Followers

Monday 11 February 2013

Warm Up ! 3,000 Bersama PM Semalam


Bertempat di Masjid Kapitan Keling lebih dari 3,000 rakyat dari pelbagai lapisan umur hadir untuk bersama-sama dengan YAB PM dalam rangka lawatan kerja selama 2 hari beliau ke Pulau Pinang.Program Forum Perdana sempena Sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Persatuan Liga Muslim Pulau Pinang di perkarangan Masjid Kapitan Keling mendapat sambutan masyarakat.

Sebelum itu , MMI di sapa oleh seorang wanita dalam lingkungan umur 40 an yang bertanyakan bilakah YAB PM akan tiba ? Setelah dimaklumkan YAB PM sedang dalam perjalanan wanita tersebut di lihat begitu teruja untuk bertemu dengan YAB PM sendiri kerana selama ini beliau hanya melihat melalui kaca tv dan media.

Orang ramai mula menantikan ketibaan YAB PM seawal jam 8.00 malam dan rata-rata yang ditemui menyatakan rasa kagum dan bangga kerana YAB PM sudi melapangkan masa hadir dan bersama-sama dengan rakyat.

Apakah itu merupakan petanda bahawa rakyat Pulau Pinang kini sudah muak dengan janji dan cakap kosong rejim DAPigs ? Dan adakah ini merupakan isyarat awal rakyat yang mahukan supaya Barisan Nasional kembali menjadi kerajaan bagi menerajui Pulau Pinang ?

Dalam ucapannya YAB PM turut menyentuh tentang komitmen kerajaan Barisan Nasional yang mahu memberikan keselesaan kepada rakyatnya khususnya tentang pembinaan 20,000 rumah kos rendah di Pulau Pinang.Selain dari itu YAB PM mahukan supaya rakyat terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional supaya segala perancangan kerajaan dapat digerakkan untuk kebaikan dan keselesaan seluruh rakyat Pulau Pinang.

YAB PM juga turut meluangkan masa untuk singgah makan di kedai nasi kandar beratur di sebelah Masjid Kapitan Keling yang sudah pun dirancang oleh beliau sebelum hadir ke Pulau Pinang.

Jelas sekali dari apa yang berlaku malam tadi merupakan sesi "warm up" bukan saja kepada YAB PM tetapi juga buat seluruh rakyat Pulau Pinang kerana kehadiran lebih dari 3,000 orang malam tadi merupakan isyarat awal bahawa Majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan hari ini bertempat di Sek Tinggi Han Chiang bakal menyaksikan puluhan ribu warga Pulau Pinang bakal hadir.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar program YAB PM malam tadi,







Lagi gambar dan berita di blog Anak Seberang , GPB dan Penggempur Mutiara . Kalau ada yang masih belum puas menatap gambar-gambar yang disediakan sila lapangkan masa anda untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Cina yang diadakan hari ini.

Psstt ada bisik-bisik kata Guan Eng pun tengah warm up semalam !! Nak menari dengan Psy ker ??

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels