Followers

Friday 25 January 2013

Mengapa Anwar Tiba-Tiba Kata Mungkin Tidak Bertanding Di Permatang Pauh ??!


Entri ini bakal menjawab punca mengapa Anwar Ibrahim secara tiba-tiba boleh menyatakan kemungkinan tidak akan lagi bertanding di Permatang Pauh.Melihat kepada kenyataan beliau dalam Sinar Harian jelas Anwar sebenarnya sedang memikirkan tempat paling selamat untuk bertanding memandangkan beliau kini adalah Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Sebagai pemimpin yang dikhabarkan mahu ditabalkan oleh Pakatan Haprak sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak menang dalam PRU13 nanti sudah tentu Anwar mesti diselamatkan daripada kalah dalam proses pengundian nanti.

Namun mengapa tiba-tiba Anwar seolah-olah mahu keluar dari Permatang Pauh sedangkan selama ini seluruh negara sudah pun mengetahui disinilah (Permatang Pauh) kubu kuat beliau.

Apa yang sudah jadi kepada Permatang Pauh ? 

Anwar sebenarnya telah melihat perubahan yang agak mendadak dari sokongan rakyat Pulau Pinang kepada Barisan Nasional khususnya di Permatang Pauh apabila program-program yang disusun oleh UMNO , Barisan Nasional mahupun NGO telah mendapat sambutan yang amat baik.

Malah melalui sumber , program yang dianjurkan oleh Pakatan Haprak kini semakin hambar dan tidak lagi seperti dulu.Selain dari itu kehadiran Tun Mahathir , Dr Hasan Ali dan banyak lagi telah memberikan satu tamparan buat Anwar dan jenteranya.

Namun yang terpenting sekali Anwar mahu cabut dari Permatang Pauh adalah kerana kelibat seseorang yang kini heboh diperkatakan bakal dipilih menjadi calon bagi berdepan dengan beliau dalam PRU13 nanti.

Untuk makluman blog pro Pakatan Haprak juga turut mengakui kehadiran calon ini bakal menggugat Anwar dalam PRU13 nanti.Siapakah calon yang dimaksudkan hingga Anwar perlu angkat kaki ?

Calon tersebut merupakan seorang proffesional yang menjawat jawatan sebagai GM di Telekom Malaysia, berasal dari Mengkuang, Permatang Pauh.

Lebih menarik lagi ialah beliau merupakan bekas ahli PAS yang punya jawatan tinggi dalam Parti PAS sebelum meninggalkan parti tersebut.

Najib secara peribadi telah menemui beliau beberapa bulan yang lalu bagi memujuknya supaya bertanding atas tiket Barisan Nasional di Parlimen Permatang Pauh.

Dr. Mazlan Ismail merupakan calon boleh menang bagi Najib kerana beliau merupakan bekas ahli PAS.

Dan Najib yakin Dr. Mazlan Ismail mampu menyebabkan undi dari PAS kepada DS Anwar Ibrahim akan berkurangan kerana ramai penyokong PAS mengenali siapa Dr. Mazlan Ismail.. 

Malah blogger pro Pakatan Haprak kini sudah mula menghitung dan mencongak sejauh manakah peratusan yang mampu diperolehi oleh Anwar sekiranya beliau berdepan dengan Dr Mazlan , dalam masa yang sama turut mencongak kedudukan Pakatan Haprak sekiranya Anwar tidak bertanding di Permatang Pauh.

Ini dibuktikan dengan kenyataan daripada blog pro Pakatan Haprak seperti berikut ,
Pada 2008, Wan Azizah bertindak melepaskan kerusi Permatang Pauh pada 2008 bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat (Akim).
Dan Anwar memperolehi 31,195 undi, Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi dan Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi, Majoriti: 15,671 undi.
Majoritinya meningkat dari 13,398 yang diperolehi DS Wan Azizah kepada 15,671 undi diperolehi DS Anwar Ibrahim.
Dengan majoriti sebanyak itu Wan Azizah mendapat 30,338 undi manakala Anwar Ibrahim pula 31,195 undi meningkat hanya 857 undi..
Ada peningkatan dalam jumlah undi yang diterima hanya kerana nama Anwar diletakkan..
Bayangkan jika Anwar tidak mempertahankan Permatang Pauh, UMNO pula meletakkan bekas ahli PAS yang proffesional dan punya jawatan semasa dalam PAS bertanding di Permatang Pauh.. apa akan jadi agaknya?
Percayalah.. sebagaimana Anwar diberikan undi oleh ahli-ahli UMNO yang mengenalinya semasa beliau bersama UMNO dulu dalam beberapa siri pilihanraya yang lalu meskipun beliau kini menentang UMNO/BN..
Itulah juga yang akan berlaku bila bekas ahli PAS yang punya jawatan dalam PAS diletakkan di Permatang Pauh..
Sedikit sebanyak undi dari penyokong PAS sudah tentu akan diberi kepada Dr. Mazlan Ismai yang bakal diletakkan bagi menentang PKR/Pakatan Rakyat..
Dan ada juga sumber mengatakan dana untuk membeli Jentera-jentera Pilihanraya PKR di beberapa kawasan Parlimen sedang dikumpulkan oleh Najib... pihak yang berkenaan sila ambil perhatian..
Jangan sampai sudah terhantuk baru tergadah...anaksungaiderhaka 
Jelas sekali kerisauan sudah mula terpancar dibenak hati juak-juak penjilat Anwar dan Pakatan Haprak.Ini bukan "stail" Pakatan Haprak di Permatang Pauh melainkan ianya benar-benar dirasakan mampu menggugat barulah kenyataan sedemikian akan keluar dari mulut mereka sendiri.

Kini kita sudah tahu kemungkinan Anwar bertanding di tempat lain itu adalah kerana beliau kini kecut serta amat bimbang mengalami kekalahan dan kerana itu beliau perlu mencari kaedah terbaik untuk mengelak daripada terjerumus kedalam satu medan perang yang beliau sendiri tidak mampu untuk pertahankan.

Anwar mungkin boleh tersenyum dan melakonkan wataknya dengan baik namun rakyat tidak akan sesekali berlakon apatah lagi melawak pada ketika mereka berada di peti-peti undi nanti.

Ini bukan soal Anwar tak ada teloq tapi ini soal politik.Sekiranya Anwar memilih untuk lari dari kubu kuatnya sendiri maka jelaslah Pakatan Haprak kini semakin goyah dan semuanya kerana keceluparan mereka sendiri dalam menangani beberapa isu yang diibaratkan seperti bom tangan.

Jika kena dengan caranya sudah pasti musuh bakal menerima musibah tetapi jika berlaku satu saja kesilapan maka sudah pasti bom tersebut bakal memakan diri.

Dan inilah yang berlaku kepada Pakatan Haprak hari ini , mereka tersilap percaturan apabila yang dibaling itu adalah pin yang dicabut dari bom tangan sendiri.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels