Semalam dalam perjalanan ke sebelah pulau untuk bersama dengan program YAB PM , MMI tiba-tiba terpandang satu papan tanda yang dinaikkan oleh puak Pakatan Haprak.Yang menariknya papan tanda tersebut menceritakan tentang bantuan yang diberikan sebelum ini kononnya kepada rakyat.
Memang terdesak puak-puak ni , sebab sebelum ni tak ada pun papan tanda tu..Lagi satu betul ke bagi bantuan dekat rakyat ? Kalau diikutkan ramai lagi yang tak dapat bantuan tu..Kenapa aaa ??
MMI bukan nak ulas sangat tentang bantuan tu tapi papan tanda tu membuktikan puak-puak pembangkang kini dah panas satu badan sebab Tsunami BN yang kini semakin di terima baik oleh rakyat telah menenggelamkan bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajan Pakatan Haprak Pulau Pinang.
Kalau sebut populariti maka hampir pasti puak Pakatan Haprak kini sudah tidak lagi popular dan kerana populariti yang semakin merosot inilah menyebabkan mereka sanggup melakukan apa saja sampaikan perlu naikkan papan tanda sebesar itu.
Dalam masa yang sama mengapa tak masukkan sekali janji Guan Eng si Ketua Menteri untuk bekalkan WIFI percuma di seluruh negeri ? Agak-agak la bro..bercakap ja lebih kerjanya tidak..Ramai yang setuju kalau MMI kata segala bantuan yang tertera kat papan tanda tu tak menyeluruh.
Kenapa tak menyeluruh ? Sebab kalau Buletin Mutiara , boleh pula upah orang-orang tertentu untuk hantar kesetiap rumah jadi kenapa tak boleh upah orang-orang tertentu untuk pi kesetiap rumah dan lakukan pemantauan supaya rakyat dapat dibantu.
Nak tau kenapa tak buat ? Sebab tak nak bantuan-bantuan macam ni sampai ke tangan orang-orang UMNO atau Barisan Nasional.
Lihat saja di Tasek Gelugor dan Kepala Batas , mana dia yang janji WIFI percuma di seluruh negeri ? Pastu kenapa tak tulis sekali janji pemansuhan tol Sungai Nyior yang sampai hari ni dok macam tu juga.
Apa yang MMI boleh kata puak-puak ni dah kecut dah ! Pembohong ja...bercakap macam hebat tapi hampeh..Rasanya eloklah PRU13 ni kita pakat-pakat antar Guan Eng balik negeri dia , buat menyemak Pulau Pinang ja..
Sebelum terlupa papan tanda ni ampa boleh ushar bila masuk lebuhraya dari Sungai Dua nak ke seberang Jaya atau dari tol Sungai Dua nak ke tol Juru.
Senang cakap kira nak lawan dengan bantuan dari kerajaan Barisan Nasional lah tu BR1M,BL1M,KR1M dan yang seangkatan dengannya.
Kalau ada sapa-sapa yang kenal rapat dengan Guan Eng ampa tolong pesan dekat dia sat kalau tak boleh buat jangan janji lah naa..buat menyemak ja...
MMI nak tunggu tengok lepas ni puak-puak baqhal tu nak buat papan tanda gambar Guan Eng tengah masak dak !!! kalau buat minta unit sengal cepat-cepat naikkan senang sikit MMI nak balun..
MMI.
No comments:
Post a Comment