Followers

Thursday 1 November 2012

Nik Aziz Rupanya RABUN !!


Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan Pas Kelantan akan bertanggungjawab terhadap skandal Projek Lembah Sireh bernilai RM2 bilion yang sehingga kini masih gagal dilaksanakan sepenuhnya sedangkan tempoh perjanjian akan berakhir pada 2015.

Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya turut tidak menghalang mana-mana pihak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau hendak menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat projek tersebut.

Beliau bagaimanapun mempersoalkan tindakan pihak berkenaan yang tidak pula membuat laporan berhubung isu Felda Golden Venture (FGV) dan projek Jambatan Sultan Yahya Petra 2 yang telah tertangguh selama empat tahun.

“Tak ada apa buatlah, tak ada apa, kami terima kalau benda sebenar tapi kita ada perjanjian ada positif, negatifnya. Jadi bila kita buat sesuatu kita bersedia untuk bertanggungjawab," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Pemuda UMNO Kelantan dan pertubuhan bukan kerajaan, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) telah membuat laporan kepada SPRM bagi mendesak siasatan dijalankan kemungkinan berlaku salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah terancang oleh kerajaan Pas Kelantan kerana projek tersebut melibatkan kepentingan rakyat.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian berkata, kerajaan Pas Kelantan telah bertindak memindah milik tanah di kawasan berkenaan kepada pemaju, Liziz Standaco Sdn. Bhd. (Liziz Standaco) sebelum perjanjian sebenar dilaksanakan seperti didedahkan Laporan Audit 2011.

Projek Lembah Sireh merupakan sebuah projek usahasama antara kerajaan Pas Kelantan dengan Liziz Standaco iaitu kerajaan negeri bersetuju menyerahkan kira-kira 400 hektar tanah di tebing Sungai Kelantan untuk dimajukan.

Sebagai imbuhan, pihak syarikat akan memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal bernilai lebih RM350 juta.

Bagaimanapun, Laporan Audit 2011 menyatakan, sehingga Disember lalu pihak syarikat belum melaksanakan komponen projek fizikal yang dijanjikan.

Bagi MMI mudah saja inilah akibatnya apabila kita asyik mencari kesalahan orang lain.Kita lupa bahawa di rumah sendiri pun bersarabut malah mungkin hampir roboh menyembah bumi.

Puak-puak ni sememangnya dah mengarut tindakan mereka langsung tidak menunjukkan kesungguhan apatah lagi komitmen untuk kebaikan bersama.JUMUD menguasai diri dan inilah natijahnya.

Nik Aziz ang berentilah ja lah !!! Kuman seberang laut nampak , Gajah depan mata buat-buat tak nampak..Pegii rahhh...

Psstt Mungkin dia ni RABUN DEKAT KOT !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels