Followers

Friday 4 January 2013

Hadi , Mat Sabu & PAS Dah Lama Main Wayang !!


Apabila isu pengunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dibangkitkan kembali oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, rata-rata pemimpin PAS dan PKR tidak bersetuju dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Sehinggalah pagi ini, apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu buat kenyataan sebaliknya dengan mempertegaskan semula pendirian PAS pada tahun 2010 bahawa orang bukan Islam boleh guna kalimah Allah.

Ramai yang tertanya-tanya betapa mudahnya PAS menukar pendirian mereka di dalam sesuatu isu.

Sebelum ini, antara yang lantang mengatakan orang bukan Islam tidak boleh guna kalimah Allah adalah Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan media ketika isu ini hangat diperkatakan mendakwa “PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.”

Turut sependapat dengan Tuan Ibrahim adalah Pesuruhjaya PAS Selangor  Dr Abdul Rani Osman yang terang-terang mencemuh Lim Guan Eng kerana membangkitkan isu tersebut.

Menurutnya, isu kalimah ALLAH tidak boleh dijadikan polemik kerana sangat sensitif melibatkan umat Islam dan boleh menimbulkan ketegangan jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.

Bahkan semalam, di dalam sidang media Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengatakan kalimah Allah milik mutlak orang Islam.

Menurut Anwar, ketetapan yang diambil (Pakatan Rakyat) adalah sama seperti sebelum ini yang mana, kalimah Allah adalah hak mutlak untuk penganut Islam di negara ini.

Persoalannya, ketetapan yang mana Anwar rujuk?

Bagi Mat Sabu mudah, beliau mengulangi kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 7 Januari 2010 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan.

“Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) pernah keluarkan kenyataan pada tahun 2010 untuk tidak melarang penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah.

“PAS masih kekal dengan pendirian itu,” kata beliau dipetik sebuah portal berita.

Pada tahun 2010 ketika polemik penggunaan kalimah Allah timbul, Hadi menggeluarkan kenyataan mengenai pendirian parti tersebut.

“Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita,” kata Abdul Hadi ketika itu.

Kongkalikong PAS dalam soal kalimah Allah ini sudah pasti akan mengecewakan penyokong akar umbi mereka sendiri yang sekarang tengah pening... pada siapa nak percaya?

Haa puak PAS ampa nak kata apa pula ?? Hadi dok main wayang lama dah...

sumber jiwaparadox

MMI.

1 comment:

  1. Takpe. PAS tak takut hilang pengundi dia. Sebab depa dah tarbiah pengikut2nya agar berpegang teguh dengan ideologi PAS adalah Islam dan Islam itu PAS. Pengikut2 yang pak turut ni sentiasa patuh pada pemimpin. So.....lantak mereka lah.

    ReplyDelete

Labels