Followers

Tuesday, 25 December 2012

Kalimah ALLAH - Rasanya Dah Sampai Masa Kita Bertindak !!


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia.

Lim, dalam mesejnya hari ini sempena sambutan Krismas berkata, dalam semangat cuti yang melambangkan keamanan, "sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.

"Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun." Baca Seterusnya.

Pada pandangan MMI isu ini sebenarnya cuba dibangkitkan kembali bagi menyaingi populariti Barisan Nasional yang sebenarnya agak sukar di potong oleh Pakatan Haprak ketika ini.Oleh kerana itu apa saja senjata yang masih berbaki haruslah dikeluarkan segera supaya rakyat dapat sekurang-kurangnya menoleh sebentar ke arah Pakatan Haprak.

Untuk mendapatkan sokongan bangsa Melayu , Pakatan Haprak tahu PAS sudah pun GAGAL dalam perjuangannya maka kerana itu usaha kini lebih kepada mendapatkan sokongan mereka yang bukan Islam.

Maka kerana itulah hari ini kita mendengar sekali lagi isu yang pernah timbul sebelum ini berkumandang semula.

Bagi MMI mudah saja , Umat Islam perlu bingkas bangun dan sedar bahawa mereka-mereka yang masih mencuba untuk menyentuh sensitiviti umat dan agama Islam adalah mereka yang seharusnya kita perangi dan jangan lagi berkompromi dengan mana-mana pihak yang kurang ajar sebegini.

Dalam siri terbaru ini adalah lebih baik kita bertegas dengan pihak kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri dan Majlis-Majlis Agama Islam di Malaysia bersatu seterusnya MENANGKAP Guan Eng kerana cubaan untuk mencerca serta menyerang kepentingan umat Islam.

Perkara ini bukan main-main , mereka sudah menyerang kepentingan kita sebagai umat Islam malah kalimah ALLAH kini menjadi rebutan untuk digunakan oleh puak-puak KAFIR HARBI laknatullah itu.

Apakah kita sebagai umat Islam hanya mampu duduk dan berdoa ?

Guan Eng perlu ditangkap supaya menjadi pengajaran kepada yang lain dan sekurang-kurangnya membuka mata mereka di luar sana bahawa kita serius dan komited dalam mempertahankan Islam sebagai agama paling suci di dunia.

Selagi kita berdiam diri selagi itulah mereka akan terus menyerang , masa tidak menunggu kita dan kita harus bangun mempertahankan hak kita !!

Soalnya sejauh mana pihak kerajaan melalui kementerian yang terlibat mampu bertindak ?

Rasanya dah sampai masa kita bertindak !!!!!!

MMI.

1 comment:

Labels