MMI di maklumkan semalam telah berlaku tsunami di Kedah dan Kelantan.Berikutan itu seluruh bilik gerakan sudah pun di buka bagi menjalankan kerja-kerja persiapan khususnya bagi menangani sebarang masalah dan melicinkan gerak kerja yang disusun.
Di laporkan tidak berlaku sebarang kehilangan nyawa mahupun yang tercedera.Rata-rata mereka yang di temui (bukan dari Kedah serta Kelantan) turut mengaku terasa gegarannya namun tidak mengetahui bahawa tsunami tersebut telah melanda Kedah dan Kelantan.
Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa tsunami yang dimaksudkan itu bukanlah ombak tsunami dan gegaran itu bukanlah gegaran gempa bumi tetapi merupakan tsunami sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional dan gegaran hati dan semangat rakyat khususnya orang muda yang mahukan supaya Barisan Nasional di berikan mandat 2/3 pada pilihan raya nanti.
Di Kedah tsunami rakyat ini dapat dilihat dengan jelas apabila anak muda kini kembali memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional.Gambar di bawah menceritakan segalanya..
Walaupun terdapat juga bendera-bendera Parti PAS yang dipasang ianya tenggelam dalam lautan anak-anak muda Kedah yang kini bangkit menolak Pakatan Haprak.Lagi gambar Klik Sini
Dalam masa yang sama berlaku juga di Kelantan , dan lebih menarik ianya berlaku di kawasan kubu kuat Nik Aziz sendiri.
Rakyat Kelantan pun nampaknya semakin menerima UMNO. Buktinya, lebih 5000 berhimpun di program Semarak Gelombang Merah di kubu kuat Nik Aziz, Pengkalan Chepa. Ceramah isu semasa disampaikan oleh Ustaz Rujhan.Lagi berita dan gambar Klik Sini
Nampaknya gerak kerja UMNO dan Barisan Nasional melalui program transformasi yang dilakukan oleh YAB PM dan barisan jemaah menterinya benar-benar berada di landasan yang sepatutnya.Apa pun kita harus yakin bahawa kerja kuat dan ikhlas dalam perjuangan semestinya membuahkan hasil yang setimpal namun jangan sesekali kita leka dengan sokongan rakyat kerana mereka mahukan sebuah parti dan kerajaan yang stabil serta mampu membawa negara ke mercu kejayaan.
Oleh itu kepada semua kita harus terus bekerja , buktikan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri merupakan kerajaan terbaik bukan saja kepada negara tetapi kepada rakyat juga.
Insyallah 11 Februari 2013 kita bakal menyaksikan 80,000 rakyat akan bersama YAB PM di Pulau Pinang.
MMI.
jentera akar umbi umno dah bergerak, pr? ceramah je lah !!!
ReplyDelete