Followers

Monday 17 December 2012

BENARkah Kadir Sheikh Fadzir Pernah SABOTAJ UMNO ??!!


Kebetulan tengahari tadi sewaktu makan tengahari bersama rakan , MMI bertemu dengan seorang kenalan yang dah lama tak jumpa.Macam mana budak ni boleh ada sini ? Itulah yang bermain di hati MMI apabila di sapa oleh kenalan tadi namun kami duduk bersama bagi menikmati hidangan tengahari.

Em memang sedap makan tengahari tadi maklumlah menu lauk pauk ala-ala kampung ni , seperti biasa sambil makan tu kami berbual tentang pelbagai perkara sehinggalah ke soal politik.

Ampa pun taulah bila dah masuk bab politik ni sembang sampai besok pun tak habis hehehe tapi kami profesionallah abis makan minum sambil pelekat rokok sebatang , lagi menarik lah cerita dia (merokok membahayakan kesihatan).

Namun agak menarik dalam sesi sembang-sembang tersebut apabila menyentuh perihal seorang pemimpin politik yang dulunya bersama UMNO namun kini sudah beralih arah menyertai Pakatan Haprak siapa lagi kalau bukan Tan Sri Abdul Kadir Bin Sheikh Fadzir.

Ada berita yang cukup memeranjatkan daripada sesi sembang tersebut yang menyentuh tentang Tan Sri Abdul Kadir Bin Sheikh Fadzir semasa masih bersama UMNO.Tu dia aih biar betul apa yang MMI dengar ni ??? Tapi sebelum MMI dedahkan apa yang kami sembangkan rasanya eloklah kita ambil tau serba sikit siapa Tan Sri Abdul Kadir Bin Sheikh Fadzir ni..

Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir dilahirkan pada 4 Jun 1939 di Kampung Tawar, Kulim, Kedah merupakan seorang ahli politik dari Kulim, Kedah, Malaysia. Beliau mantan Menteri Penerangan (2004 - 2006) dalam Jemaah Kabinet , Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menang bertanding kawasan parlimen P18 Kulim-Bandar Baharu Kedah sejak pilihan raya 1978, 1982, 1986, 1999, 2004 dan tidak bertanding pada 2008.

Bersekolah di Sekolah Melayu Tawar (1946-1949) , Sekolah Menengah Sultan Badlishah Kulim (1950-1957). Pada 1968 belajar di Lincoln's Inn, London jurusan undang-undang pada 1970.

Abdul Kadir terlibat dalam UMNO sejak 1969 lagi. Beliau menjadi Presiden Kelab UMNO, United Kingdom (1969-1970), Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah (1970 - 1976), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai (1978), Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (1978), Ketua Pemuda UMNO Kedah (1978 - 1980), Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu (1984 - 1987).

Apabila UMNO diharamkan angkara UMNO 11, Abdul Kadir setia bersama Dr Mahathir Mohamad menubuhkan UMNO baru.Beliau menyertai Ahli UMNO Baru (1988) dan terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1988).

Beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO sesi 2000 - 2003.Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 beliau tidak terpilih dalam senarai 25 MKT yang menang.

Seterusnya menjadi pemimpin veteran UMNO yang membentuk Angkatan Amanah Merdeka (Amanah). Amanah dilancarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011.

Pada 19 Mac 2012, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah membuat pengumuman untuk keluar dari parti UMNO yang dianggotainya lebih 56 tahun. Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Dr Raja Ahmad Al-Hiss, tindakan Abdul Kadir itu juga memberi gambaran jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan perjuangan Umno.

Dalam perkembangan yang sama, PAS menyifatkan pengumuman veteran Umno Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir untuk keluar parti UMNO sebagai tamparan hebat kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak itu sendiri.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan Kadir itu untuk menebus maruah negara yang digadai oleh BN. Mahfuz percaya tindakan Tan Sri Abdul Kadir merupakan satu tamparan kepada Najib yang pernah berkata rakyat jangan cuba menggadaikan masa depan negara untuk memberikan sokongan kepada pembangkang.

Begitulah serba sedikit ceritanya berkenaan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir selain daripada mempunyai rumah besar menyerupai rumah-rumah dalam filem hindustan yang sering kita lihat di kaca televisyen.

Walaupun perjalanan politik beliau cukup panjang dan masih lagi berkecimpung dalam dunia politik melalui parti pembangkang namun ada sesuatu yang cukup menarik perhatian MMI dalam perbualan bersama kenalan tengahari tadi.

Beliau menyatakan bahawa Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir adalah orang yang bertanggungjawab mensabotaj parti UMNO sewaktu pilihan raya tahun 2008 yang lalu.Beliau diberitakan telah menggerakkan jenteranya sendiri bertemu para pengundi dan berkempen supaya tidak memberikan undian kepada calon UMNO atau Barisan Nasional.Malah dikatakan berlaku proses pemberian sejumlah wang tunai kepada mereka-mereka yang ditemui.

Wah ! sejauh mana kebenaran berita ni masih menjadi misteri ? Cumanya kenalan MMI ada menyatakan sekiranya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir masih bersama UMNO maka sudah tentu beliau merupakan antara pemimpin yang seharusnya di pecat dari parti kerana beliau menepati ciri-ciri mereka-mereka yang sanggup menggadaikan perjuangan parti kerana kepentingan diri.

Tu dia aih !! Walaupun MMI sendiri tidak dapat mengesahkan sama ada maklumat ini benar atau tidak kerana bergerak dari mulut ke mulut tetapi sekiranya ianya BENAR maka BENARlah apa yang Presiden parti bimbangkan selama ini.

Setelah selesai membayar makanan yang dimakan MMI dan kenalan lama tadi berpisah.

Dalam perjalanan pulang MMI terfikir , sejauh mana kebenaran maklumat ini kerana 2008 yang lalu Kulim Bandar Baharu ditandingi oleh Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir suku sakatnya sendiri.Apakah Kadir Sheikh Fadzir sanggup sabotaj adik beradik sendiri ? MMI sendiri pun kurang pasti..

Akhir kalam masih ada lagikah mereka-mereka yang sebegini dalam parti ? 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels