Penanti merupakan pekan kecil yang berada dalam parlimen Permatang Pauh dan sudah semestinya ampa semua dah tahu siapa dia punya ahli parlimen dan juga adun.MMI bukan nak cerita pasai ahli politik kali ni tapi nak kongsi cerita tentang juak PAS yang dah lama bertapa di Penanti ni..
Kampung apa dia duduk MMI rahsiakanlah tapi Penanti kira dekat dengan kampung dia laa..Cerita ni berkisar tentang perhimpunan yang akan diadakan besok kononnya kebangkitan rakyat bunyinya..
Si mamat ni hari-hari dok jaja cerita tentang perhimpunan tu malah habis satu rumah naik pening dengan cerita dia.Kena pi ramai-ramai lah , kita kena pakat-pakat pi lah , budak-budak muda kena pi lah dan macam-macam punya lah yang dia dok jaja.
Pernah satu hari tu ada sorang sedara dia sendiri bagitau MMI , naik meluat dah dengaq pasai himpunan ni , tang mana pun cerita tu juga yang diulangnya.
Lagi teruk bila nak tengok berita kat dalam tv tu , kalau buka TV3 atau RTM suara dia sama naik dengan pembaca berita..sikit-sikit zalim ! sikit-sikit rasuah ! sikit-sikit haram ! tapi yang syoknya tang pakai kereta buatan YAHUDI boleh pula..
Lepas tu bila anak-anak dia merengek boleh pula beli Mcdonald dengan KFC siap bawa masuk rumah pelan-pelan lagi hahahaha nak tergelak MMI dengar tapi tahan , buat muka selamba ja..korek lagi - korek lagi..
Kalau bab berhimpun ni pantang ada iklan atau maklumat mesti duduk tak senang sebab kena bagi ada orang pi ini perjuangan katanya , merata tempat pi cari orang sebab nak jihad nak dapat pahala.
Nak dijadikan cerita , semalam si sedara ni tengah layan berita kat TV3 pasai OKT yang kena tembak dengan polis dekat Kubang Semang tiba-tiba mamat ni masuk mencelah..Punah ! abis dah pakai tak dengar cakap pemberita la jawabnya keluh sisedara tadi.
Macam biasalah dia mulalah mengulas habis disalahkan termasuk polis,kerajaan,orang UMNO yang tak ada kena mengena denga kes OKT lari pun dibalunnya.
Tak tahan dengan perangai samdol mamat tu , si sedara tadi pun bertanya ,
Perhimpunan ari Sabtu ni ramai ke ?
Uih ramai la kita nak tawan Putrajaya noo jawan si mamat tadi.
Sini pi berapa ramai ?
Ramai ! kita dah siap semua dah tunggu nak bertolak pi ja..
Oo lagu tu ka , abis yang kita tu pi bila ?
Ish nak pi buat apa , sikit punya ramai ka kat sana tu buat sesak-sesak ja rimas aku !!
Ooo lagu tuuuu....abis tu yang kata perjuangan la apa lah tu macam mana ?
Ang mana reti !! di tengkingnya sedara tadi sambil bangun meninggalkan tempat tersebut dan naik motor hilang dicelah-celah kegelapan malam..
Hihihihi sembang ja kuat !! Puiii...
Apa yang MMI nak bagitau kat ampa , tolong sampaikan cerita ni dekat puak-puak muda dalam PAS ngok ngek tu orang kat atas sana tu dok peguna ampa jaaa...
Buang KARAN !!
MMI.
ppppuuuuuiiiiii!!!
ReplyDeletehahah I like this story...kan dah nampak bengong..!!
ReplyDelete