Followers

Thursday 15 November 2012

PANAS Kita Ada Rakamannya !!!


Walaupun baru-baru ini Anwar sendiri sudah pun cuba menyelamatkan anaknya si Nurul namun ianya hanyalah sekadar memberikan sedikit ruang untuk Nurul menarik nafas lega.Isu kebebasan beragama yang dicetuskan oleh Nurul dalam satu forum di sebuah gereja baru-baru ini ternyata masih tidak mahu melabuhkan tirainya lagi.

Nurul pastinya semakin resah kerana orang yang bertanggungjawab dalam mengajukan soalan kepada Nurul pada ketika forum tersebut berjalan masih dengan pendiriannya bahawa Nurul telah pun mengungkapkan kenyataan yang dikira celaru khususnya berkaitan kebebasan beragama.

Dia (Nurul Izzah Anwar) tidak boleh menafikannya, sesiapa pun tidak boleh buat cerita, kita ada rakaman, every word (setiap perkataan) kita rakam."

Demikian reaksi ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim berhubung kenyataan bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata, termasuk orang Melayu seperti yang disebut oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah dalam sebuah forum baru-baru ini.

Menurut Siti Zabedah, kenyataan Nurul Izzah bagi menjawab soalannya dalam forum itu sangat jelas dan difahami maksudnya oleh para hadirin forum berkenaan.

Penegasan terbaru Siti Zabedah itu ekoran pendirian Nurul Izzah mahu menyaman media arus perdana dan media alternatif yang didakwa memutar belit kenyataannya serta mengelak mengulas berhubung kenyataannya berhubung isu tersebut sebelum ini.

Apa pun yang berlaku Nurul seharusnya sedar bahawa kesan daripada kenyataannya telah menelanjangkan parti PAS sebagai pembela kepada segala kemungkaran yang sering dilakukan oleh sesiapa saja dalam Pakatan Haprak.

Inilah yang menjadi dasar perjuangan para sahabat sesyurga Nik Aziz dan gerombolannya.

MMI masih menantikan apakah tindakan yang bakal diambil mahupun keputusan daripada Jabatan Agama Islam Selangor yang baru-baru sudah pun memanggil Nurul bagi mendapatkan keterangannya.

Yang pasti Exco Agama Selangor sehingga kini masih membisu tanpa sebarang tindakan !

MMI.

1 comment:

  1. pas akan menyediakan peguam tersohor untuk membela nurul izzah, sebagai permulaan nama izzah dah dimasukkan ke dalam tema muktamar pas terbaru ... heh heh heh ...

    ReplyDelete

Labels