Dikala Nik Aziz dan kuncu-kuncunya sibuk memperjuangkan royalti minyak untuk Kelantan (walhal tidak layak), negeri berjiran dengannya, Pahang pula yang mendapat rahmat dari Allah swt setelah telaga minyak yang baru dijumpai di luar 3 batu nautika daripada pantai negeri tersebut.
Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri kelmarin membuktikan bahawa rezeki ini adalah kerja Allah swt, yang beria-ia sangat berarak dan berkonvoi kononnya menuntut itu sangat buat apa, macam orang tak percaya Qada & Qadar.
Walaupun jumlah pengeluaran minyak di kawasan tersebut secara relatifnya kecil (64 juta tong sahaja), tapi ia cukup untuk menambah RM 100 juta dalam pendapatan kerajaan negeri Pahang, yang kemudiannya akan melimpah kepada rakyat yang dibawah.
Dan jangan lupa, masih ada lagi bahagian yang belum diteroka di kawasan tersebut, siapa tahu mungkin ada banyak lagi simpana minyak yang menanti untuk dibawa keluar.
Peristiwa ini sebenarnya mengingatkan kita tentang sejarah silam perubahan kerajaan di Perak, dari Pakatan harami ini kepada Barisan Nasional semula kira-kira 4 tahun lepas.
Situasinya berbeza, tapi ironinya sama.
Waktu itu, dalam sibuk-sibuk Anwar mencanangkan ada ahli Parlimen BN yang mahu melompat parti (termasuk seorang ADUN dari Perak yang confirm masuk PKR), 3 ADUN Pakatan haram Perak mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas tapi pro BN.
Inilah cantiknya takdir Allah swt, mahu memberi petunjuk kepada umatnya – mana-mana yang nak sedarlah; bahawa tempoh 11 bulan berada dibawah pentadbiran DAP (bermenteri Besarkan Nizar) tidak membawa rakyat Perak ke jalan yang betul, melainkan menjadi hamba kepada puak-puak kiasu ini.
Yang berarak, berdemo dan sebagainya Kelantan (sebut PAS), tapi yang tak semena-mena mendapat hasil dari penemuan minyak ini, ialah Pahang (sebut UMNO). Inilah namanya rahmat yang dilimpahkan Allah swt kepada kerajaan BN sebab kita semua tahu proses penemuan telaga minyak bukan seperti menggali telaga air.
Ia memakan masa dan tenaga manusia yang banyak dan panjang, maklumlah lokasinya terletak berkilo-kilo meter di bawah dasar laut.
Harapannya, janganlah pulak Kelantan dakwa dia ada saham dalam penemuan terbaru di Pahang ini. Atau paling tidak membantah pembinaan projek seumpama RAPID di Johor untuk mendaratkan hasil minyak itu nanti.
Tak payah bising-bisinglah, kata percaya rezeki datang dari Allah swt, berserah sajalah, nak bising-bising buat apa?
Islam tak ajar umat dia untuk bising-bising apatah lagi sampai tahap bermusuh sesama Islam.Malah umat Islam di tuntut untuk bersyukur sesama manusia selain bersyukur dengan nikmat Allah swt.
Kalau di negara lain contohnya Somalia , Nik Aziz barangkali dah kena serang hendap tak pun berkecai kena bom tangan.
Kepada Nik Aziz dan juak-juak tak sedar diri Pakatan Haprak yang mengaku Islam tu MMI nak bagitahu satu perkara INILAH yang dikatakan takdir.
sumber mykmu.net
MMI.
No comments:
Post a Comment