Followers

Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Friday, 19 July 2013

Isu Tanah Di Kelantan , Kenapa Perlu Nama NIK AZIZ ??


Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, khalayak umum telah dikejutkan dengan pendedahan mengenai pemilikan 14 lot tanah di sekitar Kota Bharu atas nama Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana nilai komersialnya boleh mencecah RM10 juta.

Selain pemilikan tanah atas nama Menteri Besar Kelantan itu, turut didedahkan sama sejumlah 13 lot tanah lagi yang bernilai jutaan ringgit termasuk sebuah stesen minyak yang dimiliki Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri kepada Nik Aziz.

Beberapa hari selepas isu pemilikan tanah itu didedahkan, Nik Aziz telah tampil menjelaskan bahawa 14 lot tanah yang luas keseluruhannya 1.76 hektar itu bukan miliknya walau pun namanya tercatat sebagai pemilik.

Menurut Nik Aziz, namanya hanya digunakan sebagai pemegang amanah bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berikutan jawtan MB yang disandangnya dan tanah itu kemudiannya kelak akan dipindah milik kepada nama MB baru.

Rentetan itu, rakyat Kelantan menarik nafas lega menerima penjelasan itu dan yakin bila berlaku peralihan tampuk kepimpinan negeri kelak akan ada pengumuman rasmi pindah milik nama pemilik semua lot tanah tersebut.

Namun seperti semua sedia maklum, sejak dari tarikh kejatuhan Nik Aziz pada 5 Mei 2013 hingga sekarang, tiada khabar berita mengenai pemindahan hak milik 14 lot tanah tersebut kepada nama MB Kelantan sekarang yang kedengaran.

Malah 13 lot tanah yang tertera nama isterinya itu pun sampai sekarang Nik Aziz buat-buat lupa untuk menjelaskan bagaimanakah statusnya, adakah ia milik peribadi atau sekadar pemegang amanah sama sepertinya.

Tanpa tindakan susulan oleh Nik Aziz berhubung status terkini lot-lot tanah tersebut sukar untuk rakyat Kelantan menepis rasa was-was dan kebimbangan kalau-kalau jika didiamkan ianya kelak terus menjadi hak milik Nik Aziz sekeluarga.sumber

MMI

Wednesday, 29 May 2013

Masanya PAS HARUS Tinggalkan Nik Ajiz !!


MMI tak pasti kitab apa yang di pegang oleh juak-juak PAS selama ini , jika di ikutkan dari pekik lolong mereka di pentas-pentas ceramah sudah semestinya Islam merupakan pegangan mereka-mereka yang hari ini masih bertahan dalam parti PAS.Dalam sedar atau tidak PAS tidak dapat lari dari seorang manusia bernama Nik Ajiz dan orang ini yang mengaku ulama sebenarnya sudah lama memesongkan perjuangan PAS sebagai parti yang kononnya meletakkan Islam sebagai keutamaan dalam perjuangan politiknya.

Namun makin celupar mereka maka makin berbeza tindak tanduk bukan sahaja pemimpinnya tetapi turut meragut kesetian para juak pencacai PAS yang kini di pergunakan sepenuhnya oleh Anwar dan parti paling rasisi di Malaysia DAPIgs.

Pasti janggal apabila parti yang kononnya menjaga tata-susila pengikutnya kini tidak lagi kisah dengan percampuran di antara lelaki dan perempuan malah para tok-tok aji juga di heret sama untuk sama-sama duduk dengan mereka yang bukan muhrim.Lebih membanggakan para pimpinannya barangkali apabila duduknya juak-juak mereka bersama kaum Cina dan mereka yang jelas tidak menutup aurat.




Fuh apa ada nas atau dalil yang membolehkan mereka-mereka ini bercampur-baur atas nama Islam ????

Jangan risau kerana PAS mempunyai pakar dalam hal ehwal agama dan hanya mereka sahaja yang mampu menyatakan sama ada sesuatu itu boleh dilakukan atau tidak.Teringat isu tangkapan ADUN di atas gerabak keretapi kihkih..Baca Sini 

Dalam pada itu jangan ada sesiapa yang mengaku alim ulama kerana sesiapa sahaja yang berada dalam kelompok tersebut dan di lihat berada di sebelah UMNO mahupun kerajaan maka mereka PASTI bukannya ulama mahupun orang-orang agama kerana tersasar jauh dari Islam.Kononnya kerana menyokong UMNO yang kini di tuduh sekular.

Hihi apa tindakan juak dan pemimpin PAS hari ini lebih Islamik ??


Banyak lagi kalau nak di catatkan disini namun persoalannya di mana manusia yang mengaku ulama itu tatkala perlakuan sebegini didedahkan dan di mana teguran yang seharusnya dibuat ?? Sehingga ke hari ini yang kita dengar hanyalah penafian.

Apa mungkin kerana ianya melibatkan kroni-kroni sesat dalam PAS ??

Ayuh PAS , kalau UMNO boleh saja di caci maki hingga dengan syaitan pun sanggup bersahabat masakan parti yang ada ulama agung ini boleh membisu apabila sahabat sendiri bergelumang dengan najis ?? Mana tegurannya ?? Mana tindakannya ?? Oh ya mana HUDUDnya ?????

Malah kenyataan terbaru dari Nik Ajiz ulama hampas yang kamu dewa-dewakan selama ini jelas merupakan bukti bahawa beliau bukan membawa sifat seorang ulama apatah lagi sebagai orang yang mengaku Islam tidak ada langsung dalam dirinya sifat kasih dan maaf , sedangkan Allah swt boleh memaafkan umatnya ?

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara Pas dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama Pas dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Nik Aziz berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Pas.Baca Selanjutnya 

MMI tak nak ulas banyak sangatlah cumanya kenyataan di atas tu rasanya umpama meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri.

UMNO menolak Islam ?? Apakah PAS hari ini benar-benar membawa Islam seperti mana yang sepatutnya atau PAS mempergunakan Islam bagi kepentingan politik mereka dan politik dendam seorang pemimpin bernama Nik Ajiz yang mengaku ulama ???


MMI yakin dan penuh percaya di luar sana ramai orang-orang PAS yang jauh lebih layak memimpin parti tersebut dan mampu menjadikan Islam itu sebagai wadah terbaik dalam usaha kita bersatu demi kemajuan dan kemakmuran bersama khususnya dalam kita membina serta mempertahankan Bangsa , Agama dan Negara.

Dah sampai masanya PAS dan seluruh ahlinya menolak Nik Ajiz dan kembali dengan pendirian Islam yang dulunya kamu agungkan.

#Melayu bangsa dominan di Malaysia dan sinonim dengan agama Islam maka dengan itu tidak akan kuat Islam sekiranya bangsa Melayu berpecah dan runtuh.Kuat Bangsa Kuat Agama Insyaallah Islam Terus di Persada.

MMI.

Wednesday, 15 May 2013

Husam MERAJUK , Hah ! Eloklah Sorang BAHLOL Sorang TOLOL !!!


Pada saat semua barisan pimpinan Pas berkumpul meraikan majlis persaraan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim di sini semalam, kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Salor, Datuk Husam Musa tidak kelihatan.

Tindakannya tidak menghadiri majlis yang tamat pada pukul 1 petang itu menimbulkan tanda tanya memandangkan beliau merupakan antara orang kesayangan bekas Menteri Besar itu.

Tindakan itu menggambarkan Husam masih berkecil hati dan kecewa kerana tidak tersenarai sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan terus mengambil tindakan memencilkan diri.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika ditemui selepas majlis itu berkata, beliau tidak nampak kelibat Husam pada majlis tersebut.

“Husam tidak nampak pun pada majlis ini. Kita jemput semua, wakil rakyat, pemimpin-pemimpin Pas dan yang membuat jemputan Unit Sumber Manusia, kita hadir sahaja,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Nik Aziz menyerahkan dokumen tugas jawatan Menteri Besar baharu kepada penggantinya, Datuk Ahmad Yaakob.

Ditanya mengenai Husam, Mohd. Amar berkata, adalah satu situasi yang biasa apabila seseorang berasa tidak puas hati terhadap sesuatu keputusan atau tindakan oleh pihak lain.

“Tidak berpuas hati merupakan perkara biasa dan bagi kita, benda ini tidak pelik. Ia bukan masalah. Isunya di sini adalah Istana Kelantan tidak berkenan. Menteri Besar pun sudah jelaskan, jadi itulah jawapannya sama ada kita puas hati atau tidak, itulah kenyataannya.

“Kalau hendak angkat sumpah mesti depan Tuanku, kalau Tuanku tidak setuju, sesiapa pun tidak boleh. Perkara ini sudah jelas,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas yang dibangkitkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, Mohd. Amar berkata, Pas telah membuat pendirian tidak akan adakan perbincangan dan kerjasama dengan UMNO.

Katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membuat pendirian dan ia disokong oleh ahli Pas yang senada dengan keputusan itu.sumber 

MMI.

Thursday, 9 May 2013

PANAZZ Nik Ajiz Kena REJECT Dengan Sultan Kelantan ?!!


Berdasarkan cakap- cakap dari teman- teman yang berada di negeri Cik Siti Wan Kembang, mereka mengatakan sekarang ini sedang heboh diperkatakan rakyat sekeliling bahawa Nik Aziz sebenarnya bukanlah benar- benar berhajat untuk bersara, sebaliknya penamaan semula beliau untuk memegang jawatan Menteri Besar tidak mendapat perkenan Sultan Kelantan.

Dikatakan juga, tindakan Sultan Kelantan itu adalah disebabkan oleh tindakan Nik Aziz kebelakangan ini yang dilihat berupaya memecah belahkan umat Islam dan melayu.

Sumber itu juga berkata, sekiranya Nik Aziz benar- benar tidak langsung berhajat mempertahankan jawatannya selaku Menteri Besar Kelantan, kenapa pula beliau tidak mengumumkannya sebelum berlangsungnya PRU13 dan masih bertanding?

Tidak cukup dengan itu, kenyataan Nik Aziz kepada sebuah akhbar yang mengatakan beliau akan pimpin sampai mati juga menggambarkan hajatnya untuk terus memegang tampuk pemerintahan Kelantan.


KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin politik berbeza dengan penjawat awam lain kerana selagi diperlukan, mereka boleh berkhidmat sampai mati. 
Menurut Mursyidul Am PAS itu, pemimpin politik agak istimewa kerana tidak mempunyai had masa untuk berkhidmat kepada rakyat. 
"Kita ada penjawat awam yang ada had masa untuk bersara dan ada pemimpin politik yang boleh berkhidmat sampai mati. 
Pemimpin Islam berada di negeri yang dikatakan berlaku kemunduran dan perpecahan, tetapi sebenarnya ia tidak berlaku. Ini nikmat yang sangat besar. Kita mesti jaga (supaya tidak berlaku perpecahan dan kemunduran)," katanya disini semalam.

Sekiranya apa yang disampaikan ini adalah benar, kita tumpang simpati dengan nasib yang menimpa Nik Aziz kerana tidak berjaya merealisasikan hajatnya untuk memerintah sampai mati.

Seperkara yang kita harapkan , dengan tersungkurnya Nik Aziz ini, umat Islam Malaysia kembali merapatkan saf dan bersatu menegakkan Islam bersama.

Semoga penyatuan diantara UMNO dan PAS benar- benar berlaku.sumber penggempur mutiara

MMI kata kalau dah tak mau jawatan menteri besar , Nik Ajiz bertanding kerusi buat apa ?? Bersara jalah pencen semua dapat , dah tu boleh bagi laluan dekat orang lain pula.Ini tidak siap bertanding kerusi DUN nak buat apa tu ?? 

MMI.

Wednesday, 10 April 2013

YAHUDI PAS ROBOH MADRASAH AGAMA Kerana FATWA HARAMKAN UNDI PAS ?!!!


Walaupun cuaca di luar sana agak dingin dengan angin sepoi-sepoi bahasa tapi nun jauh di Kelantan sana no rupa-rupanya tengah panas dengan isu madrasah agama di robohkan.Siapa yang robohkan madrasah agama ni ? 

Menurut kenyataan dari page Analisis Politik Terkini semuanya bermula apabila para ulama dan kepimpinan pondok-pondok agama mengeluarkan kenyataan hasil dari Deklarasi Persidangan Ulama Pondok bahawa  adalah haram untuk mengundi PAS dan PKR.

Serentak dengan itu pihak MDT diarahkan supaya merobohkan pondok tersebut.


Inikah yang dikatakan Islam ? MMI sendiri pun rasa pelik dan makin pelik dengan sikap puak-puak PAS ni dah macam puak militan dah caranya.

Apa pun ampa semua boleh ikuti selanjutnya di Fan Page Analisis Politik Terkini KLIK SINI 

MMI.

Friday, 5 April 2013

Solat Orang UMNO Tak Dapat Pahala !! Nik Aziz Di TAHAN ??!


MMI yakin banyak pihak sudah pun mengetahui malah membaca dari saluran media sama ada media cetak mahupun media baru tentang kenyataan Nik Aziz yang menyatakan bahawa solat orang UMNO tidak mendapat pahala.

Pertama kali mendapat maklumat tersebut MMI langsung tak terkejut kerana begitulah sikap sebenar Nik Aziz akan menggunakan kepentingan Islamiknya bagi mendapatkan sokongan politik.

Nik Aziz yang kita kenal mempunyai sifat dan sikap dendam yang cukup mendalam malah di kategorikan sebagai amat hitam terhadap parti UMNO.

Sebagai seorang pemimpin yang di gelar sebagai ulama apakah sikap dan sifat sebegitu yang harus di tunjukkan ? Nik Aziz lupa bagaimana di luar sana berlambak juak-juak PAS yang mempunyai hubungan dengan orang UMNO.Ada dikalangannya anak perempuan berkahwin dengan lelaki anak kepada orang UMNO dan bermacam jenis hubungan kekeluargaan yang terjalin sejak lama dulu.

Dalam hal ini apa , apakah perkahwinan itu tidak sah kerana orang-orang UMNO itu dituduh sebagai kafir dan tidak Islam ? Nik Aziz sudah jauh menyimpang sebenarnya.


Merujuk kepada kenyataan beliau yang menyatakan solat orang UMNO tiada pahala , Nik Aziz terus mencetuskan kontroversi dengan mendakwa UMNO tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu turut mendakwa UMNO menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan yang menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tidak dapat pahala, boleh pahala apa kalau tolak Islam.

"Kalau nak dapat pahala ikhlas ini bukan senang, hendak pahala ikhlas bagaimana kalau tolak Islam, Allah yang bawa turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan," katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Jambu, di sini malam tadi.

Pada 17 November tahun lalu, Nik Abdul Aziz dalam sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 mendakwa UMNO merupakan sebuah parti murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.Baca Seterusnya 

Nik Aziz sudah jauh tersasar dari perjuangan PAS itu sendiri malah sekiranya kita semua masih ingat PAS merupakan satu-satunya parti politik yang meletakkan syarat kepada para pimpinannya supaya bersumpah baiah menceraikan isteri masing-masing sekiranya lari dari perjuangan mereka.Masyaallah dalam Islam sekalipun tidak pernah berlaku perkara sedemikian malah para sahabat dan pejuang-pejuang Islam yang dulunya berjuang di sisi Nabi Muhammad saw pun tidak pernah melakukan perkara sedemikian.

Inilah buktinya bahawa PAS dan Nik Aziz semakin SESAT !!


Dalam masa yang sama menurut pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria , Nik Aziz tidak berhak menghakimi amalan solat umat Islam negara ini kerana ketentuan pahala amalan itu kekal menjadi hak mutlak Yang Maha Esa, Allah SWT.

Hal ini kerana kesempurnaan pahala solat merupakan kuasa dan rahsia Allah, justeru manusia yang tidak sempurna sifatnya tidak boleh sesekali mencuba untuk menilai amalan itu.

"Haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam.Baca Lagi 

Selain dari itu jangan lupa pernah suatu ketika penyokong totok PAS melabel Mufti Perak Tan Sri Harussani sebagai anjing kerana beliau menyanggah fatwa songsang Nik Aziz.

Bagi penyokong totok PAS, tidak ada seseorang pun di muka bumi ini yang layak menegur Nik Aziz dalam soal ilmu agama.

Siapa sahaja yang cuba menyanggah kenyataan Nik Aziz, sudah pasti orang itu akan di cop sebagai anjing UMNO.

Jadi dalam persoalan ini MMI rasa Nik Aziz bukan saja ANJING tetapi ANJING KURAP yang kini melewar dalam parti PAS membawa NAJIS bukan sahaja kepada pimpinan PAS tetapi turut mengotorkan Islam itu sendiri.

Kepada juak-juak PAS , jangan pula tersinggung dengan kenyataan tersebut kerana kamu terlebih dahulu sudah pun bersetuju dengan juak-juak PAS yang lain untuk menggelarkan Mufti Perak sebagai anjing.

Seperkara yang harus sama-sama kita pastikan sekarang adalah memastikan kemenangan besar Barisan Nasional supaya BANGSAT-BANGSAT negara,bangsa dan agama ini dapat di TAHAN seterusnya diadili seadil-adilnya.

MMI.

Monday, 1 April 2013

HOT JALANG Kelantan !! Wallawehhh Apa Cita Nii....


Peewiittt tu dia mai lagi !! Kelantan sebuah negeri yang sudah berada di bawah pemerintahan kerajaan negeri pimpinan parti PAS sejak lebih dari 20 tahun lamanya kini semakin berkembang pesat.Perkembangan pesat ini barangkali dengan bantuan dan sokongan kerajaan persekutuan demi kemakmuran bersama dan rakyat jelata.

Hahaha betul ke Kelantan pesat ? Hakikat yang perlu seluruh rakyat termasuk rakyat negeri Kelantan akui adalah walaupun kerajaan persekutuan sentiasa membantu tetapi kerana dasar dan ketidakupayaan kerajaan negeri pimpinan PAS akhirnya rakyat Kelantan sendiri terpaksa berhijrah ke lain-lain negeri bagi mencari rezeki.

Bukankah sebagai sebuah kerajaan negeri yang ditadbir oleh pimpinan parti PAS yang kononnya meletakkan kepentingan Islam itu sebagai perkara paling asas HARUS menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat sendiri ?

Islam apa yang di perjuangkan oleh PAS sekiranya dari segi itu pun tidak dapat di laksanakan ? Sejauh mana kekuatan dari segala sudut yang ada pada rakyat Kelantan sekiranya mereka masih berada di Kelantan ? 

Usah bermimpi di siang hari ! Itulah kenyataan yang paling baik rasanya sesuai diucapkan kepada mana-mana pihak yang masih mengatakan PAS adalah parti yang mampu membela nasib rakyat serta lebih Islam dari Islam yang lainnya.

Dari segi sosialnya seharusnya Kelantan menjadi contoh kepada seluruh Malaysia kerana pemimpin PAS sering kali mendabik dada kononnya pemerintahan dan penguatkuasaan mereka lebih HEBAT dan ISLAMIK dari mana-mana negeri di Malaysia.

Adalah sesuatu yang amat memalukan apabila kita di kejutkan pula dengan berita bagaimana anak-anak gadis Melayu di Kelantan dengan senang hati menjual tubuh badan mereka bagi mendapatkan wang.Paling mengejutkan MMI adalah kenyataan daripada salah seorangnya yang mengatakan sebahagian dari wang tersebut turut di kirim kepada ibu bapa di rumah.Subhanallah...anak-anak Melayu kita !!!

      

Mana yang serambi Mekahnya ?? Ini semua SALAH Nik Aziz , setelah lebih dari 20 tahun berkuasa di Kelantan apa yang Nik Aziz buat ?? PAS dan NIK AZIZ GAGAL !!!!!

MMI.

Sunday, 10 March 2013

Tu Dia Nik Aziz Pun Lidah Bercabang !!!


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya meletakkan sepenuhnya perihal royalti minyak kepada Jawatankuasa Khas Petroleum yang telah dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Nik Abdul Aziz sendiri telah bersetuju dengan jawatankuasa khas itu apabila turut meletakkan wakil beliau, justeru sebarang tindakan provokasi menggunakan sentimen rakyat tidak diperlukan.

"Menteri besar ini pada mulanya tidak setuju dengan jawatankuasa itu tetapi selepas itu bersetuju dan meletakkan wakilnya sendiri di dalamnya untuk bermesyuarat.

"Tetapi selepas itu, beliau melepaskan konvoi NGO-R di seluruh negeri termasuk Jeli apabila mereka pergi ke dua masjid, jadi persoalannya kalau anda seorang Menteri Besar sudah bersetuju dengan Pusat, ada wakil dan mesyuarat telah berlangsung kenapa masih mahu lancarkan konvoi NGO-R.

"Jadi kalau ada masalah kita bincang, kalau tidak setuju jangan timbulkan kemarahan rakyat, tak pasal-pasal rakyat marah pada Pusat, marah kepada saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penjelasan Isu-Isu Semasa bersama penjawat awam di sini hari ini. - UTUSAN

Lama dah MMI dok kata Nik Aziz ni kaki putar belit , sekarang ni ampa tengok macam mana dia punya spin macam ni ke perangai ulama ? 

Minta maaflah MMI tak pernah panggil dia tok guru sebab guru dia ada etika , yang ni mungkin sebab kat depan ada "Tok" kot sebab tu jadi lagu tu...

Ada kawan bagitau tok guru pun bukan perangai macam ni , habis tu dia ni sapa ??? Ampa pikiaq tengok lah..

MMI.

Saturday, 23 February 2013

Tu Dia Video Kempen Nik Aziz Sempena PRU13 BOCOR Mesti Tengok !!!!


Ketika seluruh jentera parti tidak kira sama ada pro kerajaan mahupun pembangkang kini masing-masing sibuk melakukan persiapan akhir bagi menghadapi pilihanraya paling sengit dalam sejarah negara Malaysia PAS nampaknya mengorak langkah setapak lagi.

Jentera kempen parti PAS kali ini bakal menyaksikan satu perubahan apabila mekanisma kempen melalui video turut menjadi pilihan barisan pengarah strategik pilihanraya mereka.

Juak-juak pencacai PAS hampir pasti gembira dengan pengumuman ini kerana mereka bukan saja akan menjalankan kerja-kerja kempen di akar umbi tetapi akan turut di sokong dengan unit media yang telah menghasilkan video khas bagi menambahkan lagi keberkesanan kempen mereka.

Setakat ini video tersebut belum lagi disiarkan dalam mana-mana media dan ianya menjadi rahsia atau kejutan kepada parti lawan apabila tiba masanya nanti.Malah video kempen tersebut turut menampilkan Nik Aziz sebagai watak utama.

Melalui sumber dalaman yang membocorkan maklumat ini kepada MMI , rata-rata macai dan pemimpin PAS kini amat berbangga dan tak sabar-sabar untuk menayangkannya kepada seluruh rakyat.

Agak mengejutkan juga apabila MMI di maklumkan yang video ini sudah pun diluluskan tayangannya oleh pihak kerajaan yang hanya menantikan masa untuk disiarkan.

Video ini di terima untuk disiarkan di semua saluran media kerana pihak kerajaan mahu membuktikan bahawa saluran media tidak di sekat seperti mana yang sering di momokkan oleh juak-juak pembangkang.

MMI yakin ramai diantara ampa semua tidak sabar untuk mengetahui bagaimanakah video kempen tersebut dan apakah pengisiannya.Untuk makluman MMI mempunyai salinan video tersebut dan bagi tidak menghampakan ampa semua MMI siarkan video tersebut seperti di bawah.
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
    

Memang terbaiklah ! video kempen ini sudah pasti bakal mencecah jutaan pengunjung sedikit masa lagi...Seperkara yang perlu ampa semua tahu adalah segala ayam dan lembu yang dimaksudkan oleh Nik Aziz ni adalah terdiri daripada juak-juak pencacai dan penyokong PAS yang sudah pun menerima wang bantuan dari kerajaan sebelum ini.

MMI tumpang simpati kerana Nik Aziz sendiri sanggup menyamakan penyokong-penyokongnya dengan binatang seperti ayam dan lembu.

Psstt di Pulau Pinang Guan Eng bagi duit dekat rakyat juga dan kebanyakkannya yang menerima duit tersebut adalah penyokong dan juak-juak PAS jadi memang kenalah dengan apa yang Nik Aziz kata.

Jadi kepada ayam dan lembu PAS , TAHNIAH dan selamat berbelanja..

MMI.

Thursday, 21 February 2013

Penerima BR1M & Nik Aziz Siapa Haiwan Sebenarnya !!!!


MMI hilang sabar sekejap hari ni apabila Nik Aziz tiba-tiba mengeluarkan kenyataan pemberian BR1M oleh kerajaan adalah sama dengan memberi makan kepada ayam dan lembu.

Ulamak apa dia ni ? Baru ja balik dari Kota Suci Mekah dah buat kenyataan semacam tu..Apakah Nik Aziz ni maksum sangat sampai boleh menyamakan masyarakat dan orang ramai seperti haiwan ?

Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

“Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).

“Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya.


Kalau dalam gambar ni pula macam mana Nik Aziz ??? Kiranya yang ni sedekah lah dan yang kerajaan BN dan UMNO bagi tu rasuah dan bagi makan haiwan ? 

Untuk makluman ampa MMI jarang maki orang apatah lagi yang berstatus pemimpin ni tapi kali ni memang  @#$%^&* lah Nik Aziz ni..

Oh yaa MMI nak tanya juga kepada Nik Aziz dan juak-juak PAS atau mana-mana cai pembangkang yang boleh tolong cerita sat macam mana pula dengan pemberian bantuan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tu ?? cai-cai PAS lagi banyak yang terima tu....Ada sapa-sapa nak jawab dak???

MMI.

Tuesday, 5 February 2013

Nik Aziz Pemimpin Berjiwa Rakyat Mana Ada Mewah-Mewah Macam Najib Tu ?!!


Kalau nak dibandingkan Nik Aziz dengan Najib sudah pasti juak-juak pembangkang akan kata Nik Aziz lah yang lebih baik sebab dia mana ada mewah-mewah macam Najib tu.Lagipun Nik Aziz ni tak suka pada kemewahan dan dia juga diberitakan bergerak kemana-mana tempat pun naik kereta buruk ja tu pun kadang-kadang naik kereta lembu.

Rumah pun mana ada besar-besar macam pemimpin-pemimpin lain.Tok sah dok banding dengan UMNO lah tengok ja rumah si Azmin dengan si Anwar tu senang cita.

Tapi satu ja MMI nak kata dalam dok jaja Nik Aziz ni tak suka mewah-mewah kerja buat pula sebaliknya.Apa depa ingat rakyat ni buta kayu ka ? Gambar di bawah sudah cukup membuktikan lakonan drama swasta terbaik yang sering di sogokkan kepada rakyat.Itu baru satu gambar tak masuk yang lain-lain lagi.


Lagi satu yang baqhalnya juak-juak pencacai di suruh jangan baca langsung Utusan Melayu tapi ampa tengok apa ada dekat sebelah Nik Aziz tu ? Harakah ka tu ???? 

Bercakap sapa pun boleh ye tak ? Untuk makluman ampa semua , baru-baru ni Nik Aziz dengan rombongan sarkasnya seramai hampir 15 biji kenderaan telah disambut dengan begitu meriah sekali oleh penduduk di satu kawasan di Kelantan yang berdemontrasi menyatakan kekesalan dan kekecewaan mereka terhadap Nik Aziz dan kerajaan negeri yang senang cakap BAQHAL !!

Tengok video di bawah..

 

Penduduk bantah tu bro !! Tengok ke tidak kereta-kereta lembu yang dinaiki oleh juak-juak PAS dan Nik Aziz tu ? Besor-besor lembu dia kan ?? Kalau nak tau cerita selanjutnya baca di blog Uruk-Hai 

MMI.

Sunday, 3 February 2013

ADOI SAKIT !! Karpal Singh LUKU Nik Aziz ??


Kali ini Pengerusi DAP Karpal Singh ‘betul’ dalam isu kalimah Allah apabila menyatakan isu itu belum selesai.

Memang betul, isu tersebut memang belum selesai selagi majlis pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak bermesyuarat memutuskan sama ada kekal menerima ketetapan Datuk Seri Hadi Awang dalam mesyuarat  8 Januari atau keputusan Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Sebab itu, Karpal Singh terus persoal perkara itu malah membidas Presiden PAS itu serta Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mendakwa isu tersebut sudah selesai.

Pemimpin veteran DAP itu yang dilabel anti hudud dan Islam oleh bekas timbalan Presiden PAS, Nasarudin Mat Isa bukan sahaja menafikan dakwaan PAS bahawa isu tersebut sudah selesai malah turut kesal dengan  kenyataan Hadi kononnya Karpal sudah menerima pendirian PAS setelah berjumpa Nik Aziz baru-baru ini.

"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya. "Kita masih meminta Majlis Syura PAS untuk mempertimbangkan supaya kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.

Mengenai kenyataan yang mengatakan isu itu sudah selesai dalam pertemuan Nik  Aziz di rumahnya di Pulau Pinang minggu lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, itu tidak benar sama sekali.

Baginya, pertemuan itu hanya perjumpaan tidak rasmi dan tiada perbincangan isu serius.

"Semasa perjumpaan itu, saya dan Nik Aziz langsung tidak berbincang isu ini malah tiada perbincangan isu serius. Beliau hanya datang melawat saya sebagai seorang rakan.

"Ia adalah perjumpaan yang tidak formal. Saya tidak tahu bagaimana Hadi dapat maklumat mengenai isu kalimah Allah yang dikatakan sudah selesai selepas DAP setuju dengan keputusan Majlis Syura PAS,"
 katanya.

Karpal yang jelas kecewa dengan kenyataan PAS mendesak parti itu mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.

Hebat sungguh Karpal kerana mahu pemimpin PAS termasuk Hadi membelakang keputusan Majlis Syura Ulamak dan kekal dengan ketetapan yang dibuat parti itu pada 8 Januari lalu.

"PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada PAS," katanya pada sidang media di Air Itam di Pulau Pinang, Sabtu.

Penyakit Nik Aziz suka menyalahkan orang lain dan mahu dengar cakapnya saja sudah berjangkit kepada Karpal.

Jelaslah juga Karpal belum tahu peranan Majlis Syura Ulamak PAS – badan tertinggi parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.

Sepatutnya, beliau tahu kuasa majlis berkenaan apabila Hadi, Nik Aziz dan pemimpin lain yang sebelum itu setuju kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible Bahasa Melayu tiba-tiba ubah pendirian selepas
 keputusan Majlis Ulamak PAS.

Tindakan Karpal ini sudah tentu satu tamparan kepada pemimpin-pemimpin PAS kerana Karpal berani mempersoal dan memperkecil peranan Majlis Syura.

Ramai nak tengok pemimpin PAS mana yang sanggup ‘balun’ Karpal kerana mendesak PAS mengenepikan pendirian Majlis Syura.

Mungkin Datuk Naib Presiden Mahfuz Omar yang cukup galak buat kenyataan media, AJK Pusat,  Khalid Samad dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan antara yang awal-awal buat kenyataan hentam Karpal selepas ini.

Mungkin juga Timbalan Presiden Mohamad Sabu yang selama ini nampak ‘agak diam’ dalam isu kalimah Allah akan bersuara garang termasuk mungkin anjur Himpunan Kebangkitan PAS bagi mempertahankan pendirian  parti itu yang diperkotak katik oleh Karpal.

Namun itu semua ‘tak mungkin’ kerana pemimpin-pemimpin tersebut tidak lebih sebagai ‘lalang’ yang hanya berani hentam UMNO dan pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan geng Anwarinas.

Hanya seorang sahaja yang boleh mengaum melawan ‘singa’ Karpal iaitu Nik Aziz.

Tetapi beranikah Nik Aziz? Atau Nik Aziz juga akan kata Karpal akan masuk neraka kerana tidak terima keputusan Majlis Syura Ulamak macam mana Menteri Besar itu kata kepada menteri yang tidak beri royalti  minyak kepada Kelantan?

Atau Nik Aziz nak ceraikan Karpal dan DAP daripada perkahwinan tidor sebantal mimpi lain-lain dalam pembangkang selama ini?

Jawapannya pada Nik Aziz bukan pada PAS lagi kerana Nik Aziz menentukan segala-galanya dalam PAS sebab beliaulah pengerusi Majlis Syura Ulama dan PAS juga adalah Parti (Nik) Aziz Seorang.

Tentu ramai nak dengar Nik Aziz kata pada Karpal,” Saya pengerusi mesyuarat (Majlis Ulamak) dan tak siapa boleh bantah! “.

Kalau beliau boleh seangkuh itu ketika menjawab isu pemecatan Nasharudin, sepatutnya Nik Aziz kena bertegas terhadap Karpal.

Apapun, Karpal sudah tunjuk dengan jelas kepada PAS langit itu tinggi atau rendah kalau nak berdakap mesra dengan DAP.agendadaily 

MMI.

Thursday, 31 January 2013

Nik Aziz - NAJIB Bakal Masuk NERAKA ?!!


"Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW."

Seolah-olah mempunyai kuasa menentukan balasan seseorang, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'memutuskan' bahawa menteri yang bertanggunjawab dalam agihan royalti minyak kepada negeri akan masuk neraka kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.

Biarpun tidak menyebut dengan khusus nama menteri yang dimaksudkan, dapat difahami bahawa beliau merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.

Nik Abdul Aziz mempertikai kenapa royalti minyak tidak diserahkan kepada kerajaan Pas Kelantan sedangkan mereka dengan mudah telah mendapat habuan daripada perlombongan emas yang diusahakan sebuah syarikat dari negara Cina.

"Sepatutnya emas dan petrol sama sahaja, sama-sama milik kerajaan negeri, kenapa emas diberi kepada kita tetapi petrol tidak diberi?

"Orang ini bertanggungjawab dunia akhirat, dan dia kena sumpah, rakyat sumpah kepada menteri-menteri yang tidak bertanggungjawab jaga royalti, akhirat kelak dia akan masuk neraka, tidak ada kuasa boleh sekat menteri ini masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW.

"Royalti baik, balak baik, ia sama ada boleh bawa kita ke syurga atau ke neraka, ini masalah besar, golongan sekular tidak fikir masalah syurga neraka, sedangkan benda itu benda ada, kerana syurga neraka ini bukan projek kerajaan, bukan projek parti, tapi daripada Allah," katanya di sini hari ini.utusan 

Juak-juak PAS bolehlah terus tepuk tangan sekarang kerana Nik Aziz "CONFIRM" akan masuk SYURGA lepas ni..Orang yang bagus macam ni bukan ada dosa apatah lagi kalau menjadi BARUA kepada DAPigs malah sokongan Nik Aziz terhadap Hadi khususnya dalam isu kafirkan orang UMNO pastinya menjadi tiket paling berprestij untuk beliau masuk SYURGA.

Kepada Nik Aziz jangan pula lupa untuk bawa Mat Sabu dan pemimpin PAS yang lain sekali dan paling penting jangan langsung tinggalkan Kit Siang,Guan Eng dengan Karpal Singh kalau tak boleh pun Nik Aziz boleh berdoa kepada tuhan minta di berikan laluan untuk mereka-mereka ini terus ke Syurga.

MMI.

Monday, 28 January 2013

LIDAH BERBELIT Ulama Apa Hang ??


Terbaiklah !! Itu saja yang mampu MMI ungkapkan apabila melihat gambar diatas.Kelihatan dalam gambar adalah Nik Aziz Alamak yang selalu bikin ribut tengah syok nak potong kek.Hahaha bukan main lagi seronoknya Nik Aziz dapat sama-sama sambut dengan sahabat sesyurga dia sapa lagi kalau bukan Karpal yang tak boleh nak belayar tu..

Paling MMI suka adalah kelibat si Salleh YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang baru saja dilantik sebab ehsan dari Guan Eng terhegeh-hegeh dok pulun sama mungkin dah tak sabar nak makan kek yang ada lambang PAS tu !!

Apa pun memang bengong la PAS ni, ALAMAK yang disanjung mereka perangai macam ni. Orang sambut Maulidur Rasul dia kata meniru budaya Kristian. 

Sambut happy birthday potong kek ni jugak yang Nik Aziz melonjak keriangan. Budaya ni boleh pulak ye wahai Nik Aziz?? 

Gambar ini diambil ketika Nik Aziz berada di Penang semalam.Rakyat Kelantan merana hidup melarat, Menteri Besarnya boleh pula sambut Thaipusam di Penang bersama Karpal Singh. Perjuangan Islam PAS hanya dimulut saja. 

Malamnya Nik Aziz bagi ceramah di surau berhampiran dengan hotel yang didudukinya di Bkt Jambul.

Boleh pula duduk hotel noo ? pasai apa tak duduk di reban ayam ja !! Sebelum ni juak-juak sengal PAS bukan main lagi cerita dekat MMI yang Nik Aziz ni bukan macam pemimpin UMNO duduk di hotel-hotel mewah bila ada program , dia duduk dekat rumah-rumah ahli PAS saja !! Pegiirahhh....

Macam biasa ceramah beliau mesti keluar 'Fatwa Politik' dan maki hamun fitnah Kerajaan dan pemimpin BN. Dalam rumah Allah S.W.T pun nak cerita politik tak ada hormat langsung. 

Maklumat dari sumber dalaman DAP Penang bagitau ceramah semalam tu bukan pihak AJK surau tersebut yang menjemput Nik Aziz tetapi yang jemput ADUN Sri Delima. 

Kalau korang nak tau, ADUN inilah yang merosakkan Kg Buah Pala dan kebetulan Kg Buah Pala berada di kawasannya. YB Rayer PERNAH MENGGELARKAN orang Melayu P.Pinang sebagai penyokong MONYET semasa demo bantahan terhadap Guan Eng kerana memanjat pagar.sumber

Eloklah buatlah selagi masih ada kudrat tu..besok-besok kalau dah tak larat tak boleh buat dah !!

Psstt mana pi juak-juak PAS yang lain ? awat tak pi join sekali layan kek yang Nik Aziz potong tu ???

MMI.

Thursday, 10 January 2013

X@#$%#$ Nik Aziz !!


Kalau kena dekat orang bukan main ligat lagi tuduh sana kafir , tuduh sana murtad , tuduh sana tolak Islam , tuduh sana kebangsaan , tuduh sana jahil tapi bila dekat diri sendiri ang boleh senyum ????

Tak ada akai la ang !!..

MMI.

Sunday, 30 December 2012

Hadi Tak Pernah Murtadkan Sesiapa - Pula Dah !!


Di sebalik polemik mengenai isu Amanat Haji Hadi yang berterusan termasuk desakan Umno mahu ia ditarik balik, Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah "memurtadkan sesiapa."

Sebaliknya kata Nik Aziz, Hadi hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja.

"Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja," kata beliau antara entri terbaru laman sosial Facebook.Baca Seterusnya.

Dia buat pula dah ! MMI dari awal-awal lagi dah kata puak-puak PAS pasti akan cari jalan untuk "spin" isu yang tengah menjadi barah kepada parti yang kononnya perjuangkan Islam ni.

Rasanya tak perlu MMI ulas panjang lebar sangat lah sebab ramai yang dah kenal sikap dan perangai puak-puak ni.

Cumanya ada satu lagi persoalan yang Nik Aziz dan juak-juaknya tak jawab sampai ke hari , macam mana dengan mereka yang dah pun menceraikan isteri , mereka yang solat dua imam ? mereka yang mati dalam peristiwa Memali ? mereka yang tidak bertegur sapa waima dengan adik beradik sendiri ? mereka yang mengangap haram makan daging sembelihan orang UMNO , mereka yang mengangap akad nikah dianggap tidak sah kerana kadi dari kalangan orang UMNO , mereka yang memperbaharui akad nikah kerana mengangap kadi dari kalangan orang UMNO adalah tidak sah , mereka yang menolak mayat orang UMNO daripada dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam , mereka yang mengangap mati orang UMNO tidak boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat orang Pas , mengangap tuhan tidak menerima segala amalan seperti sembahyang/puasa/naik haji sekiranya menjadi ahli UMNO ?

Apakah segala perbuatan dan anggapan yang MMI catatkan diatas yang sudah pun berlaku terhadap juak-juak PAS bukan datangnya daripada AMANAT HAJI HADI yang jelas memurtadkan orang UMNO ?

Ni nak habaq bagi agak-agak la Nik Aziz ooi nak "cover" pun..Orang dah tau sangat dah ang tu penuh dengan sifat DENDAM !! ULAMA ka Nik Aziz ni ? ..PAS hancur kerana Nik Aziz..


MMI.

Wednesday, 19 December 2012

Haa Eloklah Hang Sorang Ja Ulama !!!


Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik."

Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.

Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.

"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji Hadi.

"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.

"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," kata beliau dalam reaksinya diperoleh dari laman sosial Facebook.

Kelmarin, dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi  menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mufti boleh berbincang dengan cara yang elok dan tidak perlu bermain politik.

"Mufti boleh berbincang jangan bermain politik partisan di dalam jubah mufti," katanya.

Beliau juga mengingatkan mufti supaya tidak menjual harga seorang mufti sehingga menjadikannya "murah".

"Jangan jual harga mufti dengan murah...," katanya.

Betul ka apa yang Nik Aziz ni kata ? Hebat sangat ka dia dengan Hadi Awang ni ? 

Kalau ampa nak tau Nik Aziz dah mengaku bahawa jubah puak-puak PAS tu termasuk dia sekali sebenarnya adalah untuk kepentingan politik dan sememangnya terlalu murah dengan sifat terpuji kalau nak dibandingkan dengan para ulama dan guru-guru agama diluar sana.

Tak percaya tengok kenyataan Nik Aziz yang MMI warnakan di atas. 

Ahkir kalam ulama ka puak-puak ni ? Kalau nak tau Baca Sini

MMI.

Wednesday, 5 December 2012

Nik Aziz Seleweng Tanah Kelantan ?!


Pemimpin PR terutama sekali dari PAS sering mendakwa pemimpin UMNO dan BN adalah perasuah serta sinonim melakukan salah guna kuasa ataupun penyelewengan.

Pantang timbul polemik isu tertentu terus sahaja mereka berkata ia berlaku kerana UMNO rasuah ataupun ia terjadi disebabkan wujud penyelewengan dikalangan pemimpin BN.

PR juga sering mempotretkan diri sebagai pejuang rakyat, kelihatan zuhud dan cukup anti kepada sebarang penyelewengan mahupun perlakuan rasuah.

Persoalan sekarang adakah realiti sebenar sama seperti yang dipotretkan?

Jika benar, rakyat ingin tahu bagaimana mungkin beberapa bidang tanah milik syarikat DAMAI (Darulnaim Agro Management Industries Sdn Bhd) , sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) kini menjadi milik pemimpin PAS serta anak isteri mereka?


1) MB Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat memperolehi tanah dari kawasan Relai di Lot No. 51 yang dinilaikan berharga RM40,000 pada 20 Disember 2000 dan Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000 pada 15 Disember 1997.

2) Isteri Nik Aziz iaitu, Tuan Sabariah bt Tuan Ishak  pula menjadi pemilik tanah bagi Lot No. 29, Lojing  yang nilaian harganya ialah RM35,000.00 pada 21 Disember 1997 .

3) Bekas Timbalan MB Kelantan, Ab Halim Ab Rahman memperolehi tanah bernilai RM 35,000.00 pada 09 Disember 1997, tanah Lot No.33 dari kawasan Lojing 1. Manakala pada 18 Disember 2000 pula memperolehi tanah percuma di Lot No.99 bernilai RM45,000.00 dari kawasan Relai.

4) Isteri Ab Halim iaitu Aminah Bt Abdullah juga memperolehi tanah di Lot No. 100 yang nilaiannya ialah RM45,000.00 manakala anaknya pula, Adlina Bt. Ab Halim memiliki tanah di Lot No.105 yang bernilai RM45,000.00.

Asalnya, semua lot tanah di atas merupakan sebuah kawasan balak, selepas segala kayu kayannya diratah hingga botak licin, barulah lot-lot tanah berpindah milik kepada penama-penama di atas.

Kebetulannya, Pengerusi PKINK ataupun dikenali juga sebagai SEDC ini ialah Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jawatan tersebut digalas oleh Nik Aziz sejak 1990 hinggalah sekarang.

Menariknya, kesemua tanah yang menjadi milik Nik Aziz, Ab Halim serta anak isteri mereka itu, sehingga kini tidak pernah diisytiharkan sebagaimana dikehendaki di bawah Peraturan -Peraturan Pegawai Awam (kelakuan & tatatertib) 1993 Perintah Am Bab D Peraturan 10.

Ada sesuatu yang sengaja disembunyikan ke? Jika tidak begitu, apa yang sukarnya untuk membuat pengisytiharan rasmi?

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad sebelum ini pernah membangkitkan isu tersebut dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang lalu, namun tiada seorang pun pemimpin PAS negeri atau wakilnya yang menjawab persoalan yang dibangkitkan.

Sebaliknya ada segelintir wakil rakyat PAS yang berang telah memarahi Pegawai Kerajaan Negeri kerana dituduh telah bersekongkol dengan UMNO  membocorkan maklumat sulit sedemikian.

Kenapa perlu marah-marah, jika segala urusan dilakukan secara telus tanpa sebarang penyelewengan, apa yang perlu dirisaukan, tak begitu?


MMI.

Labels