Followers

Saturday, 12 January 2013

Apa Yang BANGKIT ?


Bermula pagi ini perkataan "BANGKIT" pasti menjadi perbualan dan topik utama disemua saluran tak kita media mahupun sembang-sembang di kedai kopi.Malah yang paling panas di canang sudah semestinya himpunan bangkit yang dijadualkan mengambil tempat bermula pagi ini.

Namun sedarkah anda semua apa sebenarnya yang bangkit ? Adakah ianya hanya tersasar kearah himpunan pagi ini ? Jika itulah jawapannya ternyata anda silap kerana BANGKIT sebenarnya sudah pun berlaku dalam masa satu minggu ini.

Dalam sedar tak sedar isu kalimah Allah yang dibenarkan oleh Hadi Awang untuk digunakan oleh bukan Islam sudah pun memBANGKITkan rasa marah banyak pihak khususnya rakyat yang beragama Islam.Malah kesan daripada isu ini sudah pun memBANGKITkan himpunan rakyat serta pandangan seluruh pimpinan di negara kita selain mengutuk dan mendesak supaya Hadi Awang menarik balik kenyataan tersebut.


Selain dari itu juga diberitakan semalam , juak-juak Pakatan Haprak sudah pun membuat persediaan akhir bagi menerima peserta-peserta marathon bertujuan untuk menjadikan mereka sebagai medan perisai kepada politik paling keji dalam negara.

Percaya atau tidak satu perancangan licik sudah semestinya dirancang bagi membolehkan himpunan pagi ini berupaya mencetuskan huru-hara serta kekacauan.

Mengapa MMI berkata demikian kerana pihak penganjur sudah pun mengeluarkan garis panduan kepada para peserta marathonnya seolah-olah arahan kepada pasukan renjer yang bakal turun ke medan perang berdepan dengan militia.Baca Sini 

Sekiranya perhimpunan pagi ini adalah himpunan yang aman dan mampu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pasukan polis sudah semestinya garis panduan seperti mana yang dikeluarkan oleh pihak seketariat HKR tidak perlu sampai ke tahap soal gas pemedih mata.

Semua pihak tahu dalam keadaan yang bagaimanakah gas pemedih mata dilepaskan oleh pasukan polis dan mengapa ianya dilepaskan bukan? Jadi jelas apa yang dilakukan oleh pihak seketariat HKR adalah makluman persediaan untuk bertempur dengan pasukan polis kerana motfnya adalah melanggar arahan pasukan polis.

Jelas satu lagi cubaan untuk memBANGKITkan rasa benci terhadap pasukan polis dan kerajaan.

Namun kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya , dalam jentera Pakatan Haprak sedang melakukan persiapan awal negara dikejutkan dengan berita penyokong tegar PAS di Kelantan umum keluar parti semalam !

Kira-kira 200 penyokong tegar PAS di Kampung Pauh Dua, Kubang Kerian di sini mengisytiharkan keluar dari parti itu hari ini kerana menyifatkan ia telah lari dari matlamat asalnya.

Kumpulan itu yang diketuai Shafiei Peli, 46, mengumumkan menyertai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Parti Progresif Penduduk (PPP) dan menyerahkan borang keanggotaan mereka kepada Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff.

Shafei yang sebelum ini merupakan Anggota Jawatankuasa PAS cawangan kampung berkenaan berkata PAS selama ini telah menipu para penyokongnya menerusi slogan parti Islam.

"Selama ini kami ingat PAS boleh menegakkan Islam dan membantu bangsa Melayu. Rupa-rupanya kami silap kerana parti yang kami sokong selama ini memperdaya kami.

"Akhirnya kami membuat keputusan hanya kerajaan BN sahaja yang boleh membantu bangsa Melayu dan Islam," katanya yang telah 10 tahun menyertai PAS.

Beliau berkata walaupun menyertai PPP, mereka yakin mampu membantu BN untuk menang di Kelantan pada pilihan raya umum nanti.

Nik Sapeia yang juga Pengerusi PPP Kelantan dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Kelantan berkata tindakan keluar parti itu mencerminkan kegagalan PAS untuk mendaulatkan Islam dan memartabatkan Melayu terutama di Kelantan.

"PAS sudah rosak kerana bergabung dengan PKR dan DAP yang sanggup menjadi kuda tunggangan pihak lain yang meremukkan hati bangsa Melayu dan Islam," katanya sambil menambah beliau menjangkakan lebih ramai penyokong PAS akan keluar parti dan menyertai parti komponen BN di Kelantan.

Tu dia sekali lagi rakyat BANGKIT menolak PAS sahabat sesyurga DAPigs dan PKR dalam Pakatan Haprak.

Walaupun mereka yang istihar keluar parti hanya 200 orang namun isunya adalah rakyat Kelantan sendiri BANGKIT menolak PAS dan Pakatan Haprak di saat PR sendiri sedang berusaha untuk BANGKIT di ibu negara pagi ini !

Pokoknya sejauh mana BANGKITnya juak-juak dan malaun Pakatan Haprak hari ini ? Sama-sama kita nantikan !

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels