Sempoi ! Itulah perkataan yang boleh MMI ungkapkan apabila orang ramai yang berada di kawasan Persiaran Gurney, terutama di gerai makanan, terkejut apabila dihampiri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan tinjauan mesra di kawasan itu semalam.
Dalam tinjauan itu, perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra dan bersalaman dengan pengunjung serta peniaga.
Najib dan isteri turut menjamu selera beberapa makanan seperti sate, laksa, pasembur dan air kelapa yang dijual di gerai yang terdapat di situ.
Terdahulu, Najib berjalan kaki kira-kira 100 meter dari Hotel G ke Persiaran Gurney selepas menghadiri jamuan malam sempena Tahun Baharu Cina bersama media Pulau Pinang.
Seorang peniaga laksa, Rosni Mohd Yusof berkata beliau berbangga kerana perdana menteri dan isteri memilih gerainya untuk menjamu selera.
Beliau yang berniaga di situ sejak 10 tahun lepas berkata ini kali pertama pemimpin nombor satu negara datang menikmati makanan di kawasan itu yang menjadi antara lokasi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan.
"Seronok la pertama kali perdana menteri mai (datang) makan laksa kat sini. Rasa bangga, rasa seronok...tak pernah orang besar macam ni mai makan kat sini,"
sumber MKP
MMI.
Kalau POK NIK buat macam ni,pengikut JIN KOMPOT akan kata ZUHUDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
ReplyDelete