holiday dgn Najib ye...JLow tu sedara Najib ker? Apa dia buat kat situ? Admin tolong kupas sikit peranan JLow dalam percutian/foto ni please....

    ReplyDelete
  7. Kalau dah terror sgt perniagaan 1MDB dgn Pak Arab ni, kenapa 1MDB dah nak bungkus dan gunakan harta dan wang rakyat untuk bail out 1MDB? Mungkin penulis boleh beri penjelasan terperinci.

    ReplyDelete

Labels