Followers

Monday, 31 December 2012

UNTOLD STORY Full Force To Save Ngeh & Nga


Berkorban atau mengorbankan sesuatu yang disayangi adalah sukar dilakukan bagi sesiapa dan mereka yang berkenaan. Demikian juga nasib orang politik yang dikorbankan kerana mereka dilihat tidak lagi relevan dalam memperkasakan parti tersebut.

Ibarat orang lemas atau kuda patah kaki, ia seperti suatu tragedi bagi sesetengah manakala bagi si penyelamat, ia mungkin hidup berpayungkan nostalgia paling menyedihkan. Masakan tidak orang yang disayangi gagal diselamatkan. Tapi itulah takdir.

Tak perlulah kita berlebih-lebih kerana orang yang dimaksudkan adalah berupa peguam yang ada nama. Selain dari itu mereka merupakan dua pemimpin utama DAP negeri.

Menjelang PRU 13, nama mereka dikaitkan dengan isu tanah di Kelantan. Ia mula didedahkan sebuah portal berita, pisau.net, kemudian menarik perhatian dua Adun BN mendedahkan dalam sidang Dun.

Bagaimanapun Kerajaan Negeri hanya memberi penjelasan mengikut apa yang tersiar dalam media manakala perjanjian serta latar belakang kes masih menjadi rahsia.

Soalan yang sering ditanya ialah mengapa kerajaan Kelantan tidak bertindak membatalkan perjanjian antara Yayasan Islam Kelantan dengan syarikat berkenaan bagi membolehkan usahawan Bumiputera tempatan membangunkan tanah tersebut?.

Mengapa membiarkan dua tokoh DAP itu membeli syarikat berkenaan? Seolah orang Kelantan sudah tidak berkemampuan.

Dari aspek perniagaan ia langsung tidak salah tapi dari segi moral, atau aspek ketelusan, ia suatu yang amat bercanggah dengan prinsip. Bukankah dua tokoh ini seringkali menyebut tentang ketelusan serta menentang amalan kronisme?. Tapi bila terdedahnya isu tanah ini nyata mereka gagal membuktikan bahawa mereka juga tidak terbabit.

Tiba-tiba dalam keadaan yang tenat ini tampil Lim Guan Eng cuba menyelamatkan sahabatnya dari terus lemas di tasik politik. Ia mencetuskan semula isu kalimah ALLAH digunakan dalam Injil versi bahasa Melayu yang sudah disepakati oleh semua pihak untuk tidak digunakan.

Mufti Pulau Pinang dan Pas mengingatkan agar isu macam ini tidak dimulakan lagi. Ibarat dua ekor kuda lumba, Guan Eng terpaksa memilih untuk menyelamatkan kerana menyedari dua kuda ini mampu jana kejayaan dalam perlumbaan.

Tapi Guan Eng ada pilihan bahawa menyelamatkan kuda dari terseksa, kuda itu perlu dikorbankan. Bukankah kuda lumba yang tak boleh lari seperti kakinya patah akan ditembak bagi memelihara maruah kuda berkenaan? Justeru apakah DAP akan mengorbankan Ngeh dan Nga dari bertanding PRU 13?

Mungkin Guan Eng mahu mengambil pendekatan ‘tidak pening kepala’ kerana sudah banyak isu yang menyelubungi DAP adalah isu buatan sendiri atau masalah sendiri bikin. Selain isu mengenai orang Melayu di pulau itu, masalah agama juga cuba dipolitikkan seperti isu kalimah ALLAH. Maka dengan perkataan lain, masalah mereka disebut sebagai masalah “self-made in Penang by Lim Guan Eng”.

Semua orang kita pasti cuba mengelak dari menimbulkan hal-hal yang boleh merumitkan masalah. Tetapi  Guan Eng selaku KM Pulau Pinang sanggup bergaduh dengan “umat lslam” semula kerana mahu mengalihkan isu yang menghimpit parti itu di Perak.

Dari aspek inilah Guan Eng melihat di depannya petaka menunggu bagi Pakatan Rakyat. DAP yang kini mempunyai 17 Adun setelah memenangi 18 kerusi dalam PRU 12 bakal kehilangan pengaruh ekoran isu tanah.

Sebagai Setiausaha Agung DAP, Guan Eng mahu memastikan Perak bakal dimiliki. Kemenangan di Perak boleh memastikan kedudukannya dalam DAP semakin mantap.

Sebelum ini Guan Eng berdepan isu kekalahan calon Melayu dalam pemilihan CEC sehingga sukar baginya menafikan DAP bukan parti perkauman Cina.

Krisis Karpal Singh dengan Ramasamy mengenai isu warlord, serta tidak termasuk keputusan bekas Naib Pengerusinya Tengku Aziz keluar meninggalkan DAP, semuanya meninggalkan kesan negatif pada kepimpinannya.

Guan Eng sedar ada pihak kurang senang dengan kepimpinan Ngeh Koo Ham dan sepupunya Nga Kor Ming, namun ini tidak menghalangnya dari merasmikan Konvensyen DAP negeri.

Ibarat kapal yang bakal karam, komen Guan Eng dilihat seolah-olah memberi harapan baru. Tapi apakah masih ada harapan bagi DAP sedangkan dalam konteks populariti, nasib Guan Eng di Pulau Pinang sendiri sudah kian terumbang-ambing dipukul badai.

Ramai pemerhati politik melihat kapal DAP kian karam. Ada pula yang berseloroh: Apakah Karpal Singh boleh menjadi penyelamat terakhir sebelum kapal tersebut akhirnya tenggelam dan tersadai di dasar laut politik Malaysia?

Dan kini pasukan ini terus berusaha dengan pasukan paling hadapan DAP iaitu Gurka PAS yang sudah pun bertindak melakukan "diversion" daripada isu pokok tentang Amanat Haji Hadi.Daripada desakan supaya amanat ini ditarik balik ianya kini menjadi polemik politik apabila tuntutan Haji Hadi untuk muncul di kaca tv selama 1 jam sudah menjadi topik hangat meninggalkan perkara pokok yang lain.

Begitulah hebatnya pasukan pembangkang dalam merencanakan strategi mereka namun rakyat perlu ingat jangan sesekali terlupa tentang isu utama kerana selepas ini pasukan gerak khas pula akan mengambil tempat  , siapa lagi kalau bukan PKR.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels