Followers

Wednesday 16 January 2013

Did You See It !!


Apa yang anda boleh ceritakan pada MMI tentang gambar diatas ? Apakah ianya hanya gambar pokok-pokok dan belukar yang mungkin tidak terdapat dalam kawasan kita.Atau ianya hanya sekadar gambar ?

Sebenarnya gambar diatas selain dari pokok dan tumbuhan lain ianya turut menggambarkan 2 orang anggota tentera dari pasukan khas "sniper" yang mengambil kedudukan bagi menghadapi musuh.Lihat tengah dan sebelah kiri gambar anda akan melihatnya.

Tahukah anda apa yang mampu dilakukan oleh mereka-mereka ini ? Satu malapetaka besar sudah pasti berlaku terhadap pasukan musuh malah dari pembacaan MMI tentang operasi dan taktik pasukan "sniper" ini ianya mampu memusnahkan keseluruhan pasukan musuh hanya dengan menggunakan penyamaran sebegini.

Begitulah dasyatnya kesan daripada taktik penyamaran seperti ini apatah lagi dalam kerja-kerja sabotaj yang mampu mendatangkan hasil yang cukup memuaskan.

Namun bukan soal taktik mahupun perihal anggota "sniper" yang MMI mahu kongsikan di sini sebaliknya ianya berkaitan dengan tindakan sesetengah pihak dalam parti UMNO mahupun mereka yang mengaku menyokong UMNO yang suka melaga-lagakan serta menyerang kepribadian seseorang tokoh politik khususnya individu tertentu mungkin dengan harapan mahu memastikan karier politiknya musnah.

Tindakan seperti ini samalah dengan tindakan "sniper" yang MMI nyatakan diatas cumanya "sniper' jauh lebih baik dan mulia kerana mereka berjuang mempertahankan pasukannya.

Sabotaj adalah perkataan yang cukup sesuai dilabelkan kepada mereka-mereka yang menyimpan niat mahupun sedang berusaha untuk merosakkan reputasi seseorang itu malah tindakan itu jauh cukup berbahaya kerana ianya bukan saja mampu merosakkan reputasi seseorang malah seluruh stuktur parti itu sendiri.

MMI agak kurang senang dengan penulisan dalam satu blog yang dilihat lebih kepada faktor-faktor sabotaj dan berupa agakkan yang mungkin dicedok dari pandangan,pembacaan dan cakap-cakap diluar sana kerana faktanya banyak yang menyimpang.

Malah dari pembacaan jelas ianya berunsur sabotaj terhadap pimpinan UMNO sendiri dan ianya dilihat cukup bahaya kepada perjuangan parti yang kini sedang melakukan persiapan akhir bagi menghadapi pilihan raya.

MMI suka menggelarkan blog ini sebagai cuba melakukan aksi "sniper" kerana tindakan menyiarkan bahan berupa agakkan adalah amat membahayakan kepada semua pihak khususnya dalam parti.

MAAF sekiranya entri MMI ini agak celupar kerana blog yang dimaksudkan ini merupakan antara blog yang dah lama bertapak dalam dunia maya namun sebagai blog politik yang perjuangannya memastikan UMNO dan BN terus sukses MMI perlu menyanggahnya kerana amanat Presiden parti masih jelas di telinga yang mahu melihat seluruh jentera sama ada parti ataupun jentera maya memberikan kepercayaan kepada Presiden dan barisan pemikirnya menentukan calon yang akan bertanding dalam PRU13 nanti.


Untuk mencapai kejayaan kita harus buang jauh-jauh sifat seperti ini kerana ianya tidak akan membantu malah akan menyebabkan segala perjuangan kita selama hampir 4 tahun ini sia-sia.

Fikirkan tentang kesannya kepada Bangsa,Agama dan Negara bukan kesan dan kepuasan diri kita sendiri.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels