Followers

Showing posts with label Datuk Seri Najib Tun Razak. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Najib Tun Razak. Show all posts

Saturday, 10 August 2013

The Truth ~ AWAKENING Bukan KARYA Tun Abdullah !!!


Buku berjudul Awakening, The Abdullah Years in Malaysia bukan tulisan oleh  Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas perdana menteri itu tidak mempunyai kawalan  mengenai kandungan  mahupun pelancaran buku itu.

Kecuali perbualan Abdullah dengan dua editor buku berkenaan, kandungan buku itu ditulis oleh tidak kurang 30 penulis yang berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang.

Artikel turut disumbangkan oleh pemimpin Umno tidak lagi mempunyai tempat di parti itu seperti Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan bekas bendahari Umno Datuk Azim Zabidi.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pula menulis pra-kata buku itu.

Pemimpin pembangkang yang menyumbang pula terdiri daripada Nik Nazmi Nik Ahmad, Liew Chin Tong dan Farish Noor.

Bagi sesetengah pihak yang telah membaca sebahagian buku berkenaan mendapati ia lebih kerap membidas Abdullah daripada menceritakan keadaan yang sebenarnya.

Antaranya, Abdullah dilaporkan berkata Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang penuh kontradiksi dan sekiranya hasrat bekas perdana menteri itu dituruti, Malaysia hari ini sudah muflis.

Ia juga menceritakan bahawa Abdullah meminta bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu supaya bersara setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008.

Turut dimuatkan adalah kenyataan Abdullah yang berkata tidak salah memperjuangkan satu-satu kaum di negara ini tetapi perjuangan itu tidak seharusnya seperti yang dilakukan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Setakat ini, PERKASA dan Samy Vellu ternyata berang dengan laporan itu dan telah membidas Abdullah. Hanya Dr Mahtahir yang tidak mahu mengulas kerana katanya, beliau  belum membaca buku itu lagi.

Buku itu akan berada di pasaran pada bulan ini dengan dakwaan Abdullah sendiri dijadual melancarkannya.

Ia disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin - dua pensyarah yang sering menulis di portal mesra pembangkang Malaysiakini.

Buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.antarapos

Nampaknya ada cubaan untuk menjatuhkan nama baik Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui buku yang bakal di lancarkan nanti malah cubaan itu sampai kepada niat untuk melaga-lagakan Tun Abdullah dengan Tun Mahathir.

Hampir pasti sekiranya itu benar-benar berlaku maka sudah tentu YAB Datuk Seri Najib juga akan turut menerima tempiasnya kerana beliau merupakan Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri pada ketika ini.Apatah lagi dalam tempoh masa beberapa bulan lagi UMNO akan mengadakan pemilihannya. 

Apa pun yang bakal berlaku semua pihak perlu percaya dan bersedia kerana kita sedang berdepan dengan musuh yang cukup licik jadi berhati-hatilah.

Baca juga di SINI

MMI

Tuesday, 30 July 2013

TAWARAN JADI TPM Anwar Cuba Lagakan NAJIB Dengan Muhyiddin !!


Kenyataan terbaru daripada Anwar Ibrahim si Raja Putar Alam ni cukup bahaya walaupun ada pihak yang menganggap ianya sekadar satu lagi pembohongan tahap sarkas yang sering di lakukan oleh Anwar dalam apa jua keadaan asalkan dirinya di lihat hebat.

Dakwaan terbarunya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya menawarkan peluang untuk bersatu dalam satu kerajaan bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Sudahlah dengan dakwaan pengundi “hantu” dari Bangladesh yang karut kini Anwar mengatakan kerajaan pernah menawarkan jawatan kepadanya.

Cukup pelik dan ganjil sekali kerana kenyataan sedemikian hanya di keluarkan pada ketika ini dan bukannya sebelum pilihanraya.

Jika di lihat dari sudut keuntungan politik sudah pasti dengan pendirian Anwar dan tawaran tersebut hampir pasti menjadi senjata paling berkesan untuk beliau menjatuhkan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu namun ianya tidak berlaku.

Memetik tulisan Terence Netto dari Malaysiakini pada 19 Jun lepas, Anwar berani mengatakan bahawa Najib menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri untuknya dan empat jawatan Menteri kepada pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada dakwaan awal sudah tahu peristiwa ini tidak logik dan tidak masuk akal langsung.

Hari ini di portal berita kualalumpurpost.net, Anwar dikatakan menolak semua kerjasama yang ditawarkan oleh Umno. Menurut Anwar tawaran itu ditawarkan kepadanya melalui bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.

Anwar dipetik laman portal itu berkata demikian ketika berucap pada majlis iftar bersama anak muda anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC), di Damansara, malam semalam.

Persoalannya adakah Najib sudah begitu terdesak inginkan sokongan seorang “bekas banduan” sehingga sanggup memperjudikan kekuatan 88 kerusi yang dimenangi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 demi untuk menawarkan jawatan kepada Anwar??

Adakah Najib sanggup memperjudikan kekuatan Umno di dalam Dewan Rakyat itu dengan menawarkan jawatan kepada Anwar yang memiliki reputasi “kuat merajuk” dan mengajak rakyat tidak berdosa “merajuk” bersama dengannya dan mengadakan demonstrasi jalanan.

Kredibiliti ayahnya yang juga Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam mengatasi konflik 13 Mei tanpa pertumpahan darah menolak terus dakwaan ini jika ia dikaitkan dengan Perdana Menteri.

Namun jika melihat kepada sejarah Anwar sebagai ketua pembangkang dan strateginya dalam pakatan haprak , kita sudah pasti dapat mengenali dan faham apa sebenarnya yang sedang di lakukan oleh Anwar.

Percayalah Anwar sedang mengambil kesempatan malah pembohongan ini di lakukan pada masa dan ketika kepimpinan Datuk Seri Najib perlu mengharungi suasana politik pasca PRU13 dengan pelbagai tekanan menghimpit pasukan Perdana Menteri kita.

Anwar bijak mengambil peluang ini tatkala terdapat mereka-mereka di luar sana (pro-kerajaan) yang turut menghentam Datuk Seri Najib.Dan permainan ini perlu dimainkan pada masa ini kerana Anwar tahu dengan pemilihan UMNO yang akan datang isu ini mampu membuatkan UMNO sebagai teras dalam Barisan Nasional berpecah.

Najib sahaja tidak cukup dan kerana itu Anwar perlu kaitkan dengan Muhyiddin supaya kem UMNO BERKOCAK !!!!

Pesanan MMI hati-hati dengan serangan terbaru ini...

sumber mynewshub 

MMI

Wednesday, 26 June 2013

Ada Cubaan BUNUH Datuk Seri Najib ??


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menjadi perancang utama dalam konspirasi menggunakan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu untuk membunuh karier politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, Anwar sering mengaitkan Najib dengan kes itu dalam siri ceramah politiknya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Menurut beliau, konspirasi tersebut masih diteruskan selepas PRU-13 dan dilakukan secara sistematik termasuk menerusi bantuan media propembangkang.

"Mereka melakukannya secara berperingkat dan setiap tahun kes pembunuhan Altantuya akan dibangkitkan sekurang-kurangnya tiga kali.

"Saya tidak hairan apabila timbul dakwaan pembangkang cuba menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar kerana perbuatan itu merupakan salah satu taktik mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lum Yong mengulas kenyataan bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin semalam, yang tidak terkejut dengan pendedahan cubaan menyogok keluarga Sirul dengan wang RM3 juta kerana memang terdapat usaha terancang bagi memfitnah Perdana Menteri sewaktu mengendalikan kes Ketua Pembangkang itu dahulu.

Minggu lalu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman membuat pendedahan melalui TV3 bahawa terdapat usaha daripada pembangkang untuk menyogok keluarga Sirul agar bersetuju membuat kenyataan palsu terhadap Najib.

Namun, Lum Yong yakin rakyat tidak termakan fitnah yang ditaburkan ke atas Perdana Menteri oleh Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.

"Usaha mereka memfitnah Najib tidak berkesan kerana rakyat memahami kedudukan sebenar kes pembunuhan Altantuya," ujarnya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari memberitahu, pendedahan Rahimi itu menunjukkan pihak pembangkang semakin terdesak sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Najib.

Beliau juga meminta pihak berkuasa segera menjalankan siasatan memandangkan pendedahan tersebut melibatkan individu berprofil tinggi.

"Perlu ada tindakan proaktif daripada pihak berkuasa, tidak perlu tunggu sehingga orang ramai membuat aduan," jelasnya.sumber

Bagi MMI , jangan sesekali kita memandang remeh setiap usaha dan gerakan terancang seperti ini.Dalam semua keadaan keselamatan pemimpin kita harus di perketatkan kerana apa sahaja boleh berlaku.Mungkin kini kita mendengar gerakan serta cubaan untuk membunuh karier politik Datuk Seri Najib dan jangan sesekali kita leka dengan keadaan itu kerana ianya mampu mencetuskan sesuatu yang jauh lebih dasyat seperti mana yang pernah berlaku di negara-negara lain.

Harapan MMI agar pihak keselamatan perketatkan kawalan kerana mereka-mereka di luar sana mampu merancang lebih dari sekadar membunuh karier politik.

Hati-hati...

MMI.

Monday, 17 June 2013

EKSKLUSIF Rundingan Di JAKARTA , Ada Tekanan WASHINGTON ??!!!


Pasti ramai yang ternanti-nanti apa cerita dengan pertemuan serta perjanjian melibatkan Anwar dan Najib sebelum PRU13 yang lalu.Apakah perjanjian tersebut hanyalah satu lagi rempah penyedap cerita politik di Malaysia ? Atau ianya merupakan satu pertemuan yang cukup SULIT hinggakan ianya tidak langsung boleh di kongsi dengan rakyat ?

MMI sedar dan faham bahawa dalam soal ini ada ketikanya perkara-perkara tertentu merupakan perkara paling SULIT melibatkan hal ehwal negara yang tidak boleh di hebohkan.Rakyat juga harus faham sebagai kerajaan banyak perkara yang perlu di lihat apatah lagi sekiranya ia merupakan isu yang melibatkan kepentingan negara.Namun ramai di luar sana yang ternanti-nanti untuk mengetahui adakah cerita perjanjian Anwar dan Najib itu benar-benar berlaku ?Dan benarkah Washington turut terlibat ?

Oleh yang demikian tidak salah rasanya MMI berkongsi dengan semua pendedahan tentang isu ini supaya rakyat dapat menilai serta memahami apakah yang berlaku sebenarnya.

Pada mulanya saya tidak hendak menulis perkara ini dan saya cuba bertahan untuk tidak menulis, kerana Bapak Jusuf Kalla berpesan kepada saya supaya berhati-hati.Dalam masa yang sama saya dapati berlaku kekeliruan dan perkara yang tidak adil kepada DS Najib. Maka, saya mengambil keputusan untuk menulis berita eksklusif ini.

Pertama sekali, pertemuan saya dengan Bapak Jusuf Kalla adalah berseorangan dengan dibantu oleh Ahli Parlimen Indonesia, Bapak A. Mohamad Fatwa yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia. Saya ditemani oleh dua orang rakan. 

Hubungan Anwar dengan Bapak Jusuf Kalla dan Bapak A.M. Fatwa adalah hubungan sahabat lama berpuluh-puluh tahun sejak zaman belia lagi. Malah sehari selepas Anwar dibebaskan dari penjara (2004), Bapak A.M. Fatwa terbang ke Kuala Lumpur untuk meraikan pembebasan Anwar. Manakala, hubungan DS Najib dengan Bapak Jusuf Kalla ialah hubungan sejarah di mana Bapak Jusuf Kalla adalah seorang Usahawan sejak zaman ibu bapanya lagi, manakala DS Najib adalah keturunan Bangsawan Bugis dari Kerajaan Goa di Sulawesi Selatan. Manakala, saya pula hubungan kekeluargaan dengan Bapak A.M. Fatwa dan juga Bapak Jusuf Kalla dari sebelah isteri saya. 

Dalam perbincangan Eksklusif saya dengan Bapak Jusuf Kalla dalam satu jam di rumah Bapak Jusuf Kalla, beliau memberitahu saya bahawa Anwar bertemu dengannya sebanyak 3 kali. 

Pertemuan pertama berlaku pada bulan Mac di mana Anwar datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla di Jakarta. Tujuan Anwar bertemu Bapak Jusuf Kalla untuk meminta Bapak Jusuf Kalla menjadi orang tengah semasa PRU-13, di mana Anwar sangat yakin akan menang dan meminta Bapak Jusuf Kalla memberitahu DS Najib supaya sesiapa di antara mereka yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Cukup saya dedahkan satu ini, yang lain sudah pasti rahsia.

Bapak Jusuf Kalla seorang yang bijak, dalam pertemuan itu, beliau memanggil dua lagi Ahli Parlimen Indonesia sebagai saksi iaitu Bapak Yusril Ihza Mahendra dan Bapak Fahmi Idris, kedua-duanya mantan Menteri Indonesia dan kedua-duanya juga adalah sahabat Anwar. 

Namun demikian, selepas keputusan PRU-13 memberi kemenangan kepada DS Najib pada malam 5/5/2013, Anwar Ibrahim telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh berlaku penipuan. Kemungkiran janji Anwar menyebabkan sahabat-sahabatnya itu (Bapak Jusuf Kalla, Yusril, Fahmi dan lain-lain) marah kepada Anwar Ibrahim.

Dalam negosiasi itu, Anwar berkata kepada Bapak Jusuf Kalla "saya mahu jawatan Perdana Menteri". Bapak Jusuf Kalla sebaliknya menjawab kepada Anwar, "Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen, Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!".

Bapak Jusuf Kalla berkata lagi, "jika kamu (Anwar) di Indonesia, ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral (parti)".

Tambah Bapak Jusuf Kalla lagi, "kamu kata isu dakwat, lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih ada dakwat yang belum hilang. Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya".

MASA DEPAN NURUL IZZAH ?

Dalam pertemuan itu juga, Anwar dan Bapak Jusuf Kalla menyentuh masa depan Nurul Izzah. Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap soal jawatan Menteri Penuh kepada Nurul Izzah. Dalam pertemuan itu, Anwar meminta masa untuk berfikir.

Bapak Jusuf Kalla turut bercakap beberapa jawatan Kabinet kepada Anwar, dan Anwar meminta tempoh masa berfikir.

Menurut Bapak Jusuf Kalla, Anwar datang menemuinya untuk membuat negosiasi ini kerana Anwar begitu yakin dia akan menang PRU13 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Pada pandangan Bapak Jusuf Kalla, Anwar hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana Anwar mengangggap dirinya adalah Perdana Menteri, Anwar percaya dirinya adalah Perdana Menteri, bercampur-campur dengan sikap egonya, maka Anwar kata Bapak Jusuf Kalla tidak dapat menerima hakikat ketewasannya di dalam PRU13.

Tekanan Washington !

Bapak Jusuf Kalla turut menceritakan hal lain, di mana beliau memberitahu kepada saya adanya elemen Washington dalam keputusan PRU13 itu, di antaranya pihak Washington telah menekan Presiden Indonesia supaya menerima kunjungan Anwar dan memberi sokongan kepada Anwar. 

Dalam hal ini, Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya beliau telah dihubungi oleh Presiden Indonesia untuk meminta pendapat akan hal ini, dan Bapak Jusuf Kalla memberi pandangan kepada Presiden Indonesia bahawa adalah tidak betul untuk menerima tekanan Washington itu.

Maka, pertemuan Anwar dan Presiden Indonesia semalam jelas akibat daripada tekanan Washington ke atas Presiden Indonesia !! sumber 

MMI.

Wednesday, 5 June 2013

Apa Beza Najib & Azhar Sulaiman ?!!!


Mungkin akan ada pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan entri yang MMI catatkan kali ini.Namun soalnya kita berbicara tentang hak dan kebebasan jadi rasanya tidak salah sekiranya MMI melahirkan sedikit pandangan tentang apa yang kini sedang berlaku asalkan ianya tidak melanggar apa-apa peraturan.

Dengan tajuk "Apa beza Najib & Azhar Sulaiman ?" pastinya pelbagai tanggapan muncul apatah lagi sejak beberapa hari lepas sudah ada blog-blog tertentu yang membicarakan tentang Najib dan yang seangkatan denganya.

Pertamanya MMI rasa kita perlu melihat kembali kepada rentetan peristiwa demi peristiwa yang berlaku sebelum ini bila mana parti UMNO sebagai parti yang menghimpunkan kebanyakkan orang-orang Melayu di Malaysia mendepani pelbagai cabaran khususnya dalam dunia politik.

Kita harus akui UMNO yang dulunya pernah berada di persada dengan setiap kali pilihanraya mendapat mandat 2/3 majoriti daripada rakyat kini turut menerima tempias hasil daripada kemajuan dan perkembangan pesat negara mencapai wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Mahathir.

Percaya atau tidak dulunya pernah ada suara-suara di sesetengah tempat yang menyatakan sekiranya meletakkan batu atau kayu sekalipun UMNO tetap akan menjadi pilihan rakyat.Mungkin pada ketika itu bagi sesetengah tempat ianya ada benarnya malah MMI yang merupakan sebahagian daripada generasi selepas MERDEKA pernah mendengar cakap-cakap sedemikian.

Tapi itu dulu ! Kini ianya bukan semudah itu dan ada yang menyatakan kesan daripada perkembangan serta kemajuan yang di bawa oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasionallah maka suasana politik kini di lihat tidak lagi sama seperti mana sebelumnya.

Jangan sesekali menafikan rentak dan corak politik negara mula berubah semenjak Tun Mahathir mengambil satu keputusan paling bersejarah dalam karier politiknya apabila memecat Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pola politik negara mula berubah , jalanraya tidak lagi di monopoli oleh deretan kenderaan tetapi ianya sudah mula di banjiri oleh lautan manusia yang kononnya berdiri atas semangat reformasi.Reformasi bagi mempertahankan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim dan reformasi ini sebenarnya merubah bukan sahaja pola politik tetapi juga rentak serta gerak kerja parti-parti politik.

PAS dan DAP pada ketika ini sudah mula menghidu sesuatu , malah setelah beberapa ketika pemimpin dari kedua-dua parti ini sudah ada yang mengeluarkan kenyataan simpati dengan apa yang sedang menimpa Anwar Ibrahim.

Malah ianya tidak terhenti di situ apabila kedua-dua parti ini turut sama memberikan sokongan padu terhadap gerakan reformasi yang ketika itu mengoncang bumi Malaysia.

Kemudiannya PKR di tubuhkan dengan matlamat membebaskan Anwar Ibrahim dan di sinilah gerakan reformasi di teruskan dengan sokongan bukan kepalang dari pemimpin-pemimpin yang kebanyakkannya hari ini sudah kembali ke pangkuan UMNO.

Hahaha kadang-kadang MMI tertawa sendiri kerana muka-muka yang pernah bersama di pentas Anwar dulunya kini berada dalam kem yang sama dengan MMI malah dah ada yang jadi pak menteri.Pelik bila memikirkan tetapi itulah politik.

Semenjak 1998 Malaysia berdepan dengan politik yang cukup hebat malah pernah sampai ketikanya rakyat melihat kuasa politik hampir pasti bertukar tangan.Namun berkat usaha gigih UMNO dan Barisan Nasional tetap mendapat mandat rakyat sehingga ke hari ini.

Ya !! MMI akui ada beza mandat hari ini dengan mandat sebelumnya kerana kini kita tidak mempunyai majoriti 2/3 namun hakikatnya Barisan Nasional masih menang dalam pilihanraya.Percaya atau tidak kemenangan ini bukan mudah untuk di gapai ianya melibatkan usaha bersama malah sejak 3 tahun sebelumnya dan mungkin lebih.

Dengan segala gerak kerja dan perancangan yang telah di buat oleh parti kemudianya dengan pelaksanaan program tranformasi oleh kerajaan , Barisan Nasional menang dalam PRU13 baru-baru ini.Apa yang pasti MMI setuju dengan kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan kemenangan ini bukan bererti UMNO sudah mempunyai kekuatan sepenuhnya tetapi kerana di sumbangkan oleh beberapa perkara termasuklah banyak pihak takut dan tidak percaya dengan pihak pembangkang.

Bolehkah kita semua pikirkan dengan segala pelaksanaan yang telah di gerakkan oleh kerajaan , Barisan Nasional masih belum mendapat kemenangan 2/3 majoriti ?? Ini membuktikan segala gerak kerja sebelum ini masih belum cukup dan mungkin ada beberapa perkara yang rasanya perlu di lihat semula contohnya terlalu memberikan keistimewaan kepada kaum Cina.

Dan bagi mencari penyelesaian ini , maka MMI percaya tidak ada yang lebih baik daripada direncanakan oleh seorang Perdana Menteri bernama YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

MMI sendiri hairan entah hantu apa yang sudah merasuk sebahagian daripada pihak-pihak di luar sana yang kini di lihat menyerang pucuk pimpinan sedangkan sebelumnya merekalah yang paling lantang dalam mempertahankan kerajaan.

Berbalik kepada apa yang MMI catatkan di awal tadi , ianya berkisar tentang hak dan kebebasan maka bagi MMI terserahlah kepada setiap dari kita cumanya kita perlu melihat apakah setiap tindakan kita kini atau selepas ini mampu memudahkan UMNO atau BN untuk kembali sebagai sebuah parti mahupun kerajaan yang kuat.

Percaya atau tidak sebagaian besar rakyat di luar sana termasuk mereka yang tidak menyokong Barisan Nasional turut mendapat apa yang MMI labelkan sebagai nikmat hasil daripada sebuah kerajaan yang tahu tentang untung nasib rakyatnya.

Malah MMI juga berterima kasih kepada mereka-mereka yang kini dikatakan menyerang pucuk pimpinan kerana tanpa sokongan dan kerja keras mereka pastinya PRU13 lebih suram dari PRU12.

Berbalik kepada tajuk di atas , Apa beza Najib & Azhar Sulaiman ?? 

Sudah barangkali dan pasti perbezaan paling mudah adalah Najib merupakan seorang pemimpin politik yang di segani dan kini merupakan Perdana Menteri Malaysia manakala Azhar Sulaiman adalah seorang artis dan arkitek yang kini bergiat sebagai seorang pelakon.

Namun ada sesuatu yang MMI rasa kedua-duanya mempunyai persamaan.

Azhar Sulaiman yang kita kenal merupakan seorang pelakon yang telah menunjukkan kepada kita sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap UMNO dan Barisan Nasional.Malah sokongan beliau bukan sahaja sekadar sokongan biasa tetapi beliau turut di heret ke kancah politik sehinggakan hak dan kebebasan beliau di nafikan oleh sesetengah pihak yang mengaku memperjuangkannya.

Beliau yang sebelumnya menggunakan medium media sosial untuk melahirkan rasa denyut nadinya terhadap perjuangan UMNO dan Barisan Nasional kini menghadapi serangan dari pihak-pihak yang tidak senang dengan tindakannya hingga akhirnya akaun facebook milik beliau di godam oleh pihak-pihak tertentu.

Namun ada sesuatu yang menarik tentang Azhar Sulaiman , walaupun beliau kini mendepani serangan bagi melemahkan semangat dan emosinya ... Perjuangannya tidak pernah luntur malah lebih kuat dan akan di teruskan kerana beliau percaya bahawa setiap dari kita mempunyai hak untuk bersuara.

"Ini strategi mereka, untuk melemahkan semangat dan emosi. Ini tidak akan membuat saya berhenti," kata Azhar.

"( Dakwanya) Pakatan rakyat halang hak saya untuk bersuara. Inikah demokrasi dan kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara tidak wujud. Mengapa suara saya dihalang? Adakah kerana suara saya yang lantang jadi ancaman kepada kejayaan pembangkang untuk tawan Putrajaya?

"Mereka boleh musnahkan facebook saya. Tapi saya tetap akan menyatakan, marilah kita undi BN."Baca Seterusnya 

Begitu jugalah dengan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pemimpin nombor satu negara , beliau bukan sahaja memikul amanah rakyat dan negara tetapi bertanggungjawab sepenuhnya dengan legasi perjuangan parti dan amanah mempertahankan KEMERDEKAAN yang telah kita semua miliki sebelum ini.

Percayalah bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak tetapi MMI yakin YAB Datuk Seri Najib Tun Razak bukan seorang pemimpin biasa.Beliau memiliki kudrat dan keupayaan yang jauh mengatasi pimpinan  yang ada hari ini khususnya di pihak pembangkang.

"Lebih sebulan berlalu selepas pilihan raya, masanya sudah tiba untuk tidak toleh ke belakang dan mesti mengorak langkah ke depan.

"Kita tidak boleh membuang masa dengan terlibat dalam politik berlebihan kerana ia akan mengalih pandangan daripada usaha yang besar iaitu menunaikan amanah yang diberikan rakyat untuk memastikan negara membangun lebih pesat,''.Baca Seterusnya 

Malah amat mustahil beliau langsung tidak tahu menahu tentang apa yang sedang berlaku dan ketahuilah sebagai seorang pemimpin beliau ada caranya yang tersendiri untuk menyelesaikannya.

Cumanya sejauh mana akur kita kepada pepimpin yang kini sedang berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negaranya.

Akhir kalam persamaan yang mungkin ada diantara Najib dan Azhar Sulaiman adalah kedua-duanya akan terus berjuang untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus relevan !!

Psst setiap manusia ada kelemahan cumanya Anwar lagi teruk !!

MMI.

Monday, 3 June 2013

Jangan Buang Masa Dengan Politik Berlebihan ~ NAJIB Komited Teruskan Agenda


Setelah keputusan PRU13 diumumkan oleh SPR dan serentak dengan itu Barisan Nasional yang di ketuai oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat mandat pertamanya bagi menubuhkan kerajaan.Walaupun sedikit kecewa kerana tidak mendapat 2/3 majoriti seperti mana yang di harapkan , kejayaan Barisan Nasional menubuhkan kerajaan dengan jumlah kerusi 133 di Parlimen , sudah cukup untuk Barisan Nasional sekali lagi meneruskan agenda tranformasinya.

Dalam beberapa perkara kejayaan Barisan Nasional pada PRU13 ini mendapat reaksi daripada pelbagai pihak sama ada dari mereka yang pro kerajaan mahupun pro pembangkang.

MMI tidak nafikan kemenangan BN dalam PRU13 baru-baru ini banyak ditunjangi oleh kemenangan besar kerusi yang ditandingi UMNO dan peningkatan sokongan pengundi Melayu sehingga 70% kepada BN. Berdasarkan statistik kerusi parlimen yang ditandingi UMNO pada PRU-12 berjumlah 117 kerusi,UMNO sekadar memenangi 79 manakala pada PRU13 kali ini UMNO bertanding di 121 kerusi dan berjaya meningkatkan jumlah kerusi kepada 89.Selebihnya merupakan kerusi yang dimenangi oleh parti-parti komponen BN termasuk daripada Sabah dan Sarawak menjadikan kerusi yang dimenangi BN berjumlah 133 kerusi. 

Kejayaan BN merampas Kedah daripada Pakatan Pembangkang (PP) membuktikan bahawa sokongan dan kepercayaan orang-orang Melayu di Kedah terhadap UMNO dan BN sudah kembali.Beberapa parlimen yang merupakan kubu kuat PAS dan PP di Kedah seperti Sik,Baling,Padang Terap,Pendang,Kulim-Bandar Bharu,Merbok dan Jerai berjaya dirampas kembali ke tangan UMNO selain mengekalkan parlimen yang dimenangi pada 2008. 

YAB Datuk Seri Najib turut mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan tumbang walaupun sebahagian besar kaum cina menyokong pembangkang kerana BN terus mendapat sokongan kaum Melayu Bumiputera dan kaum India yang diterjemahkan dalam PRU13 sekaligus BN mendapat mandat untuk mentadbir negara. 

Tsunami politik kaum Cina sangat dirasai apabila melihat kepada keputusan pilihan raya yang sangat jelas bahawa kaum Cina mahu ubah kerajaan sedia ada dan diberi kepada Pembangkang.Sebagai contoh ,parlimen Seputeh yang mempunyai populasi pengundi Cina 88%, Melayu 5.4%, India 6% dan lain-lain 0.6% dimenangi oleh Teresa Kok (DAP) dengan majoriti besar melebihi 50,000 undi mengatasi calon BN dari MCA Nicole Wong Siaw Ting. Sangat jelas terasa sokongan Cina terhadap BN melalui MCA sudah jatuh dan mereka sudah terpengaruh dengan janji-janji perkauman yang sering ditiup oleh DAP. Selain itu,kebanyakan kerusi DUN atau Parlimen yang populasi majoriti pengundi Cina atau marginal, kebanyakan kawasan turut dimenangi oleh DAP dan calon pembangkang bukan Melayu. 

Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah telah meranapkan harapan bekas MB Johor,Dato' Abdul Ghani Othman untuk mewakili kawasan tersebut di Dewan Rakyat dan Mat Merapu mengkagumi pendirian Dato' Abdul Ghani kerana sebagai calon Melayu berani bertarung di tempat populasi tinggi pengundi Cina dan akhirnya pengundi Cina tetap tidak mahu memberi sokongan kepada calon Melayu.  

Jika dikaji secara lebih terperinci, lihatlah demografi politik di P.Pinang apabila DAP sekali lagi mencatat kemenangan besar di P.Pinang sekaligus mempertahankan negeri tersebut daripada dirampas kembali. PP menang 30 kerusi DUN daripada 40 dan DAP memenangi sebahagian besar kerusi tersebut diikuti PKR dan PAS (satu kerusi sahaja).UMNO hanya mampu mempertahankan 10 kerusi DUN yang kebanyakan kerusi ditandingi calon Melayu dari PAS atau PKR. Sangat jelas sokongan Melayu kepada UMNO dan BN masih tidak berubah dan berlaku peningkatan sokongan terutama di kawasan populasi tinggi pengundi Melayu .

Kata-kata Perdana Menteri sangatlah tepat dan BN perlulah melipat gandakan usaha untuk terus mendapat sokongan semua kaum dan melakukan penyatuan nasional yang sangat diperlukan jika melihat kepada senario politik PRU13 yang bakal mengundang bahaya jika tidak ditangani dengan segera serta secara bijaksana oleh kerajaan BN pimpinan UMNO.

Seperkara yang harus diingat dalam usaha kerajaan memacu negara sudah pasti kekangan dan pelbagai halangan khususnya gerakan-gerakan daripada pihak pembangkang yang saban hari melakukan segala dakyah dan tohmahan terhadap UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya boleh mengganggu-gugat kerajaan yang kini memerlukan formula tambahan bagi memastikan misi negara khususnya dalam soal perpaduan yang kini dilihat sedikit terjejas kerana politik keterlaluan yang dimainkan oleh pembangkang sepanjang 5 tahun yang lalu.

Bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan dan bukan sesuatu yang mustahil untuk di lakukan.Apa yang penting adalah usaha berterusan daripada pihak kerajaan tanpa menidakkan keputusan PRU13 yang rasanya sudah cukup untuk kerajaan jadikan sebagai rujukan.

Seperti yang pernah MMI katakan sebelum ini keputusan PRU13 sebenarnya memberikan banyak kelebihan kepada Barisan Nasional dan kerajaan kerana kaum Cina sebenarnya sudah melakukan satu kesilapan paling besar dalam sejarah pilihanraya negara.Malah gerakan pembangkang yang terdiri daripada DAP,PAS dan PKR juga sebenarnya sudah dapat diduga dan kita sebenarnya mempunyai kelebihan dalam merencanakan segala dasar dan juga pelan-pelan tindakan selepas ini.

Apa yang penting adalah pasukan yang bersama dengan kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menempuh 5 tahun yang akan datang perlu benar-benar dapat membantu malah memberikan idea-idea serta sumbangan terbaik mereka tanpa meminggirkan mana-mana saluran.

Berdasarkan ucapan daripada YAB Datuk Seri Najib pagi tadi , MMI percaya kita mampu melakukannya.

PUTRAJAYA 3 Jun - Pilihan raya sudah selesai dan rakyat tidak harus menoleh ke belakang serta membuang masa dengan terlibat dalam politik berlebihan (excessive pilitics).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara sebaliknya perlu bergerak ke hadapan dan kerajaan perlu menumpu perhatian kepada usaha menunaikan amanah yang diberikan rakyat.

"Lebih sebulan berlalu selepas pilihan raya, masanya sudah tiba untuk tidak toleh ke belakang dan mesti mengorak langkah ke depan.

"Kita tidak boleh membuang masa dengan terlibat dalam politik berlebihan kerana ia akan mengalih pandangan daripada usaha yang besar iaitu menunaikan amanah yang diberikan rakyat untuk memastikan negara membangun lebih pesat,'' katanya berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. - UTUSAN

Psst Apakah laungan 1 Malaysia akan masih kedengaran selepas ini ????

MMI.

Thursday, 30 May 2013

Jom Borak-Borak Tentang GST ?!!!!


Beban ? Sebut sahaja perkataan tersebut kita sudah pasti dapat membayangkan tentang satu perkara iaitu beban atau tanggungan yang pasti berat untuk di pikul oleh sesiapa sahaja.Malah pada ketika entri ini di tulis juak-juak pembangkang yang sinonim dengan bangkang apa saja asalkan ianya bukan dari pembangkang sudah pun menggerakkan seluruh jenteranya untuk memanipulasikan isu melibatkan dasar kerajaan berkenaan GST.

Apakah GST itu benar-benar membebankan rakyat ? Apakah dengan pelaksanaan GST itu nanti maka rakyat akan berhadapan dengan kenaikan harga barangan yang pastinya akan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan dalam ekonomi seterusnya melibatkan kos-kos lain turut meningkat naik ?

Apa akan berlaku semacam satu tsunami besar-besaran rakyat tidak lagi mampu untuk berbelanja ?

Sebelum itu timbul satu persoalan mengapa agaknya kaum Cina antara paling ramai yang menentang pelaksanaan GST oleh kerajaan ? Adakah kerana ianya benar-benar akan menekan pengguna ?

Disinilah sebenarnya kita di tuntut untuk membuat sedikit pembacaan dan mendapatkan pencerahan sekurang-kurangnya apa yang di gembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu dapat kita saring dengan sebaik-baiknya.

Apakah kita semua boleh percaya bahawa Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang baru-baru ini berjaya membentuk kerajaan setelah  keputusan pilihanraya di umumkan boleh dan sanggup mengeluarkan idea atau dasar GILA yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat ?

Perlu diingat Barisan Nasional sudah faham dan menerima dengan baik setiap suara rakyat yang turun menunaikan tanggungjawab mereka baru-baru ini di peti-peti undi dan mereka tidak memberikan Barisan Nasional 2/3 majoriti seperti mana YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan.

Apakah ampa semua yakin tanpa 2/3 majoriti kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melakukan tindakan yang boleh membebankan rakyat ?

Perlu diingat kerajaan hari ini akan berdepan dengan pilihanraya ke-14 dalam tempoh masa mungkin lagi 5 tahun sahaja.5 tahun bukanlah satu tempoh yang lama bagi sebuah kerajaan yang perdana menterinya baru mendapat mandat rakyat dan kita juga harus melihat suasana politik hari ini di mana pembangkang yang ada bukanlah pembangkang yang profesional dari segi politiknya.

Tahukah negara kini memiliki pembangkang ekstrem yang sanggup melakukan apa sahaja waima turun ke jalanraya bagi mencapai cita-cita gila mereka ?

Sekali lagi MMI nak tanya , ampa yakin kerajaan hari ini akan melaksanakan sesuatu dasar yang boleh menekan rakyat ????????

Kita dah berbicara sedikit sebanyak tentang senario politik , masyarakat dan beberapa perkara yang sempat MMI catatkan namun jangan lupa semuanya berkisar tentang GST.

Oleh kerana itu MMI nak tanya semua , ampa faham ka apa tu GST ???? 

Huh kalau GST pun tak tau macam mana ampa boleh bercakap tentang GST ????

Psstt jangan jadi macam monyet kat atas tu dia tau ka apa yang dia pegang tu ???

Nantikan entri seterusnya tentang GST..Insyaallah.. 

MMI.

Wednesday, 15 May 2013

Najib UMUM Jemaah Menteri Jam 5 Petang Ini !!!


Ketika pelbagai andaian dan cakap-cakap mencongak siapa yang bakal menjadi menteri dan timbalan menteri , Najib selaku Perdana Menteri Malaysia masih tersenyum dan menyimpan kemas senarai nama jemaah menterinya.

Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur tengah hari ini untuk mendapatkan perkenan Seri Paduka bagi barisan kabinet baharunya.

Perdana menteri tiba pada pukul 11.55 pagi menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam dan terus menghadap Seri Paduka bagi mempersembahkan senarai itu.

Kira-kira 30 minit kemudian kereta yang membawa Najib dilihat keluar dari perkarangan Istana. Seramai 20 orang wakil media sedia menunggu di luar pintu pagar Istana.

Najib dijadual mengumumkan barisan kabinet itu pada pukul 5 petang ini di Putrajaya.

Majlis angkat sumpah memegang jawatan dan menyimpan rahsia oleh menteri dan timbalan menteri akan diadakan pada 9.30 pagi esok di Istana Negara.

Pembentukan barisan kabinet baharu itu ialah lanjutan daripada pelantikan Najib sebagai perdana menteri pada 6 Mei lepas.

Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan pada 3 April lepas, kabinet merangkumi 25 kementerian dan diterajui 28 menteri.- Bernama

Apakah akan ada perubahan atau semua kementerian di kekalkan ? Kita tunggu jam 5 petang ini...

MMI.

Tuesday, 14 May 2013

Biaq Betoi Husam Istihar Masuk BN ?!!!


Terkejut juga MMI bila dengar cita ni , tapi betol ker ? Atau orang cakap-cakap ja ? Untuk dapatkan jawapan MMI pun belek-beleklah sikit hampeh tak ada pun ni semua cakap-cakap kosong ja , sembang-sembang petang sambil pekena cucuq udang !

Husam Musa masih lagi bersama PAS tak lari kemana pun cumanya dia saja yang tak terpilih untuk berada dalam kerajaan negeri Kelantan.Huh habis dia meroyan sana sini , maklumlah bila tak terpilih ni hati sapa pun terasa ye tak !!

Tapi sejak pandai meroyan ni , dia balun semua orang sampaikan Najib pun kena !!

Apa hal Husam ? Apa benda yang hang mengarut tak tentu arah ni? Cuba cerita sikit, apa masalah yang sebenarnya? Dah sakit otak dah ka?

Ada ka patut tiba-tiba Si Husam ni dok sibuk mempersoalkan kenapa Datuk Seri Najib tak 'ditendang' dari jawatan Perdana Menteri seperti Pak Lah.

Alo brader! Yang hang sibuk sangat dengan BN ni pasal apa? Kalau nak tendang, pi tendang pemimpin  sendiri dulu noo!!! Jangan sibuk dengan parti orang lain.

Kalau nak ditendang, tendang dulu Si Ketua Penipu bernama Anwar Bin Ibrahim tu. Dia punya pasal la PKR hilang satu kerusi dalam Parlimen.

Tak pun, tendang dulu Hadi Awang kerana menyebabkan PAS hilang dua kerusi Parlimen. Atau pun, dia tendang semua pemimpin PAS Kedah sebab hilang kuasa kat sana.

Yang nak sibuk - sibuk pasal parti orang lain ni kenapa? Nampak sangat la yang Si Husam ni sebenarnya dah terdesak. Nama dia semakin hari semakin hilang.

Malah, pengaruh dia di Kelantan pun telah berjaya dihapuskan oleh puak - puak Rejim PAS Kelantan. Kiranya, dia angin la sebab dia sendiri yang kena 'TENDANG'!!! Kihkihkih

Di Putrajaya lagi teruk , ampa nak tau pasai dia ni kalah ? Ada ka pi kempen benda yang tak masuk akai ni !! Rakyat pun boleh pikiaq cik ooi ....


Disebabkan dia kena TENDANG dengan Rejim PAS jugak la yang membuatkan dia cuba nak melaga - lagakan Datuk Seri Najib dengan Tan Sri Muhyiddin.

Tak dinafikan beb. Dua orang teraju utama dalam Barisan Nasional ni sudah mula menjadi halangan kepada Pakatan Pembangkang.

Jadi, tak heran la kalau orang macam Si Husam ni boleh panas punggung dan terasa diri dia seperti diancam. Maklum la, orang yang kena TENDANG parti sendiri la katakan. Itu pasal la dia meroyan tak tentu arah!!! sumber 

Kalau macam ni punya kelaku tok wan rakan karib MMI pun kata BUANG MASA masuk BN !! Hihihi..Husam marah laa dia nak jadi menteri besar Kelantan yang ampa dok gelak pasai apa ???

MMI.

NAJIB Umum KABINET MALAYSIA 2013 ?!!


Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar ‘zip mulut’ pasal barisan Kabinet kerajaan Pusat yang dijangka diumumkan minggu ini.

Ini membuka ruang pelbagai spekulasi siapa akan dilantik Najib bagi membantu beliau memantapkan kerajaan penggal kedua beliau bergelar Perdana Menteri.

Dengan lapan menteri dan lima timbalan daripada Kabinet lalu yang tewas dan tidak tersenarai sebagai calon pada PRU 13, sekaligus memberi ruang kepada Najib melantik ramai muka baru dalam kerajaan.

Barisan Menteri yang pasti tiada dalam senarai itu Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Chor Chee Heung, Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Timbalan Menteri yang tewas pula ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk S K Devamany, Datuk Liew Vui Keong, Datuk Tan Lian Hoe dan A Kohilan Pillay.

Bagaimanapun beberapa daripada mereka yang tewas dijangka dilantik sebagai senator bagi membolehkan tersenarai dalam barisan Kabinet.

Antaranya Mohd Fuad yang sebelum ini adalah timbalan Menteri Pelajaran.

Bagi pemimpin dari MCA dan Gerakan pula, Najib dijangka menawarkan jawatan Senator walaupun parti berkenaan sudah memutuskan menolak sebarang perlantik ke Kabinet ekoran prestasi hambar kedua-dua parti dalam pilihan raya 5 Mel lalu.

Selain mengekalkan beberapa muka lama yang menang, Najib dijangka melantik beberapa muka baru antaranya Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan P.Kamalanathan.

Ahli Parlimen Rembau, Kota Belud dan Hulu Selangor itu diakui cukup menyumbang kepada kerajaan ketika mereka menjadi ahli Majlis Parlimen Malaysia  (BNBBC) pada penggal parlimen lalu.

Namun, ada pihak bimbang ketiadaan mereka kelak menyebabkan kurang suara-suara lantang yang akan menyokong dan mempertahankan kerajaan di Dewan Rakyat tambahan pula berdepan barisan pembangkang yang lebih ramai dan bertenaga pada kali ini.

BNBBC tentunya bergantung kepada muka-muka baru antara seperti Ahli Parlimen Kepala Batas ,Datuk Seri Reezal Merican dan Ahli Parlimen Baling Datuk Azeez Rahim.

Turut jadi tumpuan perlantikan Kabinet itu adalah kedudukan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tewas pada PRU lalu.

Abdul Ghani khabarnya akan dilantik penasihat bertaraf Menteri bertanggungjawab menjaga Koridor Selatan sama jawatan pernah diberikan kepada Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini menerajui Koridor Utara.

Mohd Ali pula disebut-sebut sebagai Menteri Pelancongan atau Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar memandangkan kejayaan beliau menjadikan Melaka negeri yang dikagumi pelancong antarabangsa.

Ada juga yang ramal Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kembali ke Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.  

Najib juga tidak boleh mengenepikan ahli Parlimen Pendang Datuk Othman Abdul yang berjaya menewaskan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu begitu juga Shahidan yang menenangi kerusi Parlimen Arau menewaskan Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Haron Din.

Jika Kementerian Pembangunan Usahawan diujudkan semula seperti desakan sesetengah pihak, Othman dan Shahidan dijangka mengisi jawatan itu memandangkan mereka cukup sininom dengan MARA sebelum ini.

Nama lain turut disebut-sebut diberikan jawatan berkenaan adalah Datuk Idris Jusoh.

Satu lagi nama yang turut jadi perhatian ialah Datuk Johari Baharom yang sebelum ini Timbalan Menteri.

Dikalangan muka-muka lama, dijangka berlaku pertukaran portfolio babitkan Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kemungkinan menggambil alih Kementerian Pengajian Tinggi yang dikosongkan Datuk Seri Khaled Nordin yang dilantik Menteri Besar Johor.

Datuk Seri Ismail Sabri dijangka ke Kementerian Penerangan atau Pelancongan.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga dijangka bertukar kementerian manakala Datuk Seri Zahid Hamidi kemungkinan kekal memandangkan usaha kerajaan mengukuhkan soal keselamatan di Sabah.

Bekas Menteri Dalam Negeri itu disebut-sebut akan bertukar ke Kementerian Luar Negara manakala Datuk Seri Hanipah Aman ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Apapun pengganti Hishammuddin perlu pemimpin tegas dan tidak mustahil Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri turut menjaga Kementerian Dalam Negeri.    

Pembentukan Kabinet Najib pada kali ini dijangka memberi lebih ruang kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak memandangkan ‘kesetiaan’ parti-parti komponen BN di kedua negeri itu membantu BN menang 133 kerusi baru-baru ini.

Dalam barisan Ahli Parlimen wanita pula Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) disebut-sebut mungkin kembali semula ke Kabinet.

Beliau pernah menjadi menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pelancongan.

Ahli parlimen Tenggara Halimah Mohamed Sadique  dan Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort) dijangka dilantik timbalan.

Juga teka teki samaada Datuk Noriah Kasnon yang sebelum ini Timbalan Menteri akan dinaikan pangkat jadi menteri penuh atau tidak.

Najib yang mempunyai kuasa prerogatif menentukan barisan Kabinet 2013 pastinya mahu kumpulan yang mampu meneruskan agenda transformasi dan memantapkan soal perpaduan kaum ekoran tsunami undi Cina pada PRU baru-baru ini.

Untuk itu, dua orang menteri dijangka dilantik bagi tugas-tugas khas menjaga kepentingan masyarakat Cina dan India di bawah Jabatan Perdana Menteri. 
    
Mereka yang dipilih dijangka diumumkan Rabu dan majlis mengangkat sumpah jawatan pula Khamis ini.

Sehingga pengumuman rasmi itu, ianya terus jadi debaran.agendadaily 

MMI.

Friday, 10 May 2013

Sudah Sampai Masanya Khairy Di Masukkan Ke Kabinet !!!


Biar apa pun yang berlaku MMI melihat YB Khairy Jamaluddin adalah pemimpin generasi baru yang mempunyai cukup package sebagai seorang pemimpin dan pejuang.Beliau yang sejak 2008 lalu walaupun tidak diberikan apa-apa jawatan dalam kabinet tetap meneruskan perjuangannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia malah tetap setia bersama UMNO khususnya kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apa saja tohmahan yang dilemparkan kepada beliau tidak mampu menggugat keupayaan anak muda ini mengharungi apa yang MMI labelkan sebagai medan peperangan politik.

Sama ada dari pasukan pembangkang mahupun mereka-mereka yang mungkin mempunyai kepentingan tertentu setiap serangan mampu dipatahkan oleh Khairy Jamaluddin hanya melalui keupayaan yang beliau miliki.

Maka bagi MMI ini adalah masa yang paling sesuai untuk kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak memilih Khairy Jamaluddin sebagai salah seorang pasukannya kerana corak dan geopolitik negara yang akan datang amat hebat.

Malah dalam masa yang sama Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia menyertai Kabinet yang bakal dibentuk Datuk Seri Najib Tun Razak dalam apa sahaja peranan yang boleh membantu perdana menteri.

"Saya menawarkan diri untuk saya memainkan peranan, apa sahaja peranan yang boleh bantu beliau (perdana menteri) dan saya serah kepada beliau untuk menentukannya," katanya ketika ditanya mengenai gesaan sesetengah pihak supaya beliau mewakili suara Pemuda dalam Kabinet baru yang bakal dibentuk.

Anggota Parlimen Rembau itu ketika ditemui selepas menjadi tetamu program 'Helo Malaysia' BernamaTV semalam, menegaskan bahawa bukan soal kehadiran Pemuda dalam Kabinet sahaja yang penting, tetapi perlunya mempunyai pasukan yang mantap dan bersedia untuk melakukan transformasi.

"Saya harap perdana menteri akan memilih pasukan yang memahami transformasi dan bersedia untuk melaksanakannya," jelas beliau.

Khairy berkata, pasukan itu perlu memahami kehendak sebenar perdana menteri untuk membawa transformasi bukan dari segi luaran, tetapi dari segi hakiki, besar pengisiannya (dan) berbeza daripada Kabinet dahulu.

Khairy tidak memegang apa-apa jawatan dalam barisan pentadbiran kerajaan atau jemaah menteri sebelum ini.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Khairy menang dengan majoriti 18,357 di Rembau, meningkat berbanding PRU12 sebanyak 5,746 undi majoriti.

Khairy mendapat 43,053 undi manakala calon PKR Radzali A. Ghani mendapat 24,696 undi dan Abdul Aziz Hassan (Bebas) memperoleh 325 undi. 

Sebagai anak muda dah lama MMI perhatikan beliau dan MMI yakin Khairy Jamaluddin mampu menyumbang kepada kekuatan kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

MMI.

Thursday, 9 May 2013

PRU13 Bukan Salah Pengundi Cina ?? MAAF NAJIB Gua Tak Setuju Dalam Hal Ni !!!!


Keputusan pilihanraya ke13 sudah pun di ketahui dan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun di berikan mandat pertamanya oleh rakyat Malaysia untuk menubuhkan kerajaan.Walaupun tanpa majoriti 2/3 namun Barisan Nasional tetap dapat menubuhkan kerajaan dan ianya adalah satu kemenangan sebenarnya.

Mungkin banyak pihak sebelum ini masih lagi beranggapan bahawa majoriti 2/3 itu adalah satu kemenangan tetapi mereka lupa ketika ini Barisan Nasional sudah pun menubuhkan kerajaan dengan jumlah kerusi 133.Jadi sudah tentu itu merupakan kemenangan bagi Barisan Nasional cumanya adalah lebih baik sekiranya kita mendapat majoriti 2/3 supaya kemenangan itu dilihat lebih baik dan kuat.

Walaubagaimanapun Barisan Nasional tetap menang dan kemenangan ini sebenarnya memberikan banyak pengertian khususnya kepada kerajaan dan orang-orang Melayu.

Apa yang harus dilakukan sekarang ini adalah memberikan penumpuan kepada kerja-kerja dan usaha yang masih belum selesai tanpa menafikan sama sekali mereka yang sentiasa berdiri teguh bersama Barisan Nasional.Sebenarnya kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun di permudahkan dengan keputusan pengundian pada Ahad lalu apabila hampir keseluruhan pengundi kaum Cina sudah pun melakukan satu kesilapan besar dengan memperlihatkan sikap dan pembohongan mereka selama ini secara terang-terangan.

Maka sudah sampai masanya kita harus memikirkan untuk memberikan keutamaan kepada pihak lain yang jauh lebih taat , setia dan tahu erti berterima kasih.

Barangkali selepas ini jangan ada lagi peruntukan besar-besaran kepada sekolah-sekolah aliran Cina kerana mereka selama ini tidak pernah membantu kita apatah lagi berterima kasih.Bukan soal kita mahu menjahanamkan mereka tetapi itulah yang sewajarnya kita lakukan kerana mereka sendiri sudah bersuara.

Begitu juga dengan aspek-aspek lainnya khususnya dalam bidang ekonomi dan lain-lain.Jangan lagi melakukan kesilapan yang sama kerana kaum ini tidak pernah kenal erti berterima kasih.

Merujuk kepada sidang akhbar ketika YAB Perdana Menteri diasak pemberita agensi berita luar negara yang mempersoalkan tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia semalam ‘Apa lagi Cina mahu?’ yang mempertikaikan sikap pengundi Cina itu, Najib berkata:

“Ya lah... tetapi anda menyalahkan Utusan. Bagaimana pula dengan akhbar Cina... adakah anda menyatakan bahawa akhbar Cina menyatakan perkara yang benar sepanjang masa?”

Namun, Najib menjelaskan beliau tidak menyalahkan pengundi Cina, sebaliknya mengecam tindakan pembangkang melakukan penipuan besar dan mereka cerita tidak logik dan tiada bukti seperti kononnya ada 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh, semata-mata mahu merebut kuasa.

Beliau juga berkata, kemerosotan tujuh kerusi Parlimen BN kepada 133 berbanding 140 pada 2008 berpunca daripada penipuan pembangkang terhadap pengundi Cina.

Katanya, jika hanya 25 peratus pengundi Cina mengundi BN seperti 2008, beliau dapat membentuk kerajaan majoriti dua pertiga.

Justeru, bagi menarik balik sokongan pengundi Cina yang terpengaruh dengan penipuan besar pembangkang, Najib berkata, semua pihak termasuk media, perlu menerangkan perkara sebenar kepada mereka. 

Pertamanya MMI sebagai pengamal media sudah pasti akan menggunakan medium ini untuk memberikan penerangan yang sewajarnya supaya mereka-mereka di luar sana sekurang-kurangnya faham dengan apa yang berlaku.

Namun dalam masa yang sama MMI bukanlah sebuah akhbar yang ada peraturan tertentu kerana prinsip MMI mudah setiap yang berlaku itu ada pencetusnya maka ianya bergantung kepada pencetus sesuatu kejadian.

Dalam hal ini apabila PM tidak menyalahkan pengundi Cina dalam keputusan PRU13 baru-baru ini maka MMI perlu nyatakan pendirian bahawa MMI tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Pengundi Cina sebenarnya tahu siapa yang mereka pilih !
Pengundi Cina sebenarnya tahu siapa yang mahu mereka tolak !
Pengundi Cina sebenarnya tahu dengan siapa mereka harus berlakon !
Pengundi Cina sebenarnya tahu mereka mahukan KUASA !
Pengundi Cina sebenarnya tahu mereka mahu MENOLAK Barisan Nasional !

Mereka bukan main-main atau dungu membabi-buta memberikan undi kepada pembangkang !!

Mereka ini sebenarnya MUSIBAT yang tidak harus di berikan muka lagi !!

Maaf rasanya MMI bukan semudah itu untuk memaafkan pengundi bangsat yang telah melukakan hati banyak pihak khususnya orang Melayu.

Hutang ini perlu di bayar !!

MMI.

Wednesday, 8 May 2013

Why Utusan ? How About The Chinese NewsPaper ?


Kepada kaum Cina MMI nak ulang , ampa mau reti bila mana keputusan PRU13 tetap memihak kepada Barisan Nasional.Jangan lupa apabila kaum Cina swing , Melayu dan India yang menyokong Pakatan Haprak juga mengundi pembangkang .. UMNO dan Barisan Nasional tetap menubuhkan kerajaan.

Ampa mau ingat !! Rakaman diatas jelas membuktikan kepimpinan negara YAB Datuk Seri Najib kini faham dan beliau pasti akan melakukan sesuatu.

Jangan lupa satu perkara , seluruh jentera maya yang selama ini menyokong perjuangan UMNO akan pastikan bangsat yang tak reti berterima kasih bakal menerima nasib yang setimpal dengan lakonan dan pembohongan ampa.

Pesanan MMI ampa jangan kurang ajaq !!

MMI.

Wednesday, 3 April 2013

Ucapan NAJIB Umum Pembubaran Parlimen


Segalanya kini terjawab , kepada semua pihak di harapkan berpuas hati tarikh keramat yang di tunggu-tunggu kini sudah pun diumumkan.Maka sudah pasti seluruh jentera perang parti-parti bertanding akan di gerakkan.Harapan MMI cuma satu biarlah segala gerak kerja itu dilakukan dalam keadaan tersusun dan penuh adab.

MMI.

Labels