Followers

Wednesday 20 February 2013

Penipuan Anwar Yang Harus Rakyat Tahu Part 1 !!!!


Sebut saja nama Anwar , ramai yang dah tahu siapa beliau sebenarnya.Malah cerita-cerita lampau yang tersebar bukannya mudah untuk dilupakan oleh rakyat Malaysia.Mungkin ada sesetengahnya berkata kenyataan MMI itu tidak tepat kerana di luar sana masih ada saki baki juak-juak pencacai pembangkang yang masih taksub terhadap perjuangan Anwar dan pembangkang.

Jika semua masih ingat ,Pada tahun 1993, Anwar menjalankan kempen untuk menjatuhkan Tun Ghaffar Baba bagi merampas jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Namun, Anwar sebelum itu telah bersumpah bahawa dia tidak akan menentang Tun Ghaffar Baba untuk merampas jawatan Timbalan Presiden. Oleh itu ramai yang menghormati keputusan tersebut demi memelihara perpaduan orang Melayu dan UMNO khasnya.

Kenyataan awal Anwar:

"Saya menghormati Encik Ghaffar sebagai bapa dan saya tidak seharusnya menentang beliau".

Tetapi selang beberapa hari, Anwar telah memutar balik kenyataan awalnya dan membuat keputusan serta mengumumkan untuk menentang Ghaffar. Memang kaki kencing. 

 Kenyataan penuh beliau adalah seperti berikut:

“Sejak awal tahun ini beberapa rakan dalam parti telah menanyakan pendirian saya tentang pemilihan parti yang bakal tiba dan ada yang mencadangkan agar saya menawarkan khidmat untuk jawatan Timbalan Presiden.

Saya menyatakan terima kasih dengan pernyataan kepercayaan mereka, namun saya menegaskan bahawa saya belum bersedia memikirkan perkara tersebut dan meminta tenaga dan perhatian, ditumpukan sepenuhnya untuk mengukuhkan perpaduan UMNO.

Meskipun begitu saya terus dihadapkan dengan persoalan pemilihan sehingga ia menjadi perbualan di pelbagai peringkat parti. Untuk meredakan suasana, saya telah membuat pernyataan terbuka tidak berhasrat untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan tahun ini.

Namun, maklum balas dari rakan-rakan serta pemimpin pelbagai peringkat menyatakan sikap bahawa sementara mereka tetap menghormati dan menyanjung sumbangan dan pengorbanan YAB Encik Ghaffar Baba tetapi mereka prihatin dan inginkan kesinambungan perjuangan. Pandangan ini dan gesaan mereka yang dinyatakan semakin terbuka di kebelakangan ini memerlukan saya membuat pertimbangan semula.

Saya akur dengan keprihatinan rakan-rakan serta hasrat parti untuk mengangkat martabat umat Melayu dan bangsa Malaysia dengan menjayakan hasrat yang terkandung dalam wawasan 2020.

Saya juga terdorong dengan iltizam untuk membantu Presiden UMNO yang dikasihi Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, untuk meletakkan parti pada landasan yang lebih kukuh dan memperhebatkan pembangunan Bumiputera serta negara keseluruhannya dalam pelbagai bidang.

Saya yakin UMNO adalah satu-satunya wadah perjuangan untuk menangani permasalahan abad ke 21. UMNO adalah sebuah parti yang menggabungkan kekuatan dan pengalaman silam serta keberanian dan kebijaksanaan baru: tegasnya gabungan tua dan muda: memadukan segenap lapisan rakyat bandar dan desa, petani dan nelayan, pendidik dan pekerja, usahawan dan budayawan, cendekiawan dan teknorat, untuk bergerak sebagai satu pasukan.
Menyedari hakikat ini, maka saya dengan penuh keinsafan bersedia menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO”

Mana perginya sumpah Anwar? Kalau setakat sumpah di mulut memang Anwar berani. Tapi kalau sumpah laknat langsung tak berani buat. Bukan Tun Ghaffar Baba saja dia tipu, sampai ke keturunan Tun Ghaffar Baba pun dia nak kelentong.sumber sk  

Sambung di part 2

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels