Followers

Sunday, 10 February 2013

PM Di Pulau Pinang !!


PM paling "sporting" itulah yang MMI boleh katakan apabila melihat gerak kerja YAB Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang bertemu rakyat.Malah dalam beberapa keadaan beliau dengan bersahaja boleh duduk bersama rakyat bagi menonton pertandingan bola yang menjadi kegilaan anak-anak muda.

Malah YAB PM bukan saja kini di segani oleh anak-anak muda beliau juga dihormati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa,agama dan warna kulit.Walaupun cai-cai pembangkang amat membenci Najib beliau dengan langkah penuh bertenaga terus melangkah meninggalkan mereka yang hanya pandai bercakap tetapi gagal untuk melangkah.

Dengan prinsip Rakyat Di Dahulukan , Pencapaian Di Utamakan langkahan demi langkahan yang dilakukan oleh YAB PM bersama seluruh saf kepimpinannya kini mula menampakkan sinarnya.Oleh kerana itu langkahan beliau diteruskan dengan hadir ke Pulau Pinang untuk bersama rakyat khususnya warga Pulau Pinang.

YAB PM melahirkan rasa teruja beliau untuk menikmati pelbagai makanan enak di Pulau Pinang.

Najib juga melahirkan keterujaan untuk bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang menyaksikan persembahan penyanyi popular Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy yang popular dengan lagu Gangnam Style dan penyanyi tempatan Shila Amzah pada Isnin.

Psy akan menjadi penyeri pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional di Kolej Han Chiang.

Anggaran 80,000 orang dijangka menghadiri rumah terbuka itu yang akan berlangsung dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.

"Rasanya tidak sabar untuk menikmati makanan enak di Pulau Pinang yang indah esok dan juga untuk bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang menyaksikan persembahan Psy Oppa dan Shila Amzah," kata Najib dalam Twitter beliau semalam.

Kepada seluruh rakyat di Pulau Pinang mahupun di mana saja jangan lupa untuk hadir beramai-ramai ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina esok untuk kita sama-sama nyatakan sokongan kepada YAB PM selain dari bersama warga Cina menyambut perayaan mereka.

Tak salah kita hormat-menghormati sesama kita kerana kita 1 Malaysia ! sumber 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels